Saturday, September 11, 2010

RAYA 2010

Tidak heran lah. Memang patut. Amat wajar. Atas apa alasan apa sekalipun. Dengan cara apapun. Bila tiba musim raya, semua warga kota rebah bangkit berusaha untuk balik kampung beraya bersama dengan sanak saudara. Biarlah lebuhraya dan jalanraya bah dengan kenderaan macam semut melata di batang kayu. Semua cabaran bukan lagi halangan.
Kerana sebabnya, kalau raya di taman taman perumahan di bandar memang kantoi..memang pilu. Sengap serepi. Benar.
Di Taman tempat tinggal saya, pada malam hari raya masih ada tiga empat keluarga masih bertahan. Saya ingat depa pun macam saya. Tetapi selepas solat sunat raya, semua pakat balik kampung. Sejat sungguh. Sehinggakan tidak terasa macam berada dalam suasana hari raya. Kami anak beranak tengok hang tengok aku lepas tu tidog. Lepas Asar cuba kontek seorang dua kenalan di kampung berdekatan dan bertandang kerumah mereka. Tiga rumah. Kemudiannya pada Raya kedua ziarah seorang kawan di Sg. Kembong. Mmenjadi sejarah. Tahun 2010 menziarah 4 rumah pada hari raya..
Tidak pernah berlaku sebelum ini sejak 32 tahun lalu sepanjang perantauan saya di Negeri Selangor ini.
Malamnya cuba layari FB. ada 4 orang online. Yang lain agaknya sebuk balun ketupat dengan gulai daging. Belayar ke You Tube kerosek lagu raya..duduk la layan lagu P. Ramlee.. Dendang Perantau.. Pilu sungguh rasa hati. Apalagi dengag habag rakan rakan sekolah dulu pakat berimpun di dua tiga tempat di kampung untuk reconnect balik sempena hari mulia ini. Tentunya juga tak dapat berjumpa adik beradik pakat pakat makan ketupat daun palas serta panggang ayam di rumah abang saya yang menjadi port kami beraya adik beradik setiap tahun setelah kedua ibubapa sudah tiada.
Kalau macam ini keadaan nya. tahun depan kena perosah juga balik beraya di kampung walaupun terpaksa menginap di hotel kalau homestay sudah fully booked..

4 comments:

Ku Azir said...

salam Mat,
sedih juga ana baca blog anta.nampaknya kampung menjadi lokasi terbaik untuk Eid Fitri.Ana pun rasa lebih seronok tahun ni sebab ada sedikit majlis di raya kedua.Anak di UK tu balaik mai dan dia pun anjur reunion skj,smj zaman dia,.Ana pun tumpanglah panggil kawan dan adik beradik datang meraikan majlis ni.Tak war war pada semua rakan keran majlis ala kadar saja.Tahun depan kena balik mai kedah la.Ni esok depa ajak p rumah Mi Japar pula.Insyaalah

Hj ARL, BNM said...

Mad, hang memang pandai mengarang, BM masa STP sah hang dapat A, Kertas Am Pak Hj Mahmood mesti tak marah...aku mad sejak ke2 orang tua tak dak, tak terasa sangat nak balik kampong, tiap2 tahun aku balik rumah mertua di Tganu. Aku sorang saja menantu depa, apa lagi aku jd "anak berlian" bukan anak mas lagi dah...nak cerita kat hang kerja kat BNM ni ada yang kena p Port Kelang malam Raya kapal bawa duit masuk time tu, tak boleh tunggu. Ada setaun tu malam Raya aku duk dalam "Bisnes Class" terbang p London pasal kerja...hai aku dah lali dah, sedih dah jd tak sedih..hang mungkin sekali baru raya tak balik kampong...Pak Ku? tiap2 taun di kampong.Bertuah dia ada kampong..

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Tganu kampung mertua tang mana? Di Kuala Treangganu ada sorang kawan kita. Md Nor Bakar. Semalam dia mai sini dan kami minum kat Kinrara dengan Abu Samah. Try contact hangpa yag ada KL nak ajak join tapi tak dapat. Hang balik Ganu lain kali cari Md Nor ni. dia kerja kat jabatankimia KT . HP; 01398688145

cikMilah said...

Bang Mad,sedih aih baca ni. taon depan habaq awai-awai , chek buleh spare homestay kat Taman Rasa Sayang.