Sunday, July 19, 2009

Jumpa grup Koden di rumah Maklang CT

Menyahut cadangan Koden, Maklang CT sedia menjadi tuan rumah untuk kita bertamu di rumahnya di Jalan Enggang Utara, Taman Keramat, KL. Beliau jemput semua grup 59ers bersama untuk hadir majlis HiKopi pada petang Jumaat 6hb Ogos 2009. Specific time akan dibagitau later. Kita wakilkan kepada Koden untuk runtun kawan-kawan dia tu.

CheAzmi, Hashim sila lock your diary. Munir tak mai Serdang Ka? Saya nak tamabah Mat Aris Bachik sorang lagi. Mazlee lepas kenduri anak menakan jangan balik dulu ke Penang. Kawan-kawan lain yang kebetulan turun KL pada tarikh tersebut atau kalau memang niat nak turun ke KL kerana itu dari seluruh pelusuk negara, semuanya sangat dialukan seperti Ramli dan Kakja yang akan turun dari Jitra.

Jumpa kalian disana.

PPSMI n UPSR

Sesudah PPSMI , UPSR pula dicadang mansuh.
PPSMI melibatkan isu bahasa. UPSR pula isu dasar pendidikan. Keduanya memberi natijah besar kepada masyarakat khususnya pendidik dan ibubapa. Saya melihat isu ini dari perspektif ibubapa kerana saya bukan seorang pendidik.
Bersetuju 100% dengan Pak Ungku ( Prof. Ungku Aziz) bahawa yang dikehendaki ialah belajar bahasa Inggeris, bukannya belajar subjek dalam bahasa Inggeris. Inilah kesilapan PPSMI yang mendapat tentangan ramai tokoh-tokoh bahasa, sastera dan akademik.
Kembali pada tahun-tahun 70an, pelajar sekolah kebangsaan Melayu bila hendak masuk aliran Inggeris disekolah menengah, mereka perlu masuk kelas remove setahun iaitu kelas persediaan belajar bahasa Inggeris untuk memantapkan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut sebelum menduduki LCE atau MCE atau HSC.
Demikian juga di ITM sebelum tahun 1980, bahasa pengantarnya seratus peratus Bahasa Inggeris. Pelajar aliran Melayu yang memasuki ITM ketika itu perlu memasuki kelas persediaan selama setahun untuk mereka belajar dan menguasai Inggeris, tidak kira apa bidang pengajian yang mereka ambil.
Hasilnya mereka bukan sahaja mampu belajar sains dan matematik semata-mata tetapi dalam semua matapelajaran bahkan mahir pula berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
Saya setuju kalau dikatakan Bahasa Inggeris amat penting sebagai bahasa komunikasi dan bahasa perdagangan global . Tetapi kalau dikatakan ia penting sebagai bahasa ilmu, sebenarnya masih boleh dipertikaikan. Sebab - kalau lihat orang-orang Jepun, China, Korea, Jerman , Rusia, Perancis, Poland semuanya mencapai kecemerlangan ilmu dalam bidang sains dan teknologi berasaskan bahasa ibunda mereka. Bahasa Inggeris cuma sebagai alat atau bahasa komunikasi dan perdagangan sahaja. Orang Inggeris sendiri pun memajukan bidang sains dan teknologi ini dari sumber ilmu tamaddun Arab. Kenapa tidak mereka belajar Arab untuk maksud tersebut? Ertinya, apabila berurusan dengan ilmu, bahasa ibunda relevan untuk maksud pembangunan dan kemajuan ilmu dan teknologi.
Secara peribadi pun, saya melihat ramai saintis, jurutera, akitek dll dari orang Melayu hari ni yang berstatus pakar dan mendapat Phd mereka di luar negara , mereka ini dulu dari aliran Melayu dan belajar Bahasa Inggeris sebagai satu subjek, bukan belajar subjek tertentu dalam Bahasa Inggeris.
Dalam isu UPSR pula, pandangan Datuk Razali Ibrahim ada benarnya. Kesan dasar ini telah mula kelihatan. Fokus pelajar dan ibubpa ialah 5A subjek teras demi maltlamat sekolah asrama penuh. Apabila ujud fenomena ini, subjek seperti sejarah dan tatarakyat atau pendidikan Islam akan terabai secara semulajadi. Benih ini disuburkan lagi pada peringkat PMR sebelum mereka disaringkan pula ke matrikulasi, maktab rendah, kolej-kolej tertentu dimana pembinaan minda dan jatidiri yang bersifat enau dalam belukar mula terbentuk. Benih ini kemudiannya dieram di universiti sebelum bercambah dimedan pekerjaaan apabila mereka memasuki pasaran kerja. Kesannya kita mula dapat melihat trend generasi muda sekarang yang mula cenderung kearah satu masyarakat yang cuba melepaskan diri mereka dari tradisi dan budaya bangsa. Yang kononnya maju dan dinamik, bebas dari unsur-unsur kuno yang ketinggalan dan sejarah tidak perlu dikenang-kenang. Sedangkan kesusasteraan dan sejarah sebenarnya alat pembentuk jiwa dan modal insan yang ampuh dan paling mujarab.

Sunday, July 12, 2009

Cerita panjang Dari Sepang ke Jengka

Jarak Bandar Pusat Jengka dengan Sepang 200km ikut lebuhraya Karak. Selepas formula one sekitar Genting Sempah dan berperahu layar di sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT), saya exit di Plaza tol Chenor iaitu stesen XpresswayFees yang keempat dalam siri kembara saya Sepang - Jengka dan semuanya bernilai RM17. 30 satu hala. Oleh kerana tergesa, saya tidak dapat guna line kuning kerana kredit dalam kartu TnG kering. Rupanya sukar nak cari tempat refill di sebelah Timur ni.
Saya tiba tengahari. Anak manja saya tu ajak pergi Bandar Temerloh kerana ada hal yang perlu diselesaikan disana.
Saya tanya ' Mengape mesti pegi sana, kan ker Banda Pusat Jengke ade ? ( anak saya tak reti loghat Kedah.) Jom le kite ronde BPJ..katanya tak mau argue.
Saya pun berputar di bandar tersebut. BPJ... ini pertama kali saya memutar-mutar di sini dan terus teringat komentar seorang kawan yang katanya berbangga dengan BPJ sebagai lambang kejayaan ekonomi niaga bumiputera luarbandar... Bangga ? Bandar yang suram, rumput tidak bertebas. Lanskap bertabur. Maafkan saya, hati saya terguris - BPJ bandar kehilangan mercutanda.
Dalam musing-musing, saya kecemasan pulak, nak jadikan cerita. Sebagai Musafir masjid lah destini saya. Namun terkuak saja pintu-pintu, hajat saya tertunda. Tidak satu pun yang tidak belemoih. Hati saya terusik lagi...
Terus ke Temerloh sejauh 50km dari BPJ. Sesampai, rupa-rupa saya lupa hari Ahad pejabat tutup. Ini Pahang bukan Kedah daa. Perut pun jadi lapar dan berputar dalam bandar cari restoran. Makan sup tulang semangkuk ( tulang dua ketoi) dengan nasi putih separuh, harganya RM6.50x 6 = 39.00. Terkejut beruk bini saya. Biasanya di Pinggiran Putrajaya harganya dan lebih sedap pulak tu cuma RM4.00 sahaja. Sapa kata cost of living di urbanised area macam Sepang ni tinggi ?
Lepas hantar anak di asrama hari sudah lewat petang. Turun saja terusan LPT, kenderaan berjujut. Baru saya ingat lagi, hari Ahad semua orang pakat nak balik KL. Sesampai dekat Plaza tol Karak, seperti diduga terperangkap dalam Q lorong tunai nak bayar XpresswayFees ketika Siti Rokiah call HP nak singgah rumah. Tiga TnG saya baki semuanya tinggai RM2.00 tiap satu. Sambil merungut awat laa kaunter TnG ni terhad stesen dan time khidmat refill, saya buang 25 minit di Plaza Tol Karak. Saya rugi 24 minit 50 saat kerana biasanya bila pakai Smart Tag, saya perlukan 10 saat untuk lepas palang tol.
Lepas palang tol, bini kata sat lagi kat Bentong lagi teruk pasai dia berjuak dengan depa yang balik dari Lipis dan Bentong. Lepas tu di Gombak lagi sekali pasai berjuak lagi dengan depa dari Genting dan Janda Baik. Habis macmana ?
Kita ambik jalan pintas. Melencong ke Pekan Karak. Ambil jalan ikut pekan Telemong, Mancis, Simpang Kelangai, Kuala Klawang, Lenggeng, Nilai dan Bandar Salak Tinggi.
Hari sudah senjakala. Hujan pula renyai-renyai. Jalan bengkok bengkok lagi sempit. Kiri kanan hanya kebun durian dan kebun getah. Depan sunyi belakang pun sunyi. Tengok sign board , mak datuk lebih 130 km lagi nak sampai Lenggeng! Anak saya kat belakang dah mula komplain. lebih baik kena jem dari planta. Udahlah kecut perut kerana sunyi , gayat pulak diulit selekoh. Apa tah lagi damper 4x4 saya dah keluar minyak. Masing diam saja melayan fikiran.
Akhirnya jam 10.00 malam baru sampai di Sepang. Order Tomyam, daging merah, sayur goreng, telur bungkus, kailan ikan masin, ulam timun & sambal belacan, teh o limau ais untuk lima beranak baru RM 28.00. Jarak ikut jalan pintasan ini 260 KM.
Dari Sepang ke Jengka . Hanya 1 hari tetapi belajar 3 pengalaman.

Tuesday, July 7, 2009

Kelah Untuk Mazlee


Kelah memang idaman kaki mengai. Ikan eksotik ini habitatnya di sungai sungai pergunungan atau perbukitan yang airnya tidak tercemar. Kalau ada jeram lagi baguih ( bukan jeram Tunjang). Dia suka main air terjun. Suku sakat dia ikan Tengas dan Sebarau. Dulu masa rajin masuk hutan, selalu la dapat ikan-ikan ini. Masa tu jenuh sebab kita tangkap cara mengail saja. Tapi bila ada manusia-manusia yang loba, ikan-ikan ini kian pupus. Apa tidak nya , depa pakai racun, atau bahan letupan dan current letrik. Mana tak habih, sekali cucu cicit ikan dibalunnya. Kalau takat nak mengai saja, tak akan luak ikan tu. Inilah sikap sesetengah orang kita yang tidak pandai menghargai anugerah. Tidak mahu memikirkan orang lain sebaliknya kira diri depa saja.
Lee, aku nak cadang kat hang dan geng-geng Koden, kita team up pi tempat macam ni la. Kenyir ka. Endau Rompin ka. Lembah Belum ka. Amacam?

Thursday, July 2, 2009

CANDAT DAN BAKAG SOTONG

Mengail memang jadi sebahagian tradisi hidup budak kampong macam saya. Cuma dulu pakai bog kail buluh la ni beli rod and roller canggih sikit la. Tidak kira di laut atau tasik atau sungai bahkan parit pun takpa asal ada ikan untuk disentak. Termasuk aktiviti ngail ni pun mencandat sotong.
Kalau nak pi candat ni masih musim dia lagi tapi dah kat hujung kalau di perairan pantai timog. Untuk perangat Mazlee, dihidangkan gambar-gambar membakar sotong sebagai santapan mata dimana ianya menjadi santapan perut kami pada bulan Jun tahun lalu. Lokasinya perairan Rantau Abang, Trengganu dan kami sewa satu chalet kat sana. Sewa bot untuk 12 orang RM1,200.00. Candat dari lepas maghrib sampai tumpu subuh. Tolak mabuk ombak sikit. Dapat 8 tong polystyrene medium size padat. Saiz sotong satu kaki everage. Besar lengan budak. dekat-dekat sekilo sekog.


Sotong memang kalah dengan cahaya. Kerana cahaya dia kena panggang kat api.









Tuesday, June 30, 2009

Kerja baik memang sukar

Termasuk dalam perkara baik-baik ialah mengadakan tabung khairat kematian seperti idea Darah 59 dalam blognya 59ers. Faedahnya memanglah tidak didapati serta merta macam order sate Kajang. Tetapi apabila ditimpa musibah dan kebetulan pada masa itu uncang tengah kerin, disitu peranan tabung khairat menjadi penting.
Sama lah juga kalau kita buat reunion dan bina networking berbentuk ekonomi dan sosial. Keluar yuran sikit jadi tabungan dan modal. Sorang sikit jika dihimpun akan jadi banyak. Kebanyakan kita dah melalui berbagai pengalaman dan mempunyai macam-macam kepakaran yang boleh digemblengkan. Jika diikat macam batang lidi menjadi penyapu, mahal harganya dan berguna kepada manusia serta sukar dipatah-patahkan.
Cuma isunya ialah duit dan urustadbirnya. Duit memang berhantu. Silap gaya boleh jadi hantu raya atau hilang waras sehingga lebih teruk dari penyakit gila talak.
Orang-orang Cina depa sangat jaga kebajikan dan kepentingan masyarkat bersama. Depa ada macam-macam persatuan yang bertindak membantu samada dalam bentuk moral atau material. Kita orang Melayu agak neatif dalam bab macam ni kerana sifat kita yang agak selfish. Selama mana tidak kena atas batang hidung kita, ghalibnya kita buat tak tak tau saja. Pak Din Yahya pernah mengajar di Sg. Pelek. Barangkali dia penah pi ke sekolah Keb. Cina di pekan itu yang lengkap dengan makmal komputer hasil sepakat PIBG. Semasa saya dalm AJK PIBG di sekolah tempat saya duduk dulu, inilah isunya.
Apapun, pekerjaan baik-baik memang sukar dilaksanakan. Macam nak bina bangunan misalnya. Ambil masa berbulan-bulan. Para jurutera, akitek, perancang bandar bersidang sampai mengelit kepala. Meeting berhari-hari. Tapi nak meruntuhkan dalam sehari saja cukup. Tak gaduh jurutera atau akitek pun.

Tuesday, June 9, 2009

TAHNIAH UNTUK KAKJA DAN SUAMI

Hari Ahad 7 Jun 2009 bukan saja hari penuh bermakna kepada pasangan pengantin Faiz dan kedua ibubapanya Hj. Ramli dan Hjh, Aliyah, tetapi turut dikongsi bersama oleh kami. Saya mencatatkan detik ini sebagai satu antara tarikh paling bersejarah dalam tradisi balik kampong sepanjang tempuh 30 tahun merantau keluar negeri Kedah.

Saya hadir dengan berkonvoi bersama Munir yang datang dari Sg. Patani dan Che Azmi yang baru sampai dari KL.

Seperti diduga, ramai melapangkan diri meraikan detik ini dan kami bertemu semula sesudah 36 tahun – kata Norhayati Daud yang kalau bertemu di jalanan 99% saya tidak lagi mengenali beliau. Sudah tentu pertemuan kali ini dalam suasana dan wajah yang hampir 100% berbeza.

Kawan-kawan lain yang turut kelihatan ialah Mazlan Sudin, Ahmad Jaafar, Husin Putih, Ku Azir, Hashim Ismail, Wan Salim, Loh Kim Hua @ Mohamad Ikram Loh , Zakaria Ahmad, Mohamad Rahim, Ahmad Tajudin Yahaya ( Pak Din), Chai ( budak Sarawak ) Siti Rokiah Saleh, Noran Harun, Osma Harun, Fatimah Md Zain, Basharah Husin, Siti Mariam Hamzah, Shatirah ( DJ RTM Kedah) dan paling istimewa sifu subjek sejarah kami yang juga seorang sasterawan Cikgu Zainudin yang kini menjadi pensyarah di UUM.

Walaupun berkongsi dengan majlis kenduri Kakja dan dalam tempuh yang amat singkat, pertemuan semula ini amat bermakna. Ada yang mencadangkan agar pada masa depan diadakan majlis khusus pertemuan semula ini dengan mengesan lebih ramai kawan-kawan yang masih tidak terkesan.

Apapun pertemuan di rumah Kakja diharap menjadi titik tolak untuk pertemuan semula lebih tersusun di masa akan datang. Mungkin boleh dijadikan agenda tahunan sempena cuti raya atau cuti sekolah hujung tahun.

Tahniah kepada Kakja dan suami Hj. Ramli ( classmate Ting. 6 Rendah) kerana mencetuskan idea ini dan menjadikan kenduri beliau yang pertama seumpamanya. Tahniah juga diatas kehadiran anggota keluarga baru – seorang menantu perempuan . Moga Allah merahmati kita semua.
NOTA : Rakaman visual ada di laman SAHABAT HANDAI.