Tuesday, February 15, 2011

SEBUAH PERARAKAN

Konsep satu Malaysia satu idea murni. Seluruh rakyat patut menyokong dan menghargainya. Menjadi tanggungjawab setiap warganegara menyumbang untuk kestabilan negara khususnya dari aspek keselamatan.
Namun setiap idea murni kadangkala menjadi keliru bila perlaksanaan nya tidak mengambil kira beberapa isu penting yang boleh menjejaskan atau menggagalkan matlamat.
Malaysia negara berbilang kaum. Kita boleh menjadi sebuah negara seperti dikehendaki iaitu Satu Malaysia Satu Bahasa tetapi tidak boleh satu bangsa, satu budaya dan satu agama. Kita lebih sesuai untuk 1 Negara Berbilang Bangsa.
Saya meleihat usaha penyatuan budaya, bangsa dan agama sebagai satu usaha yang berbahaya. Kita patut sekadar menjalin persefahaman sahaja, tidak menerapkan atau mencampuradukkan elemen elemen agama sesama masyarakat berbagai kaum. Usaha usaha ini perlu berlandasksan syariat dan mesti berada dalam lengkungan hukum hakam agama yang telah ditetapkan.
Kekeliruan ini jelas terpancar dalam perayaan perayaan dan beberapa agenda agama dimana batas batas syariat diabaikan.
Antaranya :-
1. Melibatkan bukan Islam dalam perayaan atau agenda berbentuk ibadah.
2. Membenar bukan Islam memasuki dewan solat masjid untuk program tazkirah.
3. Sekularisme persembahan hiburan yang hanya ditopengkan dgn wajah dan pakaian Islam tetapi pengisiannya tidak ubah seperti program maksiat lain.
Saya mencabar dan menentang pihak yang kononnya mahukan pembaharauan dalam agama. Islam adalah agama tauhid dan lengkap kekal sepanjang zaman. Sesuai sepanjang masa sehingga kiamat. Tidak perlu pembaharuan. Yang perlu ialah penyesuaian umat dengan kehendak agama, bukan menyesuaikan agama dengan kehendak nafsu umat.
Tiada makna kalau kita berarak berbondong bondong merayakan maulidurasul tetapi membuat penyelewengan akidah dalam masa yang sama. Dalam beragama, apa apa yang terbaik ialah yang berasal dari Rasulullah dan zaman baginda. Maknanya lagi lama lagi tulen.Bertambah moden bertambah menjadi carca marba. Jangan jadikan liberalisme satu alasan. Syariat tiada tolak ansur, misalannya kalau hukumnya mencuri adalah potong tangan maka ia adalah hukum Allah walaupun dizaman ini orang mengatakan zalim dan kejam dan diganti dengan penjara. Pengingkaran ini siapakah yang boleh melakukannya melainkan mereka orang Islam sendiri yang berani mencabar dan menderhakai Allah azzawajalla.


1 comment:

Jamaludin Abu Bakar said...

bagi aku perkara yg melibatkan agama lain dari Islam kita tak boleh pi dok sekali dgn depa walaupun satu malaysia.biaq depa nak dok sambut macam mana pun biaq kat depa.