Sunday, February 6, 2011

CNY TRAFIK SESAK TERUK - MENGAPA?

CNY baru baru ini sungguh menjadi keluhkesah pengguna lebuhraya. Sesak teruk. Berjam jam terkemut kemut di tengah barisan kenderaan. Hendak berenti kat R&R tidak dibenarkan kerana sudah pun melimpah ruah. Jarak yang selalunya perlu lima jam bertukar menjadi sepuluh jam atau lebih. Begitu cerita beberapa mangsa yang menelefon rancangan sembang pagi di TV.
Selalu nya sesak musim CNY ini memang teruk dan bukan perkara baru. Sudah lama.Saya pernah alami 25 tahun lalu. Kut kut la pada masa itu belum ada lebuhraya. Tetapi sekarang ni lebuhraya tiga lorong pun senarionya tetap sama.
Mengapa sesak teruk pada musim CNY?
Saya rasa ini ada kaitan dengan sumbangan sikap orang Melayu.
Orang Melayu memang suka ambil kesempatan dari semua cuti panjang untuk balik kampung. Mungkin mereka gemar suasana beramai ramai begitu.
Pada CNY orang orang Cina bercuti, balik kampung atau mereka melancung. Majoriti mereka akan berada diatas jalan semua destinasi. Majoriti orang Melayu pulak bercuti dan pakat pakat balik kampung kerana orang Melayu bandar majoriti asalnya dari kampung. Pertembungan dua kelompok terbesar ini memang patut pun meledakkan tsunami kesesakan jalanraya.
Berbeza dengan musim HRP. Orang Melayu saja yang kebanyakannya berada diatas jalan. Orang Cina sibuk berniaga kerana pada musim HRP orang Melayu melipatganda bajet membeli belah.
Pada CNY lalu, saya dalam perjalanan balik menghantar anak di Jengka dan berhenti di R&R Temerluh. Memang sesak sangat. Saya anggar 60 % adalah orang Melayu sedangkan musim cuti ini adalah CNY. Petrol pump pun terjeluak. Cadang nak makan tapi bila tengok sesak teruk perut jadi kenyang. Selepas tersangkut beberapa ketika dalam laluan parkir R&R, saya masuk balik lebuhraya yang kenderaan macam semut. Dengar Sinar FM kata sesak teruk di Karak, Bentung dan Gombak maka saya tukar haluan masuk exit Temerluh dan balik ikut jalan kampung Triang, Felda Bukit Mendi, Kuala Klawang dan seterusnya Nilai. Keadaan jalan memang lah berbelit belit dan berlubang lubang kerana jalan kampung adalah merupakan jalan anak tiri tetapi trafik lebih lancar dan kurang tekanan memandu dalam melayan kerenah pengguna yang berbagai ketika kesesakan.



2 comments:

cbazmi said...

Salam Mat,

Aku dah agak jalan akan sesak sepanjang perayaan mcm tiap2 tahun kita alami. Jadi tahun ni aku tukar plan , hanya ambil kesempatan mengisi ruang2 kosong kat ibukota.

Orang kampong mungkin marah sbb tak balik lebih2 lagi ramai yang buat kenduri. Tapi aku serik nak tegang2 urat kat jalanraya sampai terkencing dalam botol kerana tempat2 nak singgah semua penuh dan banjir dengan manusia.

Tapi Mat , kalau tak cuti tak jenghuk kampong bila lagi nak jenguk, mcm Jamaluddin Bakar senang la dia duk kampong....hhehehe

Tq.

Jamaludin Abu Bakar said...

lepaih pi makan kenuri aku dok tegolek dighumah saja mi ooi.anak kwnkwn nak pi balik gheja sampai KL kui lapan semilan pagi .ih terok sungguh noo.dlm supermarket pun melayu ramai dekat nak raya CNY.aiyaa cina mau laya melayu pun sibuk.badan aku pun naik kembang lebeh makan limau, Vit C overload