Saturday, February 19, 2011

MAULID DAN DRAMA

Tidak menjadi kesalahan menyambut perayaan Maulidurrasul. Tidak juga syubhat cara menyambutnya selama mana tidak bercanggah dengan syariat. Namun mutakhir ini kelansungan merayakannya semakin melampau atas alasan muhibbah sehingga pihak pihak penganjur tidak lagi mempedulikan antara batas batas syariat dan adat budaya. Senario ini membuat masyarakat menjadi keliru dan boleh membawa kepada kesesatan.
Maka menonton lah saya sebuah drama sempena maulid ini. Kisah seorang tok guru ajaran sesat yang kemudiannya insaf dan kembali ke pangkal jalan berkat tarbiyah dan kesabaran seorang muallaf. Tema nya bagus.
Apa yang menjadi persoalannya ialah :-
Semasa dalam kesesatan, tok guru terbabit berserta pengikut pengikutnya memakai serban dan selendang. Apabila insaf dan bertaubat, mereka bertukar memakai songkok hitam. Ini menggambarkan imej serban, selendang dan jubah adalah imej menyesatkan dan songkok hitam adalah imej jalan yang haq.
Perlu diingat bahawa serban dan selendang serta jubah adalah pakaian baginda Rasullullah SAW, para sahabat r.a , aulia' dan salafussoleh. Sunnah lagi sunat mengamalkannya. Tetapi penulis skrip, penerbit dan pengarah drama terbabit lupa tentang perkara ini dan dalam ghairah menyatakan cinta mereka kepada Rasullullah mereka tanpa sedar kerana jahil telah menghina sunnah baginda. Kecelakaan lah bagi sesiapa yang mulut menyatakan cinta kepada baginda tetapi perlakuan menjadi sebaliknya melainkan segera memohon keampunanNya.
Di satu carok lain dalam sebuah negeri, saya sedang travel kerana satu tugas. Tiba di depan sebuah sekolah menengah dan terperangkap oleh perarakan ini yang menguasai sepenuh jalanraya sehingga memaksa pengguna lain berhenti dan berpatah balik. Sementara menunggu dalam kereta di depan pintu pagar besar sekolah tersebut kerana harus meneruskan perjalanan, saya terpandang gerbangnya yang di hiasi dengan pokok pisang di kiri kanan tiang. Kemudian di regang di atasnya daun daun kelapa dianyam. Biasanya hiasan ini terdapat dikuil kuil Hindu atau di dalam perayaan agama orang orang Hindu. Tetapi pasai apa pulak di hias di pintu gerbang sekolah menengah kebangsaan sempena sambutan maulid ?
Ini kah konsep 1 Malaysia satu Ummah?
Betapa pun ghairah kita mahu mencipta sesuatu yang murni biar lah jangan sampai mengorbankan yang haq dan terpuji khususnya syiar agama kita. Jangan menghalalkan cara demi sesuatu matlamat. Bezakan dengan jelas antara tuntutan agama dengan adat budaya. Penerapan adat budaya diharuskan selagi tidak bercanggah dengan syariat tetapi dalam bab ibadah dan cabang cabangnya tidak ada tolak ansur samasekali untuk diterap atau dikongsi dengan agama agama lain.
Jangan kita benci dan fitnah serban kerana menjadi imej parti politik. Jangan benci warna hijau, merah atau biru muda kerana imej politik. Tidak kira PAS, UMNO atau atau Melayu PKR, tuan tuan adalah orang Islam yang patut mengutamakan agama. Parti politik tidak boleh samasekali membantu kita sesudah mati. Hanya agama yang kita genggam ini dan beramal dengan ilmu ilmunya saja yang boleh menyelamatkan kita.
Kepada rakan rakan yang totok kepada mana mana dari tiga parti diatas, tolong lah jangan menghina dan mengeji apalagi memfitnah sesama muslim kerana ia dikira hutang yang pasti akan di tuntut diakhirat besok.

1 comment:

cbazmi said...

Salam Mat,

Aku setuju jugak dengan apa yang hang katakan. Rasa-rasanya banyak sangat perkara yang tidak sepatutnya dibuat telah dibuat.

Beraraklah sapa pun tak kisah tp jangan la sampai menyusahkan orang lain. Berselawat la sebanyak yang mungkin tetapi jangan la dicemari dengan letupan2 mercun dan bunga api sebagai selingannya.

Tq