Monday, September 27, 2010

ZIARAH OLEH KAWAN LAMA


Selepas tinggalkan bangku sekolah dalam tahun 1977, masing masing bawa haluan. Berpisah ketika remaja trang tang tang, kemudian dengan takdir Allah bertemu kembali dalam usia emas dan sudah ada cucu. Sungguh, kalau terjeromoh di jalan, pasti saling tidak mengenali. Rambutnya masih lebat tetapi separuh sudah bertukar warna putih. Namun senyumnya bila di tilik tilik masih mempunyai trade mark dulu dulu.
Kawan saya ini grup berulang naik bas pergi sekolah. Tidak seperti Abu Samah dengan Ali Pa yang berlagak menyewa rumah. Tidak jugak seperti Hashim Ismail dan Pak Ku Azir yang dok bergantung dengan hostel sampai ke tua. Grup berulang naik bas adalah grup bebas dan belajar indipenden. Aku dengan Mat Saleh Bakag dari Jitra. Mie Japag, Chup Abas dan Det dari Kola Kedah. Memba ni MD NOG BAKAG dari Tandop. Dia geng Yam Ali dan Rosmalina.
Md Nog jatuh cinta dengan gadis ayu dari Trengganu. Kerana tu dia sanggup tinggalkan Kedah berhijrah kesana demi cinta abadi. Memang, Trengganu bukan saja pantai nya indah, tetapi gadisnya segak segak. Md Nog tidak menoleh kebelakang lagi. Cakapnya pun sudah telo Trengganu campog Kedah sikit sikit.
Kerana semangat setia kawan jugak , dia bersusah payah menjengok saya di Salak Tinggi walaupun saya jamu ayag sejuk.Betoi la kata Mie Japag. Orang Tandop ni hebat Yam Ali oii..Malam sebelum tu dah la kami berjaga sampai pukoi 2 pagi di Kinrara bergebang dengan Abu Samah. Md Nog menginap di situ dan dia dalam urusan menghaqntar anak dara dia mendaftar di Asasi IIUM, Nilai.
Terkejut juga saya tengok badan dia besag dan tinggi. Dulu lebih kurang Det dengan Mie Japag saja. Kalau Abu Samah dengan Rani tu memang la dari dulu lagi macam galah yang dok buat kait buah moktan. Agaknya dia banyak makan kepok leko Losong di KT kut.
Terima kasih Md Nog. Nanti aku pi KT, kita candat sotong. Jaga hang, tak dapat satu tong, hang kena beli kat market Kepayang tu panggang jamu aku...

2 comments:

Ku Azir said...

Mad,
Aku dah tak perasan kawn kita ni...Md Noq bakar. Tak leh ingat langsung. Yang aku dok ingat abang aku sja di kampung..namanya MdNoq bakar juga. Taklah koi-koi jumpa nanti.
Aku memang dari tg. 2 duduk di asrama. Nasiblah dopt duduk asrama, kalau tak jumpa dengan hang mat oooiii. Mau ka,bila duk kat kg. ,kerja aku terebe burung, ikut pungkoq trekta, pi motong, tahan jerat pelandok dan hambat burung chak raya makan padi huma. Bila dok asrama teratur lah sikit mengaji aku tu...Tabik kat mak aku. BOLEH JADI CIKGU AKHIRNYA.

Unknown said...

mad nog ni bukan grup rosmalina mad ooi. hang main tembak saja. rosmalina grup kami dari kola kedah. kalau hang kata md nog geng yam ali adalah gaya juga . yam aloq mengkudu, md nog tandop, dekat2 juga