Tuesday, June 30, 2009

Kerja baik memang sukar

Termasuk dalam perkara baik-baik ialah mengadakan tabung khairat kematian seperti idea Darah 59 dalam blognya 59ers. Faedahnya memanglah tidak didapati serta merta macam order sate Kajang. Tetapi apabila ditimpa musibah dan kebetulan pada masa itu uncang tengah kerin, disitu peranan tabung khairat menjadi penting.
Sama lah juga kalau kita buat reunion dan bina networking berbentuk ekonomi dan sosial. Keluar yuran sikit jadi tabungan dan modal. Sorang sikit jika dihimpun akan jadi banyak. Kebanyakan kita dah melalui berbagai pengalaman dan mempunyai macam-macam kepakaran yang boleh digemblengkan. Jika diikat macam batang lidi menjadi penyapu, mahal harganya dan berguna kepada manusia serta sukar dipatah-patahkan.
Cuma isunya ialah duit dan urustadbirnya. Duit memang berhantu. Silap gaya boleh jadi hantu raya atau hilang waras sehingga lebih teruk dari penyakit gila talak.
Orang-orang Cina depa sangat jaga kebajikan dan kepentingan masyarkat bersama. Depa ada macam-macam persatuan yang bertindak membantu samada dalam bentuk moral atau material. Kita orang Melayu agak neatif dalam bab macam ni kerana sifat kita yang agak selfish. Selama mana tidak kena atas batang hidung kita, ghalibnya kita buat tak tak tau saja. Pak Din Yahya pernah mengajar di Sg. Pelek. Barangkali dia penah pi ke sekolah Keb. Cina di pekan itu yang lengkap dengan makmal komputer hasil sepakat PIBG. Semasa saya dalm AJK PIBG di sekolah tempat saya duduk dulu, inilah isunya.
Apapun, pekerjaan baik-baik memang sukar dilaksanakan. Macam nak bina bangunan misalnya. Ambil masa berbulan-bulan. Para jurutera, akitek, perancang bandar bersidang sampai mengelit kepala. Meeting berhari-hari. Tapi nak meruntuhkan dalam sehari saja cukup. Tak gaduh jurutera atau akitek pun.

Tuesday, June 9, 2009

TAHNIAH UNTUK KAKJA DAN SUAMI

Hari Ahad 7 Jun 2009 bukan saja hari penuh bermakna kepada pasangan pengantin Faiz dan kedua ibubapanya Hj. Ramli dan Hjh, Aliyah, tetapi turut dikongsi bersama oleh kami. Saya mencatatkan detik ini sebagai satu antara tarikh paling bersejarah dalam tradisi balik kampong sepanjang tempuh 30 tahun merantau keluar negeri Kedah.

Saya hadir dengan berkonvoi bersama Munir yang datang dari Sg. Patani dan Che Azmi yang baru sampai dari KL.

Seperti diduga, ramai melapangkan diri meraikan detik ini dan kami bertemu semula sesudah 36 tahun – kata Norhayati Daud yang kalau bertemu di jalanan 99% saya tidak lagi mengenali beliau. Sudah tentu pertemuan kali ini dalam suasana dan wajah yang hampir 100% berbeza.

Kawan-kawan lain yang turut kelihatan ialah Mazlan Sudin, Ahmad Jaafar, Husin Putih, Ku Azir, Hashim Ismail, Wan Salim, Loh Kim Hua @ Mohamad Ikram Loh , Zakaria Ahmad, Mohamad Rahim, Ahmad Tajudin Yahaya ( Pak Din), Chai ( budak Sarawak ) Siti Rokiah Saleh, Noran Harun, Osma Harun, Fatimah Md Zain, Basharah Husin, Siti Mariam Hamzah, Shatirah ( DJ RTM Kedah) dan paling istimewa sifu subjek sejarah kami yang juga seorang sasterawan Cikgu Zainudin yang kini menjadi pensyarah di UUM.

Walaupun berkongsi dengan majlis kenduri Kakja dan dalam tempuh yang amat singkat, pertemuan semula ini amat bermakna. Ada yang mencadangkan agar pada masa depan diadakan majlis khusus pertemuan semula ini dengan mengesan lebih ramai kawan-kawan yang masih tidak terkesan.

Apapun pertemuan di rumah Kakja diharap menjadi titik tolak untuk pertemuan semula lebih tersusun di masa akan datang. Mungkin boleh dijadikan agenda tahunan sempena cuti raya atau cuti sekolah hujung tahun.

Tahniah kepada Kakja dan suami Hj. Ramli ( classmate Ting. 6 Rendah) kerana mencetuskan idea ini dan menjadikan kenduri beliau yang pertama seumpamanya. Tahniah juga diatas kehadiran anggota keluarga baru – seorang menantu perempuan . Moga Allah merahmati kita semua.
NOTA : Rakaman visual ada di laman SAHABAT HANDAI.