tag:blogger.com,1999:blog-52483991777264152912024-02-06T18:57:25.808-08:00ibnu saman aljalawiPemikiran Seorang Rakyat Jelata,
Dari Kampung Pendalaman Utara Negeri Kedah Merantau ke Wilayah Siber Selatan Negeri Selangor.ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.comBlogger125125tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-67174536665215501482015-07-13T23:43:00.002-07:002015-07-13T23:44:12.140-07:00SALAM IDIL FITRI 2015

SALAM IDIL FITRI 2015

Musim raya lagi. Orang pekan sibuk nak balik jenguk kampung yang lama depa tinggalkan. Oleh kerana aku bukan sebahagian depa pada kali ni maka aku balik jenguk laman blog aku ni yang dah lama aku tinggalkan.

Dengar habark Mie Japark dengan Tok Mat Lebai Sudin nak buat reunion pada raya ketiga di hotel Alora. Aku pun tak tau tang mana duduk hotel tu tapi Ramlah Said kata dekat kedai dia. Kalau lagu tu area area stesen bas asyahab la kot.

Chup Abaih ada mesej aku kecek balik. Dia senarai nama kawan kawan yang dah konpom nak join. Bagiitu juga Abu Samah. Kata dia waalau pun kurang sihat dia tetap akan balik . Nak jumpa kawan kawan lama yang sesetengahnyaa tak pernah jumpa sejak tinggalkan bangku sekolah pada tahun 1977.

Lebih ironik reunion kali ini bersifat khususiah. Iaitu khas buat batch Tingkatan 6 1976/77 SMDSO.Ertinya semua kekawan saling kenal mengenali. Betoi kata Chup Abaih " roghi mat kalau hang tak balik".

Apa lagi tidak jauh dari situ dekat Pumpong Golf Resort diadakan reunion perdana SMDSO. Hat ni terbukak kat semua batch. Aku tengok program dia pon canggih. Ramai tokoh tokoh VIP ghupanya bekas peljar SMDSO. Buleh la harung dua sekali.

Apapun aku harap semuanya berjalan lancar dan ukhwah Islamiah dapat dimantapkan sempena hari baik bulan pun baik ini. Jangan reunion tinggal reunion. Menjadi budaya jumpa makan makan sembang sembang pastu lupa....

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-14435467744278484272013-08-27T08:32:00.000-07:002013-08-27T08:39:09.453-07:00SALAM MERDEKA 2013 - PATRIOTISME DAN BENDERA

Ogos adalah bulan merdeka bagi negara Malaysia tercinta. Kemuncaknya ialah pada 31 hari bulan. Tidak lama lagi. Kira kira dalam dua tiga hari sahaja.

Lama dahulu masa saya masih kanak kanak sambutan kemerdekaan di rai ala kadar sahaja. Tiada pesta pesta rasmi yang ghairah dan meriah. Bahkan Dataran Merdeka pun belum ujud lagi dan semua acara sambutan yang amat sederhana di lakukan di Stadium Merdeka dan di hadapan Bangunan Sultan Abd Samad. Ia nya berlansung berbelas bahkan berpuluh tahun lama nya dalam tempuh 56 tahun itu.

Tidak lama selepas itu sekumpulan pemandu lori memulakan agenda mengibar bendera Malaysia di kenderaan mereka menjelang hari kemerdekaan. Fenomena ini mencetuskan inisiatif kepada pemerintah lalu menjadikannya satu agenda rasmi. Pengibaran bendera digalakan keatas kenderaan peribadi dan premis premis semua pihak samada awam dan swasta. Namun ia tidak bertahan lama. Situasi politik semasa kemudian memadamkan kemeriahan itu.

Tahun ini 2013 kesuraman sangat amat terasa. Sampai memaksa pemerintah mahu menggunakan undang undang untuk memaksa semua rakyat jelata mengibarkan bendera dengan apa cara sekali pun. Persoalannya apakah wajar sehingga perlu menggubal undang undang untuk acara mengibar bendera?

Apakah mengibar bendera setahun sekali sudah cukup membuktikan patriotisme dan jati diri Malaysia?

Apakah mereka yang tidak mengibar bendera akaan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh di hukum penjara?

Patriotisme berkait rapat dengan semangat dan jati diri yang membentuk peribadi seseorang. Seseorang yang tegar patriotik ia akan mengamal dan sentiasa menghargai bangsa dan negara nya dalam semua sektor dan dalam apa jugak keadaan berpandukan perlembagaan yang telah ditanam dan sentiasa di pelihara dengan subur dalam jiwa dan hati nurani mereka.

Umpamanya..jika benar benar patriotik kita akan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi harian. Kita akan menggunakan elemen elemen kebangsaan dalam apa jugak senario sosio budaya dalam kehidupan harian. Contohnya senibina bangunan, penjenamaan tempat dan bangunan atau jabatan kerajaan dan swasta. Kurikulum pendidikan dan bahkan penciptaan teknologi baru pun semuanya wajib berasaskan elemen elemen tempatan atau kebangsaan.Jadikan satu pemikiran dan rutin hidup sehingga dunia mengenal kita kerana jati diri kita.

Tidak ada gunanya kita mengibar bendera sepanjang tahun tetapi pemikiran, gaya hidup dan jati diri kita tidak patriotik. Pemimpin kita berucap tidak menggunakan bahasa kebangsaaan. Mereka menamakan bangunan, jalan dan jabatan jabatan kerajaan tidak dengan nama berciri kebangsaan. Mereka mengamalkan sistem perniagaan tidak mesra kebangsaan. Mereka merayakan kebudayaan pun bercampur aduk antara ciri ciri kebangsaan dengan adaptasi budaya orang lain. Mereka berpakaian. Mereka membina bangunan dan banyak lagi kalau nak sebut. Semuanya tersasar jauh dari elemen elemen kebangsaan yang merupaka resipi patriotisme sesebuah negara atau satu bangsa.

Tut tut kita dengan mudah melaungkan dan mahu melebel mereka yang tidak mengibar bendera pada bulan Ogos setiap tahun sebagai tidak patriotik dan mahu mengenakan tindakan undang undang keatas mereka !

Apakah ini wajar, bijak dan adil ?

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-15724961126640050192013-01-07T01:06:00.000-08:002013-01-07T01:27:30.201-08:00MEMBUKA JENDELA 2013

Salam 2013. Musim hujan berlarutan seperti biasa oleh perubahan monsun dari Barat Daya kepada Timur Laut. Seperti biasa bah akan melanda di negeri negeri pantai timur. Negeri Negeri pantai Barat pulak mengalami hujan berpanjangan walaupun tidak sampai menyebabkan bah. Selalunya begitu lah peredaran musim.

Tetapi di jendela 2013 ia agak memeranjatkan. Musim bah berulang ulang. Gelombang satu dan dua dan mungkin akan ada tiga atau empat. Ia juga mengambil masa lebih lama untuk surut seperti sediakala. Di sekitar Lembah Kelang pula berlaku runtuhan tanah dan limpahan selut mengambus dan melimpahi rumah rumah dan kenderaan. Juga ia bukan perkara baru berlaku. Apa yang baru ia semakin kerap dan melibatkan semakin banyak kawasan dan harta benda.

Fenomena ini memberi amaran yang jelas kepada kita supaya segera berhenti menjadi rakus dan angkuh. Peraturan alam semula jadi di cipta Allah telah cukup sempurna dan kita tidak perlu mengubahsuai apa apa pun untuk memenuhi nafsu serakah kita. Di jadikanNYA gunung ganang, sungai sungai, paya dan lembah masing masing mempunyai peranan dan fungsi untuk alam dan semua kehidupan. Kita yang berasa sangat bijak kerana menguasai ilmu kejuruteraan sebenarnya lebih dungu dari seekor kaldai kerana tindakan kita yang kononnya bijak itu akan memusnahkan masa depan bumi ini. Lambat laun. Perubahan sedang berlaku.

Pihak berkuasa yang sayangkan rakyatnya dan mengutamakan mereka wajib segera bertindak. Aktiviti menggondol kan bukit bukau atas apa sekalipun maksud pembangunan hendaklah diharamkan samasekali. Termasuk juga tebus guna atau penimbusan tanah tanah paya untuk apa jugak projek. Pengaliran sungai sungai harus di biar mengikut resamnya. Tidak perlu di tebuk dan di pintas mengikut kemahuan fikiran kita. Tidak juga perlu di bersehkan tumbuh tumbuhan atau tebing tebing sungai. Setiap tumbuhan dan keadaaan semula jadi sungai berperanan dalam menguruskan aliran air secara semula jadi.

Siapa kah kita untuk merasa lebih bijak mentadbir alam ini dengan mengubah apa yang telah di jadikan oleh Pemiliknya? Sayangi lah alam semula jadi. Sebagai rakyat yang tiada berupaya, apa yang boleh di lakukan ialah berhenti lah menyokong sesiapa saja yang menjadi pemerintah yang memandang rendah isu ini dan tidak mahu menghargai alam semulajadi.

Kita telah kehilangan banyak khazanah alam dan proses kehilangan itu terus berlaku. Berapa lah harga kemajuan untuk dinilaikan berbanding anugerah alam ini ?

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-45032363366375742532012-12-30T06:42:00.000-08:002012-12-30T06:52:43.448-08:00MASA YANG BERLALU

Masa yang berlari. Tidak pernah ada tolak ansur. Sangat konsisten dan tepat. Kita yang mengejar. Seringkali rebah dan tersungkur. Adakala lemah dan ada ketika kuat. Apapun situasi dihadapi, kisah terus dilakar. Episod demi episod.

Sesungguhnya. Demi masa. Manusia sentiasa dalam kerugian. Kecuali mereka yang bertakwa dan beramal soleh. Ertinya, sehebat mana pon kita mampu dan berjaya mengejar masa tetapi tanpa takwa dan berbuat amalan amalan mulia, maka kita sebenarnya mengendong kerugian yang besar.

Tinggal hanya beberapa puluh jam sahaja lagi bagi tahun 2012 sebelum ia melabuhkan tirai seterusnya di lipat dalam bungkusan sejarah. Sesudah itu ia hanya akan di sebut sebut dalam kenang kenangan.

Menghitung masa, kita sebenarnya gembira dalam leka. Menunggu detik jam dua belas tengah malam ketika beralehnya tahun baru, kita sanggup berkorban untuk banyak perkara sia sia. Kita lupa bahawa dengan pertambahan tahun bermakna semakin pendek hayat kita. Semakin jauh kita dengan rumah dan semakin dekat dengan kubur.

Pada 2012 seorang bekas guru saya semasa di SMJ arwah Amran Lee Gek Liang telah kembali kerahmatullah. Kemudian di ikuti oleh arwah Fauziah Saad , rakan sekolah SMDSO dan arwah Puzi Awang, rakan sekelas saya di SMDSO (mudah-mudahan Allah merahmati mereka dan kita semua dengan limpah kurnia serta kasih sayangNya).

Rasanya itu antara bayangan bayangan yang mungkin relevan untuk di renung sejenak dari sebuah puisi yang di kirim oleh Abd Rahman Zainol, juga rakan saya kelas 6A1 SMDSO batch 1976-77 yang kini bertugas dengan LADA di Langkawi :

satu ketika pada usia muda

aku sering mendapat kabar

sahabat sahabat menjejak menara gading

bertanya hati ini

aku bila lagi?

Menyusul selepas itu

bertandang pula berita

rakan rakan beroleh kerja

bertanay hati ini

aku bila lagi?

kemudian dari itu

rakan rakan beroleh jodoh

dan kejinjang pelamin

bertanya hati ini

aku bila lagi?

mereka kemudiannya beroleh zuriat

penyambung kelansungan keturunan

hati terus bertanya

aku bila lagi?

tidak pun lama selepas itu

dengan bangga rakan rakana memberitahu ku

mereka telah pun bergelar datuk

dikurniakan meanntu dan cucu

sekali lagi aku bertanya

aku bila lagi?

namun akhir akhir ini

semakin kerap ku terima kabar

ada rakan pergi menemui Ilahi

perlukah aku bertanya

aku bila lagi?

terasa sayu pertanyaan itu..

Nukilan Sdr Abd Rahman Zainol

Timbalan Pengurus Besar LADA

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-61234965879084203252012-11-22T07:54:00.000-08:002012-11-23T07:25:54.132-08:00LAGI TENTANG AES

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop hari ini berkata polis mengeluarkan sebanyak 27,414,823 saman kepada individu yang dirakam melanggar had laju sejak 1996.

Data berkenaan kemudiannya menjadi modal perbahasan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata jumlah tersebut menunjukkan kegagalan penggunaan kamera untuk mengelak kemalangan.

Katanya, jumlah kemalangan terus meningkat walaupun polis mengeluarkan jumlah saman tersebut sejak 1996.

Atas alasan tersebut, beliau mempersoalkan mengapa pasukan polis perlu menggunakan kamera berkenaan.

Mahfuz merupakan pemimpin pembangkang yang mengetuai gerakan menentang saman ekor dan juga pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), termasuk penggunaan kamera di kawasan yang banyak berlaku kemalangan.

Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) turut membangkitkan sama ada pengguna jalan raya akan dikenakan saman berganda daripada penguatkuasaan AES dan juga daripada kamera polis.

Membaca isu diatas saya teringat penguatkuasaan beberapa peraturan sebelum ini yang dikatakan bertujuan mengelakkan kemalangan:-

1. Pemakaian tali pingggang keledar dan topi keledar.

2. Pemasangan lampu amaran had laju di atas kepala lori dan treler.

3. Pemasangan kotak hitam pada bas ekpress

4. Pemasangan lampu brek ketiga

5. Penyalaan lampu depan motosikal.

6. Kurikulum baru diperkenalkan dan bakal pemandu dilatih oleh Akademi Memandu khas dengan bayaran 10 kali ganda berbanding dulu.

Semua ini dan terbaru AES telah dilaksanakan dan jutaan saman telah dikeluarkan terhadap pengguna jalanraya tetapi pesalah terus meningkat dan kemalangan maut semakin menjadi-jadi. Secara tidak cerdik berhujah, dimanakah kesan positif dari perlaksanaan peraturan diatas untuk mengelak atau mengurangkan kemalangan sepertimana sering dilaung-laungkan itu?

Saya berfikir kenapa tidak :-

1. Mata pelajaran memandu diperkenalkan di peringkat sekolah dan menjadi mata pelajaran wajib lulus atau

2. Semua kenderaan diwajibkan secara teknikal supaya tidak boleh melepasi kelajuan 90KMJ bukan sekadar tulisan di dindingnya sahaja atau..

3. Membina bumper merintang jalanraya atau lebuhraya dengan lebih besar dan lebih banyak jumlahnya di tempat tempat terpilih dan berisiko atau dalam jarak setiap satu kilometer. Pada masa ini bumper telah direntang di kebanyakan taman taman perumahan dan jalan jalan kampung yang dianggap berisiko..atau

laksanakan semuanya sekali. Kalau lah kita hendak menghalang kenderaan bergerak pada kelajuan melebihi 90kmj atau 110 kmj yang dianggap berbahaya.

Tindakaan menyaman pemecut tidak akan menghalang pengguna khususnya golongan tertentu untuk terus menerus melakukan kesalahan memecut kerana mereka mampu membayar dan sampai bila pun masalah ini tidak akan dapat ditangani dengan sempurna.

Adapun penguatkuasaan AES untuk pesalah seperti melanggar lampu isyarat, memotong barisan, meletak kenderaan menghalang trafik, menggunakan lampu xenon (menyilaukan pengguna lain), tidak bertimbangrasa di atas jalan, mementing diri diatas jalan, tidak menggunakan signal dengan sempurna dan kelajuan berlebihan misalnya 160kmj keatas di lebuhraya atau 100 kmj ditempat tempat sesak misalnya, memang AMAT WAJAR dilaksanakan.

Sebaliknya adalah malang jika di tempat kelajuaan 60kmj pengguna disaman RM300 kerana memandu 72kmj..

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-76625378735539795792012-10-30T01:31:00.000-07:002012-10-30T01:31:09.184-07:00AES DAN KEMALANGAN JALANRAYA

Cuti Raya Haji 2012 menyebabkan cuti hujung minggu bertambah menjadi tiga hari. Seperti jangkaan, semua lebuhraya dan jalanraya utama keluar daripada KL melimpah dengan kenderaan pada hari Khamis dan berulang kembali pada petang Ahad untuk masuk balik ke KL apabila publik kembali dari bercuti dikampung masing masing.

Pada petang Ahad itu juga, saya terpaksa menghantar anak balik ke asrama di Alor Gajah . Sebaik keluar dari exit Tol Nilai pada jam 5 petang, saya lihat limpahan kenderaan bertaliarus di kedua dua hala lebuhraya PLUS tapi masih bergerak perlahan. Kira kira 3 kilometer mendekati R&R Seremban, trafik mula jem. Sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam pergerakan keluar KL pada petang hari minggu. Manakala trafik dari arah Seremban memasuki KL nampaknya masih boleh bergerak walaupun lembab.

Kira kira setengah jam berbaris, rupa rupanya terdapat tiga buah kereta tersadai ditengah lebuhraya apabila saling menyondol belakang. Sesudah melepasinya trafik lega sedikit tetapi dalam jarak beberapa meter selepas itu jem semula. Pulak dah. Apa hal sebenarnya. Mau tidak mau terpaksa ikut la barisan. Sampai dekat depan R&R Seremban baru persoalan terjawab. Ada satu kemalangan dasyat kat situ. Sebuah Iswara remuk hancai. Sebuah Lavina terkedang dalam longkang. Bomba, Polis semua ada. Bermula dari titik ini, baru lah trafik lancar selancarnya menuju Alor Gajah dan Selatan. Sebaliknya dari arah Selatan nak masuk KL trafik jem teruk mungkin sampai di Ayer Keroh kerana ketika exit di Tol Alor Gajah , tiada tanda tanda trafik clear dari arah sana. Rupa rupanya pengguna memperlahankan kereta masing masing kerana nak tengok kemalangan sahaja dan ia mampu menjana jem sejauh 50 KM atau mungkin lebih. Menurut kawan saya yang keluar dari Remabu jam 6 petang, ia tiba di Bangi pukul 12 tenghah malam. Perjalanan biasa hanya memakan masa 45 minit sahaja.

Lalu apa kaitannya dengan AES?. Kabarnya AES dipasang untuk mengelak kemalangan. Punca kemalangan dikatakan oleh sebab kelajuan melebih 110KMJ ( sebab apabila kelajuan melebih had itu flash akan menyinar untuk saman perlu dibayar). Secara asasnya begitulah dan ramai pihak mempertikaikannya.

Apakah pihak pihak berkuasa telah membuat kajian terperinci? Apakah kaedah atau method kajiaan atau penyelidikan yang mereka buat?. Apakah mereka tidak pernah memandu di semua Lebuhraya dan Jalanraya di negara kita ini untuk mengalami situasi dan mencari risiko kemalangan dengan lebih realistik.Dengan lebih praktikal!.

Dari pengalaman saya di atas, kemalangan pertama melanggar belakang berlaku sebab kereta berbaris bukan sebab kelajuan. Kemalangan ngeri pulak berlaku di tempat yang tidak tersenari dalam lokasi AES pun. Dan oleh kerana pengguna memperlahankan kereta untuk melihat kemalanangan ia telah memyebabkan kesesakan sejauh lebih 50 KM dari arah bertentangan. Ada pendapat menyatakan kesesakan trafik pada musim raya Haji tahun ini disebabkan faktor yang disumbangkan oleh takutnya pengguna kepada AES.

Saya teringat semasa di Jerman. Negara pencipta jentera jalanraya berprestasi tinggi seperti Mercedes, BMW, Audi, VW dan Porche. Lebuhraya negara mereka menghadkan kelajuan minima 110kmj. Ertinya bila berada di atas lebuhraya setiap kenderaan tidak boleh kurang dari 110kmj. Ketika saya dalam kelajuan 170kmj masih ada yang memintas melecup pergi..bayangkan. Sebab itu agaknya lebuhraya mereka tiada masalah jem. Dan yang paling penting negara Jerman tidak tersenarai sebagai negara pemegang rekod kadar kemalangan jalan raya tertinggi di dunia seperti kita. Jadi, kelajuan bukan lah faktor hakiki kemalangan seperti di gembar gemborkan.

Selepas menghantar anak di asrama saya lihat lebuhraya masih jem. Saya dicide mengikut jalan lama. Tetapi belum pun sampai di simpang Tampin - Kota dari arah Alor Gajah, jalan sudah sesak. Saya ingat mungkin sebab gate keretaapi tetapi bila melepasinya dan tiba di simpang tiga itu trafik dari Tampin menghala Seremban beku berbaris. Saya membuat u turn dan balik ke Alor Gajah.

Selepas Maghrib, saya mengambil jalan Brisu - Lubok China - Linggi - Port Dickson dan Sepang. Jalan kampung kelas tiga. Memang sunyi dan berliku. Berlopak dan beralun. Melalui perkampungan dan ladang sawit. Kalau nasib tidak baik lembu ada tidur di atas jalan. Perjalanan memang mencabar apatah lagi pada waktu malam. Beberapa kali roda berdentum kerana terjun lopak. Di satu sselekoh saya terbabas kerana jalan sedang di baiki dan tiada tanda arah yang boleh dibuat panduan. Agaknya sebab itu pengguna lebih rela menggunakan PLUS walaupun terpaksa sesak dalam jem berbatu batu untuk tempoh berjam jam pulak. Mujur juga kenderaan powil Isuzu Trooper saya direkabentuk untuk laluan lasak begitu. Dalam keadaan begini nampaknya berbaloi.

Pada hemat saya, peruntukan RM717 juta untuk AES iitu lebih baik digunakan untuk nmenaiktaraf jalann kampung supaya menjadi lebih sempurna jika pihak berkuasa mahu mengelakkkan kesesakan dan memberi pilihan kepada rakyat. Jika tidak ianya seolah olah melukah di air keroh walaupun sebenarnya mungkin tiada niat begitu.

Faktor utama kemalangan ialah skill pemandu dan sikap mereka di atas jalan yang mementing diri sendiri. Kelajuan hanya lah faktor sampingan.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-83020999918454051662012-10-19T07:24:00.001-07:002012-10-19T07:24:21.636-07:00KETAM CINA KETAM MELAYU

Ini cerita lama. Tidak mengapa kerana cerita tidak basi macam makanan. Sebab itu tv tidak pernah jemu jemu ulang tayang filem filem P. Ramlee. Sebab cerita cerita sifatnya kalis kusam tanpa perlu di buboh asid borik atau formaldehaid untuk mengekalkan kesegaran yang palsu

Semasa beraleh angin dari kerja makan gaji kepada kerja sendiri dulu, saya hadiri satu kursus motivasi. Ya lah. Dah berpuluh tahun jadi seperti ayam daging yang biasa di hulor makan dalam sangkar, tentu lah sukar nak mencakar dan mematuk makanan jika tiba tiba di lepas begitu saja. Kena lah masuk inkubator sat supaya dapat sesuaikan diri. Supaya dapat mengenal cacing sebagai makanan dan berupaya pula mematuknya bila ditemui selain dedak yang di timbun dalam besen.

Pada suatu hari, seorang fasilitator memulakan harinya dengan membuat satu teka teki. Dia meriwayatkann peri hal dua baldi ketam dan meminta kami mengenal pasti mana satu baldi ketam Cina dan mana satu baldi ketam Melayu. Ketam nya sama. Baldi pun sama. Jumlah pun sama. Yang beza ialah salah satu baldi mukanya di tutup jaring dan satu lagi baldi mukanya dibiar terbuka.

Memang klasik teka teki ini. Ia ada kaitan dengan pengalaman saya berikutnya. Satu hari yang lain, sahabat saya seorang Cina Muslim berhajat membeli sebuah van terpakai. Dia mengajak saya menemaninya. Kami pun merayau lah di beberapa pusat pameran kereta terpakai di Jalan Cheras, Kajang sehingga menemui sebuah van Toyota Liteace yang berjaya menarik minatnya. Dia menyuruh saya deal dengan jurujual, seorang Cina. Harga tawaran RM30K. Saya meminta RM27K. Puas memujuk dan dia matikan harga pada RM28K. Dia tutup tawaran dengan harga itu. Jika setuju terima , jika tidak manyak soli aa kawan..talak untung ma.

Sehingga tahap itu rundingan baru lah sahabat Cina saya itu masuk campur. Dia terus cakap dalam bahasa Cina. Terkejut Cina jurujual itu kerana sahabat saya itu memakai jubah putih, serban dan menyimpan janggut yang menghilangkana identiti Cinanya. Saya beritahu jurujual itu bahawa sahabat saya itu seorang Cina Muslim. Jurujual itu lantas memegang tangan sahabat saya dan menariknya masuk kedalam pejabat. Saya mengikut dari belakang. Dia mengambil kalkulator, memenyet menyet aksara dan mereka berbincang lagi. Tidak lama lepas itu mereka bersalaman dan sahabat Cina saya itu menyeluk saku mengeluarkan deposit RM500.00. Van itu di jual dengan harga RM26K sahaja! Sedangkan dengan saya tadi harga dimatikan pada aras RM28K.

Orang Orang Cina sangat sayang bangsa mereka. Biarpun terpaksa terpisah oleh ideologi atau anutan agama berbeza namun darah kecinaan mereka tidak boleh dipisahkan. Mereka tetap membela dan membantu sesama mereka apabila keadaan memerlukan. Sebab itu baldi yang muka nya di tutup jaring itu di kenalpasti sebagai ketam cina dan ketam baldi terbuka itu ketam melayu. Kenapa?. Sebab ketam Cina kalau tidak di tutup dengan jaring, apabila ada seekor yang mahu berusaha meragaih baldi untuk keluar maka yang lain akan membantu dan apabila seekor telah berjaya maka ia akan menarik keluar semua kawan kawannya dari dalam baldi. Sedang kan ketam Melayu tidak perlu tutup kerana apabila seekor ingin meragaiah keluar maka yang lain akan beramai ramai menariknya turun semula sebab kalau dia berjaya naik pon dia akan laari menyelamatkan diri sendiri saja dan meninggalkan kawan kawannya. Oleh kerana itu tak ada sesiapa yang boleh berjaya naik dan tunggulah apabila masanya tiba, semua akan direbus dan digoreng masak kicap untuk hidangan lima rasa ka, tiga rasa ka ..ikut selera pelanggan lah..alahai..

Kenapa orang Melayu tidak boleh mencontohi rakan rakan mereka orang orang Cina dalam hal hal yang baik begini? Tidak rugi atau hina mencontohi atau mengambil teladan dari mereka kerana kita kena akui bahawa mereka orang orang Cina memang antara bangsa yang hebat dan bertaraf dunia. Kalau tidak, masa kan Nabi menyuruh umat Islam menuntut ilmu hingga ke negeri China!

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-52859974415934976682012-09-29T08:28:00.003-07:002012-09-29T08:28:53.443-07:00GADIS BERBAJU KURUNG BIRU

Ada orang memulakan hidup ini dengan sempurna tetapi pada hujung nya menghadapi kemelut kasih yang sukar di rungkai. Ia berlaku kepada seorang bekas pensyarah saya. Pada hujung tahun 70an beliau memilliki sebuah keluarga bahagia dan tinggal di sebuah banglo miliknya di Kelang. Pada 2006 belaiu menghabiskan sisa hidup dengan menumpang sebuah bilik darjah yang di ubahsuai sebagai bilik tidur di sebuah sekolah .

Sejarah hidupnya memang berliku. Berhenti kerja kerana mencari cabaran di negeri Arab dan gagal. Kembali ke tanah air berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di beberapa buah universiti awam sehingga lah tenaga beliau tidak diperlukan. Tersisih dari keluarga dan tinggal di rumah orang tua sebelum melarikan diri dan di temui rakan lama seorang usahawan berjaya di Ampang pada satu tengah malam. Kawannya itu menumpang kan dia di sebuah hotel untuk beberapa bulan. Sekali lagi melarikan diri kerana segan dengan pengorbanan rakan lamanya itu. Akhirnya anak bongsunya berjaya mengesan dan menempatkan dia disekolah tersebut setelah berbincang.

Saya dengan beberapa rakan terus menziarah belaiu sebaik mendapat maklumat. Memorinya memang kelas satu. Dia masih ingat kami setiap seorang dengan jelas. Siap dikaitkan dengan peristiwa peribadi yang kami pernah lakukan semasa di bawah seliaan beliau. Keadaannya amat uzur kerana menanggung penyakit kronik tiga serangkai. Dia tinggal seorang diri dan anak bongsunya akan menziarah setiap ujung minggu.

Belaiu tiada wang pencen. Kewangan menjadi sebahagian maslah nya. Suatu hari dalam kesempitan belaiu teringat akaun BSNnya yang tidak pernah diguna semenjak dia berhenti kerja. Mungkin ada baki sekupang dua yang boleh dibuat belanja. Alangkah terkejutnya dia apabila di periksa terdapat jumlah ribuan ringgit dan akaun itu aktif dengan terdapat credit sebanyak RM200.00 setiap bulan. Wang itu lah di buat belanja untuk hari hari terakhir hidupnya.

Dari manakah datangnya duit tersebut?. Apakah ada malaikat yang mengkreditkannya ?. Kalau ada, mereka adalah manusia berjiwa malaikat. Puas di fikirkan dan akhirnya dia teringat kepada seorang pelajarnya ketika mengajar di sebuah universiti di utara. Seorang gadis berbaju kurung biru.

Sudah lama diperhatikan gadis itu. Ada sesuatu yang menarik perhatian beliau. Bukan rupa paras dan budi bahasa. Tetapi satu kemeusykilan tentang baju kurung biru. Dia tidak pernah melihat gadis itu memakai pakaian lain selain baju kurung biru yang satu itu. Dia merasa sangat pelik sehingga memaksanya memanggil pelajar tersebut dan bertanya mengenainya.

Dia menemui jawapan. Gadis itu berasal dari Trengganu. Anak seorang nelayan miskin yang bercekang perut kerana hendak menuntut ilmu. Dia hanya mempunyai sepasang pakaian untuk setiap keperluan dan baju kurung biru itu untuk menghadiri kuliah. Setaip balik ke hostel dia akan membasuhnya untuk dipakai pada kuliah besok hari. Demikianlah putarannya.

Menitis airmata pensyarah saya itu mendengarnya. Dia lalu menghulurkan RM500.00 untuk pelajarnya itu membeli pakaian tetapi gadis itu enggan menerima. Beliau tetap mendesak dan akhirnya gadis itu bersetuju dengan satu syarat. Iaitu hendaklah pensayarah saya itu memberikan nombor akaun banknya. Memikirkan akaun BSN tidak pernah digunakan dan yang penting gadis itu mahu menerima sumbangan nya maka pensyarah saya itu pun bersetuju.

Kisah itu pun berlalu dan gadis itu pun seperti pelajar lain terus hilang selepas tamat pengajian. Ianya tersimpan rapi sehingga lah pensyarah saya itu terdesak memerlukan duit dan cuba mengorek ngorek sisa sisa simpanannya di semua akaun bank yang dia ada lalu mengimbau kembali ingatannya kepada gadis berbaju kurung biru. Alangkah mulianya pekerti anak nelayan itu.

Kepada gadis berbaju biru yang kini telah menjadi ibu mungkin , sekiranaya belum mendapat kabar ketahui lah bahawa pensyarah kamu yang ikhlas dan baik hati itu sudah kembali ke rahmatullah pada 2007. Kalau masih ingin membalas jasa beliau sumbangkan melalui saluran lain kerana beliau sudah tidak memerlukan lagi wang dari akaun BSNnya itu.

Mudah mudahan Allah merahmati kamu, arwah dan kita semua.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-18237900236827619342012-08-25T07:15:00.000-07:002012-08-25T07:15:07.918-07:00LEGASI IBU

Ada kebenarannya tentang pendapat yang menyatakan bahawa sambutan hari raya menjadi hambar tanpa agenda balik kampung. Kerana itu lah agaknya semua laluan keluar dari ibukota Kuala Lumpur menajadi sesak sejak beberapa hari menjelangnya Hari Raya. Walaupun saya cuba membuat perkiraan rapi untuk mengelaknya namun terperangkap jugak. Sebaik keluar dari Lebuhraya Guthrie, kenderaan telah bersusun dalam trafik sesak menghala ke utara walaupun ketika itu jam 1.00 pagi.

Tidak tahan dengan perjalanan kemut kemut seumpama kura kura patah kaki saya memilih keluar di exit Behrang untuk menggunakan jalan lama. Tidak ramai yang gemar menggunakan jalan lama nampaknya. Kenderaan boleh di pecut pada kelajuan 100kmj.

Balik kampung. Menziarah kaum keluarga. Sanak saudara dan sahabat handai. Memang lah amalan mulia. Mengeratkan kan hubungan kekeluargaan dan ukhwah sesama insan. Itu pun sebahagian lagi dari elemen elemen yang memeriahkan suasana hari raya di kampung halaman.

Disebalik semua itu adakalanya terselit juga rasa pilu dan sayu. Betapa waktu semakin jauh membawa usia mencapai destini. Saya menyewa sebuah homestay di Asun kira kira 15 km dari kampung asal saya Kampung Telok Gelam. Menjadi perantau di tempat sendiri. Memang sesuatu tidak dapat dielak dari mencuit di hati.

Pada pagi hari raya saya mengunjungi kampung halaman asal usul saya itu. Sebenarnya tiada apa apa pun yang tinggal di kampung itu selain kenangan masa silam ketika membesar. Pusara kedua ayah bonda dan bekas tapak rumah dan beberapa orang tua kawan karib ayah bonda dulu serta saudara mara sebelah nenek bapa.

Dalam ziarah raya dua tahun dulu, mereka semua masih sihat khususnya Tok Nordin Belanda. Tetapi kali ini belaiu tidak ubah seperti seorang bayi yang sedang tidur tanpa boleh diganggu. Begitu juga Bang Leh jiran nya. Pergerakan beliau amat terhad akibat stroke dan penyakit tiga serangkai. Mereka adalah jiran dan kawan baik kepada kedua arwah ayah bonda yang tidak pernah terkecuali dari ziarah kami setiap balik beraya di kampung itu. Saya terasa semakin kehilangan sesuatu. Kampung ini semakin jauh dalam jarak yang tidak dapat di sukat dengan waktu.

Apapun situasi, saya akan tetap kembali ke kampung ini bila ada peluang. Adalah penting untuk anak anak saya menghayati tempat di mana bapa mereka di lahir dan membesar. Tempat di mana arwah tok dan tokwan mereka berjuang untuk kesinambungan hidup dalam suasana sukar dan mendesak. Kalau arwah ibu saya boleh mengheret kami bertali tali menaiki bas dan keretapi pergi ke kampung asalnya di Tasik Gelugor dahulu mengapa tidak saya meneruskan legasi itu untuk anak anak saya sedang saya mempunyai kemampuan yang lebih mudah berbanding beliau.

Legasi ibu. Saya tidak akan membiarkannya selama ada kemampuan.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-14748757697243928012012-06-15T21:45:00.000-07:002012-06-16T00:58:18.378-07:00CIKGU AMRAN LEE DALAM KENANGAN

Rakan saya Ismail Yunus (berbaju gelap) bersalaman dengan Arwah Cikgu Amran Lee di majlis rakan kami Wan Zaiton mengahwinkan anaknya di Shah Alam.

JUMAAT 15 JUN 2012.

Ada angin suam bertiup dibawah bahang mentari yang terperangkap oleh jerebu. Ruang angkasa Lembah Kelang menjadi kabur dan kelabu di gerbang senjakala. Alam seolah tumpang berdukacita berkongsi menerima berita sedih dari utara. Dalam nada terharu tetapi saya tetap redha.

Pada 2009 saya berjaya menjejaki kediaman beliau di Bercham Ipoh bersama dua rakan kelas saya Mohd Tamin Shaari dan Che Azmi Bidin. Isteri beliau Cikgu Wan Bin binti Kamarudin yang juga guru kelas kesayangan kami menyambut kami dengan amat mesra. Ketika itu beliau baru sahaja keluar ke stadium untuk berjoging.

Mendengar kedatangan kami, belaiu membatalkan aktiviti berjoging dan terus balik meraikan kami. Hubungan di jalin semula. Kami sering bertemu dalam agenda agenda reunion kecil dan majlis majlis kenduri kawan kawan alumni. Pasangan guru ini juga pernah pergi ke Sarawak dengan tujuan hanya menjejaki bekas murid mereka dari kalangan pelajar pelajar Sarawak yang menuntut di SMJ. Mereka berdua mengajar saya di SMJ dari 1971 hingga 1975. Keduanya menjadi guru kesayangan sekolah.

Beliau seorang ahli memancing. Kebetulan berkongsi minat dengan saya. Beberapa agenda memancing dirancang tetapi saya tidak dapat menyertainya. Paling akhir pada awal Jun lalu beliau mencandat sotong di perairan Trengganu. Dalam nada gurau beliau memberitahu hanya dapat 3 kilo dan mereka tidak dapat membakarnya di pantai bersama rakan sebaliknya semua di kebasnya untuk dibawa balik. Musim akan datang beliau mahu memastikan saya turut serta mencari lubuk yang pernah saya dan rakan rakan lain temui pada 2008 sehingga mengaut bertong tong banyaknya.

Allah telah memilih hari yang mulia ini sebagai saat untuk beliau di kembali kepadaNya. Sungguh bertuah diri beliau dan mana mana muslim yang kembali ke rahmatullah pada malam dan hari Jumaat. Mereka terlepas dari fitnah kubur yang dasyat. Ia juga memberi alamat bahawa mereka terdiri dari kalangan orang orang yang berbahagia dan berhati mulia ketika hayat.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Allahyarham Cikgu Amran Lee bin Abdullah telah melaluinya. Meninggalkan nama dan kisah suka dukanya untuk ahli keluarga, sanak saudara dan kawan kawan mengenangi dan menginsafi diri. Kepada Cikgu Wan Bin binti Kamarudin takziah buat cikgu sekeluarga. Yang pergi redha akan kepergiannya. Yang masih hidup, baki usia dalam kehidupan perlu diteruskan.

Hari ini jenazah beliau akan di semadikan di kampung cikgu Wan Bin di Sungai Korok , Alor Setar, Kedah. Bersemadi lah dengan aman. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan sekelian kita yang masih tinggal ini dengan limpah kurnia serta nikmat dan kasih sayangNya yang tidak terbatas. Kepada Nya kita berserah diri dan pasti akan kembali.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-86065178628554815122012-06-10T08:08:00.001-07:002012-06-10T08:12:01.267-07:00SAM D'LLYOD DALAM KENANGAN

Semalam. Pada usia 64 tahun penyanyi tersohor era 70an yang masih kekal popular berdekad dekad kemudiannya iaitu Sam D'llyod telah kembali ke rahmatullah akibat asbab penyakit jantung dan barah paru paru. Innalillahi wainna ilaihiroji'un. Tiap yang hidup pasti merasai mati. Apabila tiba masanya maka kembali lah hamba hamba itu kepada Tuan nya yang Maha Agung.

Menurut rakan karibnya Richard Kyoto, beliau terkejut bila mengetahui Sam sebenarnya telah lama menderita penyakit kronik yang membawa kepada penemuan ajalnya itu. Selama hayat Sam tidak pernah memperlihatkan kesedihan dan keluh kesah dengan kesakitan ditanggungnya itu. Bahkan tidak ramai sahabat karib dan sanak saudara yang mengetahuinya. Penderitaan itu di simpan rapi oleh Sam sebagai miliknya peribadi. Itu lah yang menyedihkan Richard sebagai seorang sahabat karib

Itu lah hebatnya peribadi Sam. Bukan sekadar amat wibawa membawa lagu lagu berirama perlahan dengan amat berkesan dan boleh mengalirkan airmata pendengar seperti lagu lagu Semalam Di Malaya, Cinta Hampa, Mengapa Harus Jumpa, Tak Mungkin, Keagungan Tuhan dan lain lain.

Semoga Allah merahmati rohnya dan sekelian kita hamba-hambaNya yang dhoif lagi banyak berbuat dosa. Sesungguhnya belas kasihan dan rahmat Nya meliputi seluruh alam dan hari kiamat. Dan kepada Nya kita pasti akan kembali dan berserah diri.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-90606732009850927622012-05-14T08:39:00.000-07:002012-05-14T08:39:04.461-07:00BILA BERTEMU KAWAN LAMA

Isnin 14 Mei 2012 . Tepian Tugu Negara. Restoran PPTD..kalau tidak silap namanya begitu lah.

Ada temujanji disitu dengan Matmae. Host pertemuan kali ini. Bertolak dari Sepang jam 12.00 tengahari biasanya mengambil masa satu jam untuk sampai tetapi lewat sedikit kerana ada kerja kerja membaiki jalan dekat Muzium Negara menyebabkan aliran trafik tersekat sekat. Fenomena biasa dalam bandaraya megah ini.

Tatkala tiba MatMae dan Hashim Mae telah ada. Depa menempah satu meja bulat di koridor pada suatu sudut privasi. Cantik. MatMae dulu sepekan dengan saya di Tok Jalai sebelum berjumpa di SMDSO. Menyertai PDRM dan kini menjadi pegawai kanan di Bukit Perdana. Manakala Hashim Mae dari Tingkatan 1 SMJ sehingga ke SMDSO. Menyertai PTD dan melepaskan jawatan ketika di Rusia kerana hendak berdikari.Kedua mereka memang hebat.

Tidak lama lepas itu Abd Rani pulak tiba. Dengan imej segak dan kemas. Memang itu identiti dia dari sekolah lagi. Maklumlah ketua darjah dan pelajar pintar batch kami yang menjadi kesayangan guru-guru. Antara yang menepati ramalan terus cemerlang dan memasuki UM melepasi ujian pertama. Kini pegawai kanan Bank Negara Malaysia.

Disusuli Abu Samah dan Hamid Desa. Abu memang merapu sikit tapi mudah kira. Bekas pemandu rally era 80an dia memang gila memandu. Dalam usia emas ni pun dia tidak penat penat mengelilingi semenanjung menjalankan tugas. Satu lagi kegemaran yang tidak boleh dipisahkan ialah batang rokok. Boleh kata sentiasa tergantung di bibir walaupun telah diberi amaran oleh doktor. Nak buat gena kata dia. Udah 30 tahun punya amalan. Abu kini pegawai kanan FAMA.

Hamid pula kembar Rani dalam kelas kami. Kembar pintar dan ulat buku. Mereka memang harapan semua warga sekolah. Selepas keluar UM Hamid menyertai PTD tetapi bersara awal kerana nak berdikari. Elok lah dia team up dengan Hashim dan sekarang ini depa sedang membangunkan sebuah kebun komersial di Batu Arang.

Akhir sekali Azmi Bidin. Antara orang penting Kem Komandan Bukit Aman , dia rakan saya dan Hashim masa di SMJ dan rakan MatMae di SM Pulau Nyior. Seperti Abu Samah, Mie Bidin ni kalau kawan kawan call nak jumpa pukul satu tengahmalam pun dia sanggup pekena teh tarik.

Demikian secara kawan kawan lama saya ini. Selepas 30 tahun masing masing telah membina kerjaya dan kehidupan masing masing dengan cemerlang. Alhamdulillah. Dalam kesibukan menyelesaikan tugas sanggup juga mereka makan tengahri bersama.

Dalam pertemuan singkat itu, banyak perkara di kongsi bersama khususnyua kisah silam. Apa lagi yang istimewa bila bertemu kawan kawan lama sesudah lama terpisah selain mengimbau masasilam yang sungguh nostalgik dan tak mungkin dapat diulangi lagi.

Saya berharap sesi pertemuan begini akan terus mekar sepanjang zaman.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-31557042402397941532012-01-24T07:04:00.000-08:002012-01-24T07:04:45.553-08:00KELEBIHAN ORANG CINA
Satu.

Saya pernah tinggal berjiran dengan dua orang Cina Muslim. Seorang lelaki berasal dari Pelabuhan Kelang dan seorang lagi perempuan berasal dari Johor Bahru. Kedua mereka berkahwin masing masing dengan gadis dan lelaki Melayu dan mempunyai anak anak yang nampaknya dominan kepada genetik Cina.

Dua.

Semasa berpindah kekampung tersebut, saya membina sebuah rumah tetapi tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana kehabisan modal. Bahagian tidak siap itu ialah cermin nakko tingkap yang bernilai lebih kurang RM1,000.00. Oleh kerana mahu menjimat kos sewa, maka saya berpindah juga walaupun tingkap tingkap rumah saya itu tidak siap. Saya guna kain bila malam dan di lapiskan plastik untuk hadapi hujan. Masa itu saya ada empat orang anak yang berusia antara satu hingga 10 tahun. Cabaran utama ialah masalah kesejukan bila malam atau hari hujan kerana perkampungan itu dikelilingi oleh dusun dan kebun.

Jiran jiran dan rakan rakan Melayu saya ramai yang datang ziarah. Mereka semua menyatakan rasa simpati dan terharu dengan suasana yang saya hadapi.

" Kesian kat budak budak. Selain sejuk macam macam bahaya lain ada tambahan pulak rumah ini dalam kawasan kebun." antara lain mereka memberi komentar.

Saya hanya tersenyum dan menjawab InsyaAllah, tiada apa yang perlu digusarkan walaupun adakalanya memang saya gusar jugak. Tapi suasana ini adalah pekara biasa bagi kehidupan saya yang lalu.

Satu petang pemuda Cina jiran saya itu datang. Dia bertanya kenapa tidak dipasang cermin nakko pada tingkap itu. Saya memberitahu saya kehabisan modal dan terpaksa mengumpul semula wang dari gaji untuk membelinya. Dia lantas bertanya berapa kos semuanya. Saya menjelaskan kepadanya. Dia kemudian beredar tanpa berkata apa apa.

Sebentar kemudian saya dengar enjin motosikal datang semula diikuti panggilan salam.

" Nah RM1,000.00. Anta pakai dulu duit ini. Nanti bayar kemudian bila anta ada duit.Jangan biarkan tingkap lopong gitu. Banyak risiko".

Tiga.

Dalam satu mesyuarat tindakan kebajikan muslimat untuk membantu seorang ahli tidak bernasib baik, wanita Cina jiran saya seorang lagi itu telah mencadangkan supaya dibantu mangsa tersebut sehingga masalahnya selesai yang mmungkin memerlukan kos beribu ribu ringgit. Hujahnya, itulah erti sebenar membantu. Menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Beliau bagaimanapun telah mendapat tentangan 100% dari ahli muslimat Melayu kerana mereka berpendapat bantuan hanyalah sekadar untuk tidak duduk dan melihat sahaja. Asalkan ada sumbangan cukuplah dan jumlah dicadang antara 100 atau 200 ringgit.

Kisah ini berlaku semasa saya menetap di sebuah perkampungan pada sekitar tahun 90an suatu ketika dulu.

Saya juga pernah terbaca bagaiamana seorang toke ikan Cina di Kuala Perlis membantu seorang janda Melayu yang suaminya terbunuh. Beliau membekalkan ikan kepadaa wanita itu dan bayaran diambilnya selepas ikan terjual sehingga setahun kemudian janda tersebut muncul menjadi toke ikan di kawasana perumahannya dan seterusnya dapat menyara keluarganya.

Barangkali testimoni ini tidak cukup untuk dibuat hujjah tetapi itu tidak penting. Kita pun biasa dengar bagaiamana mereka lebih cemerlang bila melaku sesuatu berbanding kita. Mungkin kerana ego, kita selalu pulak menolaknya. Saya percaya ada banyak perkara kita boleh belajar dari orang Cina dan kalau mereka Muslim itu adalah terlebih afdal. Moga moga lebih ramai orang orang Cina menjadi Muslim di bumi ini. InsyaAllah.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-2013063759740047822011-11-21T07:02:00.000-08:002011-11-21T07:06:12.000-08:00SESAK LALULINTAS
Ahad 20 Nov 2011.

Mengambil kira aliran trafik padat memasuki KL melalui Gombak, saya memilih Kuala Pilah untuk mengelak kesesakan lalulintas dalam perjalanan balik ke Sepang. Sepanjang perjalanan dari Temerloh hingga memasuki Kuala Pilah semuanya lancar. Melalui jalan ladang sawit dan ladang getah kenderaan jarang jarang di temui. Memang selesa memandu kereta manual dalam kondisi begini.

Bgaimanapun suasana bertukar sebaik melepasi pekan kecil ini. Tiba tiba saja jalan menghala Seremban di barisi kenderaan sepanjang panjang nya. Pergerakan hanya boleh dengan gear satu atau dua. Saya andaikan mungkin sebab lampu isyarat. Atau ada sekatan jalanraya. Atau kemalangan tidak jauh di hadapan. Tentu lah tidak jauh dan tidak lama. Tapi meleset.

Tidak lama kemudian saya nampak kereta, lori dan bas mula memintas lorong kiri. Kesesakan manjadi bertambah buruk. Mereka pemintas lorong kiri ini mula menyumbang kepada kesesakaan lebih teruk sehingga menghilangkan sabar beberapa pemandu dalam barisan di hadapan saya.

Maka bermula lah igauan yang cuba saya elakkan dari bayangan di Gombak.

Perjalanan sejauh lebeh kurang 20 KM dari Pilah ke Ulu Bendol memaksa saya mengambil masa selama lebih satu jam. Ironinya ia bukan sekitar KL atau Lembah Kelang tetapi sebatang jalan merentasi perkampungan antara Kuala Pilah dan Seremban.

Nampaknya kesesakan lalulintas tidak lagi sinonim dengan bandar, bahkan sindrom ini mula menular ke kampong kampong. Kinayah kepada bertambahnya kenderaan oleh makmurnya negara ini.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-57901993395962319682011-11-10T07:31:00.000-08:002011-11-10T07:36:00.267-08:00MUSIM
November 10 2011.

Peralehan monsun bermula. Angin Barat Daya akan melepaskan baton kepada Timur Laut. Bermakna negeri negeri pantai timur akan menghadapi musim hujan dan fenomena banjir. Laut China Selatan akan mula bergelora. Sementara wilayah utara akan mula mengalami musim kering yang panjang. Atau lebih femes dengan panggilan musim timog di kalangan orang tempatan. Suatu fenomena dimana angin kencang yang kering dan dingin berhembus siang dan malam.

Di negeri negeri wilayah tengah dan selatan pula, musim buah buahan tempatan fasa dua bermula. Rambutan mula menguning. Durian mula gugur. Cempedak mula mewangi.

Selebihnya adalah musim yang ditunggu tunggu oleh semua. Musim cuti sekolah. Masa untuk bersantai. Melancong. Kenduri kawin. Masuk jawi. Dan paling penting ialah bagi penjawat awam. Ini lah musim mendapat bonus.

Begitulah hakikatnya. Kitaran hidup ini. Detik demi detik. Musim datang dan berlalu. Kita meniti kehidupan dan mendaki usia sambil memendekan hayat. Tanpa kita sedari kerana pesona hidup ini umpama logamaya yang mencuri pandangan dalam perjalanan.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-59977431217394840982011-10-31T17:50:00.000-07:002011-10-31T17:51:17.255-07:00SEBUAH KEHIDUPAN
Umpama langit yang tidak selalu cerah. Seperti lautan yang adakalanya bergelora . Atau ketikanya musim kering yang kontang . Demikianlah. Kitaran hidup ini laksana putaran roda. Silih berganti datang dan perginya suka duka.

Kukuh dan lurus lah perjalanan jika iman ampuh di dada. Tiada sesiapa mampu membantu melainkan DIA.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-2903037474783558252011-10-18T00:57:00.000-07:002011-10-18T00:57:27.761-07:00ORANG MELAYU FIKIRAN NYA MUDAH
Majoriti masyarakat kita tidak gemar membaca. Cara berfikir mereka jugak amat mudah. Selain alahan kepada kesukaran, mereka tidak rela dikritik dan amat pantang di kutuk. Mereka sebenarnya keras hati dalam sifat yang lemah lembut.

Pernah kah kita terfikir bagaimana mudahnya kita menerima sesetengah terma yang salah tetapi menjadi amalan lumrah dalam kehidupan harian kita semata mata kerana sikap ambil mudah atau malas berfikir ini.

1. Kodak - Kodak ialah jenama kepada filem fotografi. Selain Kodak terdapat berbagai jenama seperti Fuji, Ilford, Sakura, Konica dll. Tetapi kerana Kodak yang paling besar dan pertama diperkenal kan kepada mereka, maka semua filem mereka panggil KOdak.

2. Maggie - Maggie jenama kepada mee segera tetapi orang kita meminta maggie untuk cintan misalnya, mamee dll.

3. Colgate - semua ubat gigi mereka rujuk kepada colgate.

4. Pajero - Semua kenderaan 4x4 bukan jenis pikup mereka sebut Pajero.

5. Haji - asal pakai kopiah putih atau serban dan simpan janggut maka otomatik dipanggil haji.

6. Wartawan - asal galas kamera maka dia dipanggil wartawan.

7. Plat kereta - jika plet pendaftaran kereta unit tunggal atau istimewa sikit maka pemiliknya orang bukan sebarangan.

8. Mercedes - memandu mercedes tempat larangan pun boleh parkir. Slow di lorong kanan pun tiada yang berani usik.

Banyak lagi contoh contoh seperti diatas yang menjadi amalann hidup kita. Ini adalah kerana kecenderungan orang kita memegang kepada prinsip " first impression " kut. Sapa yang mula muncul maka yang berikutnya jika serupa dengan yang pertama tersebut maka mereka akan menerima dan menggunapakai identiti atau jatidiri yang pertama tadi walaupun dua perkara berbeza.(serupa tapi tak sama - ini yang mereka tidak jelas).

Selain itu mereka adalah pecinta hiburan dan pemburu kebendaan kelas satu.

Demikianlah gambaran rengkas sekilas pandang imej bangsaku yang tercinta ini. Oleh kerana ciri ciri ini begitu menebal dan menonjol dalam diri kita, maka kita tidak dapat membezakan yang batil dengan yang haq dengan jelas sejelas jelasnya. Lebih malang lagi apabila sesetengahnya dari kalangan cendiakawan bergelar profesor. Kita bertindak lebih kepada menggunakan perasaan berbanding akal fikiran.

Kerana itu jugak lah kita menjadi bahan tontonan, sendagurauan , kutukan dan manipulasi untuk berbagai maksud tersurat dan tersirat oleh mereka yang mahu mengambil kesempatan.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-27739588029282623822011-10-02T23:11:00.000-07:002011-10-02T23:22:50.626-07:00MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI
Dalam sejarah moden kisah Lebai Malang terus dilupakan. Diganti cerita cerita fiksyen berbagai versi khusus untuk golongan kanak kanak , orang muda dan orang tua. Sajian ini menurut mereka sesuai dengan kehendak masyarakat kini yang perlu kendurkan stress setelah penat berlari mengejar harta benda. Kerana kepenatan dan terhibur dengan khayalan-khayalan ini, maka kita pun lupa kisah Lebai Malang.

Sebenarnya kisah Lebai Malang yang dulunya hanya lah cerita penglipur lara dikalangan masyarakat Melayu kini muncul menjadi realiti pada abad ini. Sesudah Afghanistan dan Iraq kini Libya pula memasuki barisan. Kita tidak tahu sapa pulak selanjutnya tetapi sindrom ini nampak nya menular di kalangan masyarakat, negeri dan negara Islam.

Didalam konflik negara negara tersebut, perbalahan sesama sendiri mencetuskan tsunami politik global. Rakyat atau pihak yang menuntut keadilan, menurut hemat mereka, mahu menggulingkan kekejaman telah bangun atas nama perjuangan dengan mengangkat senjata untuk bermandi darah. Kerana kemenangan menjadi matlamat, mereka tidak lagi hirau siapa yang muncul mengambil kesempatan atau mereka sendiri menghulur leher untuk dijerat. Pihak yang menanti dengan tapak tangan tidak cukup nyiru ditadahkan, sentiasa lah mereka itu tersenyum lebar dan menanam tebu di bibir. Atas nama persahabatan dan kemanusiaan sejagat maka pelaburan dihulur. Satu perniagaaan yang dicongak untungnya pada esok hari dan selamanya.

Taliban di Afghanistan, Saddam di Iraq dan Gaddafi di Libya dianggap pemimpin yang menyokong keganasan semata-mata kerana mereka menentang dasar dasar Nasrani, Yahudi dan Islam sekular. Oleh kerana negeri mereka ini kaya dengan sumber asli atau kedudukan geografi yang strategik, maka sentiasa lah ada pihak yang berminat untuk merebutnya. Mereka sentiasa menunggu bahkan berusaha mencipta peluang untuk menyalakan sumbu api. Pejuang mungkin dilihat menang dengan bantuan asing ini, tetapi mereka sebenarnya tergadai muruah bangsa, agama dan tanah air mereka.

Sindrom ini turut menjangkiti masyarkat kita dalam konteks dalaman. Perbalahan sesama ummah menyebabkan ada pihak yang sanggup mencari sokongan lain untuk kekal berkuasa walaupun sedar risiko tergadainya muruah agama dan bangsa perlu ditanggung.

Rakyat Afghanistan, Iraq dan Libya mungkin boleh dianggap realiti Lebai Lebai Malang zaman ini yang popular sebagai bahan satira Melayu klasik tersohor ini. Bahkan orang orang Melayu sendiri mungkin tergolong di kalangan mereka kelak jika percaturan yang mereka buat pada masa ini berkekalan.

Apalah maknanya jika kita menang bersorak tetapi kampung tergadai. Apalah ertinya sebuah perjuangan yang membawa kita merana sepanjang hayat dan untuk diwarisi.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-89524026406328447532011-09-24T07:42:00.000-07:002011-09-24T08:12:10.808-07:00KONFLIK
Majlis majlis seperti home-coming, reunion, open house ataupun kenduri kawin sangat bagus dihadiri. Disini lah tempat di mana kita dapat bertemu semua peringkat kawan-kawan. Lama. Sederhana . Baru ataupun bakal di kenali. Dimana kita dapat berkongsi nostalgia. Di mana kita dapat bertanya khabar secara semuka dan menjalin serta mengukuhkan ukhwah dengan lebih mesra.

Saya selalunya memberi keutamaan tahap tinggi kerana sangat teruja untuk bertemu kawan kawan .

Tidak kira lama atau baru. Apatah lagi jika tidak pernah bersua setelah terpisah oleh batas waktu dan sempadan kerja sejak sekian lama. Atas hasrat itu saya sedaya upaya menjadikan diri bebas dari halangan untuk agenda agenda seperti ini. Bahkan dalam beberapa kes saya sendiri turut membantu menganjurkannya.

Pada saya harga sebuah persahabatan tidak ternilai.

Malangnya selepas beberapa siri majlis dihadiri, hati saya mula berbelah bagi. Keterujaan saya mengendur lalu membina konflik dalam diri. Barangkali seperti kata lagu " benci tapi rindu"...

Saya tidak faham kenapa mesti adaa kugiran, band atau karaoke sebagai agenda wajib? Pertama, matlamat kita bukan hendak berkonsert atau talent time. Masa untuk itu telah berlalu atau pun kalau tidak lagi, elok kita simpan untuk program lain. Kita hendak bertemu rakan rakan lama. Bertanya kabar dan berkongsi cerita suka duka. Membincang projek atau bertukar fikiran atau pengetahuan. Bahkan mungkin berkongsi masalah. Musik yang tidak di equalise dengan sempurna bukannya sedap didengar tetapi memekakkan telinga dan sangat mengganggu perbualan.

Tidak menjadi masalah kalau nak diadakan juga tetapi biar lah dalam suasana tenang dan tenteram. Tidak mengganggu perbualan. Biar ia menjadi latar sahaja. Kita hendakkan suasana sesuai untuk beramah mesra. Kita bukan hendak dengar konsert.

Saya sangat kecewa dan kekecewaan ini merentap keghairahan bertemu kawan kawan dan mengikis keinginan sedikit demi sedikit untuk menghadiri majlis seumpama ini.

Barangkali konflik ini akan memaksa saya melupakan agenda agenda ini jika keadaan seumpama ini berterusan. Maafkan saya wahai kawan-kawan.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-68057880858363436352011-09-11T08:06:00.000-07:002011-09-11T08:06:42.613-07:00KEMBALI NORMAL
Ahad September 11 2011.

Hujan renyai renyai dan iklim agak sejuk. Malam tadi angin agak kuat. Semasa melalui jalan di Kampung Jenderam, terserempak beberapa pokok terkulai di bahu jalanraya. Selepas minum kopi tarik di kedai kopi Amah Shah Desa Sinaran, saya terus ke kebun kerana mahu menanam anak anak pokok gaharu yang baharu di ambil dari Saipul di Sungai Buluh. Pokok pokok itu terbiar sudah sebulan tidak bertanam kerana beberapa faktor tidak dapat dielak.

Rutin kehidupan pun kembali seperti biasa.

Ketika masuk dan melalui jalan mini tar menghala ke kebun, saya nampak sebuah van parkir di tengah jalan berhampiran satu selekoh. Berhenti dibelakangnya. Rupa rupa van tersebut ditinggalkan berkunci kerana jalan terhalang oleh sepohon pokok yang tumbang. Entah kemana pemiliknya.

Saya perhatikan sekitar. Pokok itu tidak lah besar tetapi cukup untuk menghalang laluan. Saya meminta parang dari anak saya dan mula mencantas dan membersehkan pokok tersebut sehinggga laluan tidak terhalang lagi oleh pokok. Namun saya tetap tidak boleh melaluinya kerana van tersebut terbongkang disitu.

Selepas menunggu beberapa lama ada sebuah proton saga datang dari arah hadapan. Dan dia juga terperangkap. Sambil merungut memarahi pemilik van tersebut, dia masuk kedalam kereta dan mengundur kebelakang.

Saya pun keletihan menunggu dan terpaksa mengundur. Seksanya memandu secara mengundur. Apa lagi jalan sempit dan bengkang bengkok.

Saya teringat keluh kesah semua pihak berwajib Ops Sikap mengenai mentaliti dan perangai pengguna jalan raya kita. Ada asasnya mereka riuh rendah. Disebalik tanggungjawab tugas masing masing, siapa pun rasa amat kecewa dengan tahap kesedaran sivik yang rendah serta mentaliti pengguna jalanraya kita yang sangat sangat selfish. Mereka sepatunya belum layak memiliki kenderaan dan memandu di atas jalanraya. Mereka layak menggunakan kenderaan awam saja. Sepatutnya. Tetapi dasar dan sistem ekonomi kita telah membuka peluang seluas luasnya sehingga pengguna pengguna belum layak dari aspek mental ini boleh menyertainya. Fenomena ini tentulah mencipta satu senario baru dimana trafik menjadi haru biru dan medan pertarungan emosi dan meratapi nyawa.

Tidak mahu mengalah saya mencuba jalan alternatif. Walaupun agak jauh kerana terpaksa membuat pusingan U hati lebih tenteram dan tidak perlu marahkan sesiapa. Akhirnya tiba jugak di kebun ketika pagi dah meninggi.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-44174971568939651962011-08-29T00:15:00.000-07:002011-08-29T00:36:02.721-07:00SALAM IDULFITRI 1432/2011
Isnin 29 Ogos 2011.

Langit Sepang mendung. Jalan masih basah kesan hujan sepanjang malam tadi. Trafik kelihatan lengang sekali. Dengan jangkaan ini hari terakhir Ramadhan tahun 2011 bandar baru ini benar benar terkesan oleh ketibaan Syawal. Warganya ramai sudah pulang ke kampong halaman masing-masing.

Sebagai perantau, kampung halaman tentunya menjadi tempat terindah melalui saat saat meriah hari mulia bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Kesesakan dan susahpayah mengharungi perjalanan jauh balik kampung tidak terasa penatnya seperti yang dinyanyikan oleh arwah Sudirman Hj Arshad. Sesiapa yang pernah menjadi perantau pasti tersentuh jiwa mereka mengenang peristiwa balik kampung pada hari raya sebegini.

Arwah P. Ramlee telah berjaya merakam suasana dan perasaan ini dengan begitu berkesan dalam lagu evergreen nya Dendang Perantau.

Namun masa terus beredar dan zaman akan berubah. Samada kita suka atau tidak. Mahu diterima atau menolaknya. Hakikatnya kitaran hidup kita berputar seperti roda.

Kini pada usia lebih setengah abad, mungkin masanya saya perlu belajar melupai percutian balik kampung pada musim hari raya. Keindahan tidak seperti dulu lagi. Semua kenangan lalu walau boleh diulang tetapi settingnya sudah tidak akan sama seperti dahulu.

Anak anak sudah membesar. Masa telah beraleh dimana saya pula menunggu kepulangan mereka. Menghimpun kan mereka adik beradik.

Di kampung pula yang tinggal hanya nama kampung. Kalau dulu dulu masa anak anak masih kecil dan tidak ramai saya biasa menumpang di rumah abang abang setelah ketiadaan kedua ibubapa tetapi apabila keluarga mereka membesar keadaan tidak lagi sesuai. Keluarga abang abang juga telah bertambah dan mereka juga menunggu kepulangan anak menantu serta cucu masing masing. Kemudian saya beraleh kepada menyewa homestay. Tidak ada banyak bezanya berhari raya di homestay dengan taman perumahan tempat tinggal saya sekarang. Selain kos yang lebih tinggi terpaksa ditanggung, semua itu memaksa saya belajar supaya melupai tentangnya.

Memang lah sukar melakukan sesuatu perubahan kepada yang menjadi tradisi berpuluh tahun lamanya. Sejak menjadi perantau pada 1978 saya tidak pernah tidak balik ke kampung pada musim perayaan. Balik kampung seolah mendarah daging dalam tubuh.

Barangkali ramai yang telah dan akan melalui proses seperti saya ini. Balik beraya di kampung perlahan lahan akan tinggal menjadi kenangan abadi. Tahun demi tahun ia perlu dihakis supaya semakin menipis di hati.

Kepada semua sanak saudara dan sahabat handai dimana saja kalian berada, sempena hari lebaran ini, dari jauh saya doakan keselamatan semua sempena hari mulia ini, maaf dzahir dan bathin. Barangkali di kesempatan yang lain kita berpeluang bersama lagi.

SELMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-72035150612773987472011-07-09T07:39:00.000-07:002011-07-09T08:23:46.926-07:00BILA GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG
Ini satu lagi pepatah Melayu yang semakin pupus. Bila gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah tengah.

Tidak siapa mahu jadi pelanduk. Walaupun dikatakan pintar tapi kepintarannya tidak sampai kemana. Kalau tidak kena jerat, ia akan ditembak. Penyudahnya direbus dalam kawah berserta rempah gulai kemudian diratah sehingga tulang belulangnya di hisap hisap.

Semua orang nak jadi gajah. Kepintaran tidak perlu sangat. Gajah mempunyai kederat yang hebat. Pokok balak boleh ditumbangkan dengan mudah. Badanya jugak besar dan kebesaran itu sudah cukup mengecutkan binatang lain walaupun harimau atau singa yang terkenal suka melahap daging.

Gajah juga bergerak dan bertindak dalam kumpulan. Inilah yang menggerunkan harimau atau singa walaupun gajah adalah vegetarian.

Apabila mereka berbalah, siapa pun tidak berani masuk campur. Belantara bakal lumat. Kancil lah yang menjadi mangsa kerana apabila hutan menjadi lunyai, tempat berlindung mereka tiada lagi. Maka harimau, singa, dubuk dan jugak manusia pasti akan ketawa berdekah dekah kerana kenyang makan gulai pelanduk.

Senario ini telah pun menjengah bandaraya KL. Apabila kumpulan Bersih mengadakan perhimpunan dan pihak pemerintah mengistiharkannya haram, maka konflik mula timbul. Pemerintah bertindak atas alasan keselamatan negara dan ketenteraman awam. Penganjur bertindak atas nama perjuangan menuntut kebenaran. Secara logiknya apabila dua elemen ini bertembung, ia sukar dilenturkan.

Maka sang kancil pun terkial kial lah di semua lokasi sekitar lembah kelang.

Sebagai rakyat Malaysia, seperti orang lain jugak saya tidak mahu keamanan dan kemakmuran negara terjejas. Tetapi apalah yang dapat dilakukan oleh seorang rakyat seperti saya. Urusan besar begini tentulah menjadi tanggungjawab pihak pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak untuk menangani dengan bijaksana, ikhlas dan jujur.

Saya berfikiran sekiranya dibenarkan perhimpunan tersebut dijalankan secara aman dengan dipantau oleh pihak berkuasa, keadaan mungkin tidak menggelodak. Sudah tentu kebenaran di beri dengan peraturan peraturan tertentu yang mesti dipersetujui dan dipatuhi kedua belah pihak. Mengapa perlu digembar gembur dengan bayangan negatif sedangkan ia perkara yang belum berlaku.

Saya berpendapat pendekatan menangani konflik manusia tidak wajar digunakan pendekatan terhadap mesin. Manusia mempunyai jiwa dan roh yang kompleks dan isu isu kemanusiaan perlu ditangani secara halus dan bijaksana. Menggunakan kekerasan dan paksaan mungkin dapat mengatasi masalaah seketika tetapi benihnya tetap membara untuk tumbuh semula. Cuma faktor masa sahaja yang menjadi sifir.

Apapun situasi, yang jelas kancil sedang menghadapi masa depan tidak menentu. Harimau sedang mengilir taring. Singa sedang mengejip mata. Manusia pula dengan senapang ditangan.

Alangkah sedih nya, kancil terpaksa menjadi isi gulai semata mata kerana gajah gajah bertarung kerana mahu menguasai lembah ini yang sepatutnya dikongsi bersama.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-42015814892168475142011-06-07T07:57:00.000-07:002011-06-07T08:41:57.912-07:00MUSIM CUTI DAN KENDURI
Sepeti selalu bila tiba musim cuti sekolah adalah musim kenduri juga. Sepanjang tempuh itu tiap hari pasti ada agenda kenduri ini. Kadang kadang tak cukup kaki untuk memenuhi undangan. Jarak bukan lagi isu kerana kemudahan teknologi masakini telah memadam semua alasan itu.

Kali ini abang saya sendiri kenduri menyambut menantu. Serentak dengan hari kenduri sahabat lama saya Lan Tok Nog. Seorang di Jitra seorang di Tasik Gelugor, Prai. Mohon maaf kepada Lan Tok Nog kerana terpaksa menghampakan harapan dan jemputannya. 4 hb Jun 2011 menjadi hari feberet kenduri kawin tahun ini. Saya juga terpaksa mengecewakan Chet iaitu ipar Abu Samah kerana tarikh kenduri keramat ini.

Sehari sebelum itu kenduri Mie Japag di Alor Setar. Terima kasih Mie dan kawan kawan yang hadir. Disini dapat bertemu kembali tiga sahabat lama yang tidak pernah saya bertemu dalam mana mana agenda sebelum ini. Mereka ialah Puzi Awang, Hamidon dan Wan Abdullah Mael.

Selepas kenuri Mie Japag saya melilau di Pekan Jitra. Cuba konteks kawan kawana SMJ nak ajak mereka makan bihun sup Sungai Korok tapi telefon semuanya tidak berjawab kecuali Anand dan Rahman Siam. Maka kami bertiga pun pekena bihun sup sampai menjelang senja.

Kenduri di rumah abang saya masih mengamalkan konsep gotong royong. Suasana kemeriahan kenduri seperti zaman dulu masih terasa. Kami berhimpun adik beradik membantu persiapan apa yang perlu. Memang meriah. Ini lah masanya paling sesuai bertemu adik beradik dan saudara mara. Tidak perlu ada peralatan musik dan sebagainya kerana abang dan kakak ipar saya memang tidak sukakan suasana begitu.

Besoknya kami bertandang kerumah besan abang saya di Binjul, Baling. Kampung ini masih terpencil dalam suasana kebun getah. Memasuki kampung ini benar benar mengusik jiwa saya. Tidak banyak bezanya dengan kampung saya 30 tahun dulu di Jitra, Kedah.

Suasana kenduri nya juga masih klasik. Makan disediakan secara berhidang seperti dulu bukan buffet seperti sekarang. Mereka juga menjemput kumpulan kugiran untuk menghibur tetamu. Inilah satu satunya kenduri yang saya temui dalam dekad dekad terakhir ini yang mengadakan kumpulan kugiran seperti masa lalu.

Muzik sebenarnya tidak elok digunakan untuk memeriahkan majlis kenduri kawin. Selain bercanggah dengan tuntutan syariat, ianya juga menimbulkan suasana tidak selesa kepada tetamu hendak makan dan berbual bual.

Begitu juga trend sesi fotografi kawin terkini yang membuat outing saat majlis berlansung. Sepatutnya waktu itu diguna oleh mempelai untuk berkenal mesra dengan saudara mara dan sahabat handai tetapi pengantin lebih utama untuk keluar bergambar di taman bunga, tepi sawah , lombong dsb.

Masa yang berlalu telah mengubah sistem nilai masyarakat dengan pantas. Pengaruh media sangat hebat. Syiar agama semakin terhakis. Kalau inilah senario majlis perkahwinan, bagaimana ia akan melahirkan generasi mulia di masa hadapan.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-71962047826374946082011-02-19T06:40:00.000-08:002011-02-19T08:07:29.785-08:00MAULID DAN DRAMA
Tidak menjadi kesalahan menyambut perayaan Maulidurrasul. Tidak juga syubhat cara menyambutnya selama mana tidak bercanggah dengan syariat. Namun mutakhir ini kelansungan merayakannya semakin melampau atas alasan muhibbah sehingga pihak pihak penganjur tidak lagi mempedulikan antara batas batas syariat dan adat budaya. Senario ini membuat masyarakat menjadi keliru dan boleh membawa kepada kesesatan.

Maka menonton lah saya sebuah drama sempena maulid ini. Kisah seorang tok guru ajaran sesat yang kemudiannya insaf dan kembali ke pangkal jalan berkat tarbiyah dan kesabaran seorang muallaf. Tema nya bagus.

Apa yang menjadi persoalannya ialah :-

Semasa dalam kesesatan, tok guru terbabit berserta pengikut pengikutnya memakai serban dan selendang. Apabila insaf dan bertaubat, mereka bertukar memakai songkok hitam. Ini menggambarkan imej serban, selendang dan jubah adalah imej menyesatkan dan songkok hitam adalah imej jalan yang haq.

Perlu diingat bahawa serban dan selendang serta jubah adalah pakaian baginda Rasullullah SAW, para sahabat r.a , aulia' dan salafussoleh. Sunnah lagi sunat mengamalkannya. Tetapi penulis skrip, penerbit dan pengarah drama terbabit lupa tentang perkara ini dan dalam ghairah menyatakan cinta mereka kepada Rasullullah mereka tanpa sedar kerana jahil telah menghina sunnah baginda. Kecelakaan lah bagi sesiapa yang mulut menyatakan cinta kepada baginda tetapi perlakuan menjadi sebaliknya melainkan segera memohon keampunanNya.

Di satu carok lain dalam sebuah negeri, saya sedang travel kerana satu tugas. Tiba di depan sebuah sekolah menengah dan terperangkap oleh perarakan ini yang menguasai sepenuh jalanraya sehingga memaksa pengguna lain berhenti dan berpatah balik. Sementara menunggu dalam kereta di depan pintu pagar besar sekolah tersebut kerana harus meneruskan perjalanan, saya terpandang gerbangnya yang di hiasi dengan pokok pisang di kiri kanan tiang. Kemudian di regang di atasnya daun daun kelapa dianyam. Biasanya hiasan ini terdapat dikuil kuil Hindu atau di dalam perayaan agama orang orang Hindu. Tetapi pasai apa pulak di hias di pintu gerbang sekolah menengah kebangsaan sempena sambutan maulid ?

Ini kah konsep 1 Malaysia satu Ummah?

Betapa pun ghairah kita mahu mencipta sesuatu yang murni biar lah jangan sampai mengorbankan yang haq dan terpuji khususnya syiar agama kita. Jangan menghalalkan cara demi sesuatu matlamat. Bezakan dengan jelas antara tuntutan agama dengan adat budaya. Penerapan adat budaya diharuskan selagi tidak bercanggah dengan syariat tetapi dalam bab ibadah dan cabang cabangnya tidak ada tolak ansur samasekali untuk diterap atau dikongsi dengan agama agama lain.

Jangan kita benci dan fitnah serban kerana menjadi imej parti politik. Jangan benci warna hijau, merah atau biru muda kerana imej politik. Tidak kira PAS, UMNO atau atau Melayu PKR, tuan tuan adalah orang Islam yang patut mengutamakan agama. Parti politik tidak boleh samasekali membantu kita sesudah mati. Hanya agama yang kita genggam ini dan beramal dengan ilmu ilmunya saja yang boleh menyelamatkan kita.

Kepada rakan rakan yang totok kepada mana mana dari tiga parti diatas, tolong lah jangan menghina dan mengeji apalagi memfitnah sesama muslim kerana ia dikira hutang yang pasti akan di tuntut diakhirat besok.
ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5248399177726415291.post-28120667842559749422011-02-15T20:08:00.000-08:002011-02-15T20:44:45.318-08:00SEBUAH PERARAKAN
Konsep satu Malaysia satu idea murni. Seluruh rakyat patut menyokong dan menghargainya. Menjadi tanggungjawab setiap warganegara menyumbang untuk kestabilan negara khususnya dari aspek keselamatan.

Namun setiap idea murni kadangkala menjadi keliru bila perlaksanaan nya tidak mengambil kira beberapa isu penting yang boleh menjejaskan atau menggagalkan matlamat.

Malaysia negara berbilang kaum. Kita boleh menjadi sebuah negara seperti dikehendaki iaitu Satu Malaysia Satu Bahasa tetapi tidak boleh satu bangsa, satu budaya dan satu agama. Kita lebih sesuai untuk 1 Negara Berbilang Bangsa.

Saya meleihat usaha penyatuan budaya, bangsa dan agama sebagai satu usaha yang berbahaya. Kita patut sekadar menjalin persefahaman sahaja, tidak menerapkan atau mencampuradukkan elemen elemen agama sesama masyarakat berbagai kaum. Usaha usaha ini perlu berlandasksan syariat dan mesti berada dalam lengkungan hukum hakam agama yang telah ditetapkan.

Kekeliruan ini jelas terpancar dalam perayaan perayaan dan beberapa agenda agama dimana batas batas syariat diabaikan.

Antaranya :-

1. Melibatkan bukan Islam dalam perayaan atau agenda berbentuk ibadah.

2. Membenar bukan Islam memasuki dewan solat masjid untuk program tazkirah.

3. Sekularisme persembahan hiburan yang hanya ditopengkan dgn wajah dan pakaian Islam tetapi pengisiannya tidak ubah seperti program maksiat lain.

Saya mencabar dan menentang pihak yang kononnya mahukan pembaharauan dalam agama. Islam adalah agama tauhid dan lengkap kekal sepanjang zaman. Sesuai sepanjang masa sehingga kiamat. Tidak perlu pembaharuan. Yang perlu ialah penyesuaian umat dengan kehendak agama, bukan menyesuaikan agama dengan kehendak nafsu umat.

Tiada makna kalau kita berarak berbondong bondong merayakan maulidurasul tetapi membuat penyelewengan akidah dalam masa yang sama. Dalam beragama, apa apa yang terbaik ialah yang berasal dari Rasulullah dan zaman baginda. Maknanya lagi lama lagi tulen.Bertambah moden bertambah menjadi carca marba. Jangan jadikan liberalisme satu alasan. Syariat tiada tolak ansur, misalannya kalau hukumnya mencuri adalah potong tangan maka ia adalah hukum Allah walaupun dizaman ini orang mengatakan zalim dan kejam dan diganti dengan penjara. Pengingkaran ini siapakah yang boleh melakukannya melainkan mereka orang Islam sendiri yang berani mencabar dan menderhakai Allah azzawajalla.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelatahttp://www.blogger.com/profile/15285500714353376740noreply@blogger.com1