Saturday, February 19, 2011

MAULID DAN DRAMA

Tidak menjadi kesalahan menyambut perayaan Maulidurrasul. Tidak juga syubhat cara menyambutnya selama mana tidak bercanggah dengan syariat. Namun mutakhir ini kelansungan merayakannya semakin melampau atas alasan muhibbah sehingga pihak pihak penganjur tidak lagi mempedulikan antara batas batas syariat dan adat budaya. Senario ini membuat masyarakat menjadi keliru dan boleh membawa kepada kesesatan.
Maka menonton lah saya sebuah drama sempena maulid ini. Kisah seorang tok guru ajaran sesat yang kemudiannya insaf dan kembali ke pangkal jalan berkat tarbiyah dan kesabaran seorang muallaf. Tema nya bagus.
Apa yang menjadi persoalannya ialah :-
Semasa dalam kesesatan, tok guru terbabit berserta pengikut pengikutnya memakai serban dan selendang. Apabila insaf dan bertaubat, mereka bertukar memakai songkok hitam. Ini menggambarkan imej serban, selendang dan jubah adalah imej menyesatkan dan songkok hitam adalah imej jalan yang haq.
Perlu diingat bahawa serban dan selendang serta jubah adalah pakaian baginda Rasullullah SAW, para sahabat r.a , aulia' dan salafussoleh. Sunnah lagi sunat mengamalkannya. Tetapi penulis skrip, penerbit dan pengarah drama terbabit lupa tentang perkara ini dan dalam ghairah menyatakan cinta mereka kepada Rasullullah mereka tanpa sedar kerana jahil telah menghina sunnah baginda. Kecelakaan lah bagi sesiapa yang mulut menyatakan cinta kepada baginda tetapi perlakuan menjadi sebaliknya melainkan segera memohon keampunanNya.
Di satu carok lain dalam sebuah negeri, saya sedang travel kerana satu tugas. Tiba di depan sebuah sekolah menengah dan terperangkap oleh perarakan ini yang menguasai sepenuh jalanraya sehingga memaksa pengguna lain berhenti dan berpatah balik. Sementara menunggu dalam kereta di depan pintu pagar besar sekolah tersebut kerana harus meneruskan perjalanan, saya terpandang gerbangnya yang di hiasi dengan pokok pisang di kiri kanan tiang. Kemudian di regang di atasnya daun daun kelapa dianyam. Biasanya hiasan ini terdapat dikuil kuil Hindu atau di dalam perayaan agama orang orang Hindu. Tetapi pasai apa pulak di hias di pintu gerbang sekolah menengah kebangsaan sempena sambutan maulid ?
Ini kah konsep 1 Malaysia satu Ummah?
Betapa pun ghairah kita mahu mencipta sesuatu yang murni biar lah jangan sampai mengorbankan yang haq dan terpuji khususnya syiar agama kita. Jangan menghalalkan cara demi sesuatu matlamat. Bezakan dengan jelas antara tuntutan agama dengan adat budaya. Penerapan adat budaya diharuskan selagi tidak bercanggah dengan syariat tetapi dalam bab ibadah dan cabang cabangnya tidak ada tolak ansur samasekali untuk diterap atau dikongsi dengan agama agama lain.
Jangan kita benci dan fitnah serban kerana menjadi imej parti politik. Jangan benci warna hijau, merah atau biru muda kerana imej politik. Tidak kira PAS, UMNO atau atau Melayu PKR, tuan tuan adalah orang Islam yang patut mengutamakan agama. Parti politik tidak boleh samasekali membantu kita sesudah mati. Hanya agama yang kita genggam ini dan beramal dengan ilmu ilmunya saja yang boleh menyelamatkan kita.
Kepada rakan rakan yang totok kepada mana mana dari tiga parti diatas, tolong lah jangan menghina dan mengeji apalagi memfitnah sesama muslim kerana ia dikira hutang yang pasti akan di tuntut diakhirat besok.

Tuesday, February 15, 2011

SEBUAH PERARAKAN

Konsep satu Malaysia satu idea murni. Seluruh rakyat patut menyokong dan menghargainya. Menjadi tanggungjawab setiap warganegara menyumbang untuk kestabilan negara khususnya dari aspek keselamatan.
Namun setiap idea murni kadangkala menjadi keliru bila perlaksanaan nya tidak mengambil kira beberapa isu penting yang boleh menjejaskan atau menggagalkan matlamat.
Malaysia negara berbilang kaum. Kita boleh menjadi sebuah negara seperti dikehendaki iaitu Satu Malaysia Satu Bahasa tetapi tidak boleh satu bangsa, satu budaya dan satu agama. Kita lebih sesuai untuk 1 Negara Berbilang Bangsa.
Saya meleihat usaha penyatuan budaya, bangsa dan agama sebagai satu usaha yang berbahaya. Kita patut sekadar menjalin persefahaman sahaja, tidak menerapkan atau mencampuradukkan elemen elemen agama sesama masyarakat berbagai kaum. Usaha usaha ini perlu berlandasksan syariat dan mesti berada dalam lengkungan hukum hakam agama yang telah ditetapkan.
Kekeliruan ini jelas terpancar dalam perayaan perayaan dan beberapa agenda agama dimana batas batas syariat diabaikan.
Antaranya :-
1. Melibatkan bukan Islam dalam perayaan atau agenda berbentuk ibadah.
2. Membenar bukan Islam memasuki dewan solat masjid untuk program tazkirah.
3. Sekularisme persembahan hiburan yang hanya ditopengkan dgn wajah dan pakaian Islam tetapi pengisiannya tidak ubah seperti program maksiat lain.
Saya mencabar dan menentang pihak yang kononnya mahukan pembaharauan dalam agama. Islam adalah agama tauhid dan lengkap kekal sepanjang zaman. Sesuai sepanjang masa sehingga kiamat. Tidak perlu pembaharuan. Yang perlu ialah penyesuaian umat dengan kehendak agama, bukan menyesuaikan agama dengan kehendak nafsu umat.
Tiada makna kalau kita berarak berbondong bondong merayakan maulidurasul tetapi membuat penyelewengan akidah dalam masa yang sama. Dalam beragama, apa apa yang terbaik ialah yang berasal dari Rasulullah dan zaman baginda. Maknanya lagi lama lagi tulen.Bertambah moden bertambah menjadi carca marba. Jangan jadikan liberalisme satu alasan. Syariat tiada tolak ansur, misalannya kalau hukumnya mencuri adalah potong tangan maka ia adalah hukum Allah walaupun dizaman ini orang mengatakan zalim dan kejam dan diganti dengan penjara. Pengingkaran ini siapakah yang boleh melakukannya melainkan mereka orang Islam sendiri yang berani mencabar dan menderhakai Allah azzawajalla.


Sunday, February 6, 2011

CNY TRAFIK SESAK TERUK - MENGAPA?

CNY baru baru ini sungguh menjadi keluhkesah pengguna lebuhraya. Sesak teruk. Berjam jam terkemut kemut di tengah barisan kenderaan. Hendak berenti kat R&R tidak dibenarkan kerana sudah pun melimpah ruah. Jarak yang selalunya perlu lima jam bertukar menjadi sepuluh jam atau lebih. Begitu cerita beberapa mangsa yang menelefon rancangan sembang pagi di TV.
Selalu nya sesak musim CNY ini memang teruk dan bukan perkara baru. Sudah lama.Saya pernah alami 25 tahun lalu. Kut kut la pada masa itu belum ada lebuhraya. Tetapi sekarang ni lebuhraya tiga lorong pun senarionya tetap sama.
Mengapa sesak teruk pada musim CNY?
Saya rasa ini ada kaitan dengan sumbangan sikap orang Melayu.
Orang Melayu memang suka ambil kesempatan dari semua cuti panjang untuk balik kampung. Mungkin mereka gemar suasana beramai ramai begitu.
Pada CNY orang orang Cina bercuti, balik kampung atau mereka melancung. Majoriti mereka akan berada diatas jalan semua destinasi. Majoriti orang Melayu pulak bercuti dan pakat pakat balik kampung kerana orang Melayu bandar majoriti asalnya dari kampung. Pertembungan dua kelompok terbesar ini memang patut pun meledakkan tsunami kesesakan jalanraya.
Berbeza dengan musim HRP. Orang Melayu saja yang kebanyakannya berada diatas jalan. Orang Cina sibuk berniaga kerana pada musim HRP orang Melayu melipatganda bajet membeli belah.
Pada CNY lalu, saya dalam perjalanan balik menghantar anak di Jengka dan berhenti di R&R Temerluh. Memang sesak sangat. Saya anggar 60 % adalah orang Melayu sedangkan musim cuti ini adalah CNY. Petrol pump pun terjeluak. Cadang nak makan tapi bila tengok sesak teruk perut jadi kenyang. Selepas tersangkut beberapa ketika dalam laluan parkir R&R, saya masuk balik lebuhraya yang kenderaan macam semut. Dengar Sinar FM kata sesak teruk di Karak, Bentung dan Gombak maka saya tukar haluan masuk exit Temerluh dan balik ikut jalan kampung Triang, Felda Bukit Mendi, Kuala Klawang dan seterusnya Nilai. Keadaan jalan memang lah berbelit belit dan berlubang lubang kerana jalan kampung adalah merupakan jalan anak tiri tetapi trafik lebih lancar dan kurang tekanan memandu dalam melayan kerenah pengguna yang berbagai ketika kesesakan.