Friday, December 31, 2010

TAHUN BARU

Dalam khutbah Jumaat hari ini khatib dengan berapi api menyentuh tentang beberapa isu mengenai perayaan menyambut tahun baru. Natijah dari perayaan yang telah berakar umbi dan menjadi agenda ringgit malaysia atas tiket industri pelancungan. Apapun hujjah, jam besar berdetik juga dan isu tersebut pergi dan datang silih berganti seperti pertukaran siang dan malam atau tahun lama ke tahun baru. Ibarat air di daun keladi. Walaupun tertumpah tercurah tetap habis tak tingggal lagi . Meminjam kata kata D'llyod dalam lagunya Cinta Hampa.
Memang menghampakan. Kerana pada siangnya, pagi pagi buta kita melaung laung kan jatidiri umat dan usaha usaha atau program program pembinaan sahsiah diri individu muslim demi kesucian dan martabat Islam. Tetapi petang sebaik matahari terbenam dan senjakala berlabuh - waktu yang dikaitkan dengan kehadiran setan dan jin - maka kita lupa kata kata pagi tadi dan berbondong bondong ke dataran dataran dan padang padang, kelab kelab dan hotel hotel atau mana mana premis serasi untuk agenda atau pesta menyambut tahun baru. Menembak bunga api. Membakar mercun dan menjerit jerit. Tetapi wa na'uzubillah min zalik, apa yang lebih dasat dan ngilu ialah pesta minum arak dan penyalaan api asmara yang memaksa kepada pemancutan air mani untuk memadamnya yang kelak meninggalkan bungkah arang arang hitam dalam komuniti setempat.
Kita harap sesuatu dapat diubahganti kepada yang lebih bermoral dan membina sesuai dengan matlamat yang kita kehendaki berdasarkan niat suci yang ikhlas - bukan dipengaruhi oleh kepentingan kuasa dan nilai material. Dan semua sesuatu yang perlu itu terdapt dalam Kitab Allah dan Sunnah rasulNya. Kalau kita tidak memartabatkannya, siapa lagi sementara kita mampu melaksanakannya.

3 comments:

cbazmi said...

Salam Mat.

Selamat berhijrah ketahun 2011. Semuga bisnes semakin kencang dan pokok-pokok gaharu yang ditanam semakin subur merendang.

Tq

Ku Azir said...

Selamat menyambut tahun baru masehi.Tahun hijrah dah kita sambut.Moga kedatangan tahun baru ini membawa rahmat dan kejayaan yang lebih cemerlang dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini.

Jamaludin Abu Bakar said...

Slamat semuanya umoq pun koi bertambah memang betoi hang dok habaq tu selagi fikiran dok ikut cagha penjajah dan setan.payah nak berobah mat lazim oooi