Saturday, September 24, 2011

KONFLIK

Majlis majlis seperti home-coming, reunion, open house ataupun kenduri kawin sangat bagus dihadiri. Disini lah tempat di mana kita dapat bertemu semua peringkat kawan-kawan. Lama. Sederhana . Baru ataupun bakal di kenali. Dimana kita dapat berkongsi nostalgia. Di mana kita dapat bertanya khabar secara semuka  dan menjalin serta mengukuhkan ukhwah dengan lebih mesra.
Saya selalunya memberi keutamaan tahap tinggi kerana sangat teruja untuk bertemu kawan kawan .
Tidak kira lama atau baru. Apatah lagi jika tidak pernah bersua setelah terpisah oleh batas waktu dan sempadan kerja sejak sekian lama. Atas hasrat itu saya sedaya upaya menjadikan diri bebas dari halangan untuk agenda agenda seperti ini. Bahkan dalam beberapa kes saya sendiri turut membantu menganjurkannya. 
Pada saya harga sebuah persahabatan tidak ternilai. 
Malangnya selepas beberapa siri majlis dihadiri, hati saya mula berbelah bagi. Keterujaan saya mengendur lalu membina konflik dalam diri. Barangkali seperti kata lagu " benci tapi rindu"...
Saya tidak faham kenapa mesti adaa kugiran, band atau karaoke sebagai agenda wajib? Pertama,  matlamat kita bukan hendak berkonsert atau talent time. Masa untuk itu telah berlalu atau pun kalau tidak lagi, elok kita simpan untuk program lain. Kita hendak bertemu rakan rakan lama. Bertanya kabar dan berkongsi cerita suka duka. Membincang projek atau bertukar fikiran atau pengetahuan. Bahkan mungkin berkongsi masalah. Musik yang tidak di equalise dengan sempurna bukannya sedap didengar tetapi memekakkan telinga dan sangat mengganggu perbualan. 
Tidak menjadi masalah kalau nak diadakan juga tetapi biar lah dalam suasana tenang dan tenteram. Tidak mengganggu perbualan. Biar ia menjadi latar sahaja. Kita hendakkan suasana sesuai untuk beramah mesra. Kita bukan hendak dengar konsert. 
Saya sangat kecewa dan kekecewaan ini merentap keghairahan bertemu kawan kawan dan mengikis keinginan sedikit  demi sedikit untuk menghadiri majlis seumpama ini. 
Barangkali konflik ini akan memaksa saya melupakan agenda agenda ini jika keadaan seumpama ini berterusan. Maafkan saya wahai kawan-kawan.

3 comments:

cbazmi said...

Salam sedara,

Minta maaf lama tak kontek hang, Aris call bagitau nak ke kelab Shah Alam ada reunion . Hang pi jugak ka?

Aku ada hal ofismate buat kenduri kawin anak kat Manjalara, lagi pun aku rasa badan tak berapa sihat la...

Nanti satu hari senang2 kita jumpa kat Bukit Aman suruh tuan ACP Muhammad Ismail belanja makan..hihihi

Tq

glassman said...

salam alaikom mat saman,
:))) minta tumpang nak mencelah,, hehehe, pada pendapat saya, kita ada masa2 tertentu untuk perkara tertentu,, masa reunion ialah masa enjoy,, nak bincang perkara2 lain tu boleh,, tak salah pun.. tak semua orang nak berkaraoke. kslau ada apa2 agenda yg nak di ketengahkan,.. boleh buat perjumpaan khas lah kot?

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

macamana kalau berkaraoke atau berkonsert pada masa lain? sebab masa reunion kita hendak bertanya kabar..bersembang dan sebagainya..apatah lagi lama tak jumpa..banyak perkara nak dibualkan tapi kalau musik memekak macaman nak tenteram..kita bukan nak berhibur..lagi pun dah tua dah kita ni..bukan remaja lagi..