Tuesday, November 2, 2010

JITRA BAH

foto di sadur dari album Abdul Jamal Ahmad, Jitra.

Biasanya bulan November musim hujan di utara. Taburan pusingan akhir sebelum musim kemarau yang akan bermula apabila angin monsun timur laut bertiup awal December. Selalunya ia berlarutan berhari hari dan air akan menggenangi sawah bendang saujana mata memandang. Amat jarang limpahan berlaku sehingga memaksa penduduk meninggalkan rumah. Tetapi itu zaman dulu. Di era milanium ini, dimana sawah sawah ditimbus menjadi taman perumahan dan bukit bukau digondol atas berbagai maksud, musim hujan yang biasa bertukar menjadi luarbiasa. Selain melimpahi sungai dan terusan, air menggenangi jalan dan lebuhraya. Memutuskan laluan dan memberi cuti kepada sebahagian besar penjawat awam dan swasta.
Ada pendapat mengatakan ia satu rahmat dan punca rezeki. Kerana mereka tidak perlu ke sungai untuk menangkap ikan. Permintaan kepada payung dan baju hujan meningkat dan jualan pasti menguntungkan. Perabut dan pakaian yang rosak perlu diganti baru. Bengkel bengkel kereta sedang bersiap sedia membaikpulih kenderaan yang tenggelam. Semua punca rezeki ni datang dari peristiwa banjir.
Disatu pihak lagi, mereka menganggap ia satu bencana. Tanaman akan rosak. Kerja tertangguh dan produksi tersekat. Hartabenda rosak dan semuanya memerlukan kos untuk membaikpulih.
Golongan ini tentu tidak suka dengan kedatangan bah seperti ini.
Dari pandangan yang lain, bah adalah bencana alam. Terjadi dengan bersebab atas kehendak Ilahi. Balasan bagi manusia yang mencabar nature alam. Sistem yang Dia jadikan sudah cukup sempurna, tetapi manusia dengan angkuh mahu mengubahnya.
Saya membesar di Jitra dan sehingga sekarang pun masih balik kesana. Dulu dulu bah seperti ini jarang sangat berlaku. Tetapi hari ini, apabila Jitra menerima pembangunan pesat yang memaksanya melanggar segala susila alam dan kemanusiaan, bencana memang tidak dapat dielakkan.
Samada suka atau tidak, kita terpaksa menerimanya sebagai harga yang perlu dibayar untuk kemajuan dan pembangunan.

2 comments:

cbazmi said...

Salam Mat,

Bagi saya kita tak perlu merintih atau berdukacita kerana apa yang Allah Swt turunkan itu ada rahmat dan pengajarannya seperti yg hang jelaskan.

Ada pihak yang bergembira dengan kejadian ini kerana banyak stok payung dan baju hujan terjual,banyak begkel kereta yang malap kembali ceria.

Orang kpg saya pun seronok juga dapat pakat pukat dan jala ikan belakang umah dan lepas ni boleh jadi pehiaga ikan kering dan pekasam. Tukang rumah pun lepas ni ada la sikit kerja kut.

Bagi orang-orang kaya yang dah lama tak keluar zakat ni lah masanya nak belanjakan duit2 yang tersimpan tu sebagai sedekah jariah untuk mereka2 yang memerlukan.

Tuhan tu maha adil dan maha mengasihi. Sama2 la kita beristifar dan redha dengan kurniaan Allah yang tersirat ni.

Tq Mat.

Jamaludin Abu Bakar said...

alhamdulillah ghumah aku ayaq cuma cecah tebing semen saja dok tengok jugak kot dia melimpah mujuq dak.cuma adik beradik saja mai tumpang dok.jadi macam penempatan mangsa banjir.riuh rendah anak cucu semua ada.