Tuesday, June 7, 2011

MUSIM CUTI DAN KENDURI

Sepeti selalu bila tiba musim cuti sekolah adalah musim kenduri juga. Sepanjang tempuh itu tiap hari pasti ada agenda kenduri ini. Kadang kadang tak cukup kaki untuk memenuhi undangan. Jarak bukan lagi isu kerana kemudahan teknologi masakini telah memadam semua alasan itu.
Kali ini abang saya sendiri kenduri menyambut menantu. Serentak dengan hari kenduri sahabat lama saya Lan Tok Nog. Seorang di Jitra seorang di Tasik Gelugor, Prai. Mohon maaf kepada Lan Tok Nog kerana terpaksa menghampakan harapan dan jemputannya. 4 hb Jun 2011 menjadi hari feberet kenduri kawin tahun ini. Saya juga terpaksa mengecewakan Chet iaitu ipar Abu Samah kerana tarikh kenduri keramat ini.
Sehari sebelum itu kenduri Mie Japag di Alor Setar. Terima kasih Mie dan kawan kawan yang hadir. Disini dapat bertemu kembali tiga sahabat lama yang tidak pernah saya bertemu dalam mana mana agenda sebelum ini. Mereka ialah Puzi Awang, Hamidon dan Wan Abdullah Mael.
Selepas kenuri Mie Japag saya melilau di Pekan Jitra. Cuba konteks kawan kawana SMJ nak ajak mereka makan bihun sup Sungai Korok tapi telefon semuanya tidak berjawab kecuali Anand dan Rahman Siam. Maka kami bertiga pun pekena bihun sup sampai menjelang senja.
Kenduri di rumah abang saya masih mengamalkan konsep gotong royong. Suasana kemeriahan kenduri seperti zaman dulu masih terasa. Kami berhimpun adik beradik membantu persiapan apa yang perlu. Memang meriah. Ini lah masanya paling sesuai bertemu adik beradik dan saudara mara. Tidak perlu ada peralatan musik dan sebagainya kerana abang dan kakak ipar saya memang tidak sukakan suasana begitu.
Besoknya kami bertandang kerumah besan abang saya di Binjul, Baling. Kampung ini masih terpencil dalam suasana kebun getah. Memasuki kampung ini benar benar mengusik jiwa saya. Tidak banyak bezanya dengan kampung saya 30 tahun dulu di Jitra, Kedah.
Suasana kenduri nya juga masih klasik. Makan disediakan secara berhidang seperti dulu bukan buffet seperti sekarang. Mereka juga menjemput kumpulan kugiran untuk menghibur tetamu. Inilah satu satunya kenduri yang saya temui dalam dekad dekad terakhir ini yang mengadakan kumpulan kugiran seperti masa lalu.
Muzik sebenarnya tidak elok digunakan untuk memeriahkan majlis kenduri kawin. Selain bercanggah dengan tuntutan syariat, ianya juga menimbulkan suasana tidak selesa kepada tetamu hendak makan dan berbual bual.
Begitu juga trend sesi fotografi kawin terkini yang membuat outing saat majlis berlansung. Sepatutnya waktu itu diguna oleh mempelai untuk berkenal mesra dengan saudara mara dan sahabat handai tetapi pengantin lebih utama untuk keluar bergambar di taman bunga, tepi sawah , lombong dsb.
Masa yang berlalu telah mengubah sistem nilai masyarakat dengan pantas. Pengaruh media sangat hebat. Syiar agama semakin terhakis. Kalau inilah senario majlis perkahwinan, bagaimana ia akan melahirkan generasi mulia di masa hadapan.