Thursday, April 30, 2009

Reunion sempena kenduri Kak Ja

Alhamdulillah.

Suatu tengahari minggu lalu ketika sedang makan di Food Court UNITEN , dapat satu panggilan dari seorang perempuan yang nombornya asing dan suaranya pun asing serta soalannya juga asing. " Kenai dak ni sapa dia?"
Rupa-rupanya Kak Ja ( Cikgu Aliyah Ramli)classmate masa tingkatan 3A 1973 di SMJ, Jitra dan Ting. 6A1 1977 di SMDSO, Alor Setar. Nak jemput makan kenduri kawin anaknya pada 7 jun 2009 dan buat reunion sekali pada sebelah petangnya di rumah nya di Tunjang, Kedah. MasyaAllah, punya lah lama masa dah berlalu, sampai dah nak bercucu, masih rasa macam baru saja keluar negeri Kedah.
Ia memang satu cadangan yang baik. Menghimpun kawan lama dan menghimpun sanak saudara memang menjadi agenda saya yang tidak terlaksana sejak sekian lama kerana macam-macam halangan yang masih tidak dapat diatasi.
Pada suatu ketika rancangan ini hampir menjadi kenyataan, tetapi malangnya Cikgu Mohd Jamil Hasim yang menjadi sandaran kuat saya di Kedah di timpa stroke dan sejak itu rancangan ini pun tersedak sekejap.
Bagaimanapun dengan cadangan Kak Ja ni, rasa nya ia satu turning point untuk hasrat terlaksana. Adalah diharap semua rakan-rakan dapat dijejaki dan dapat pula mereka meluangkan masa untuk menghadirinya.

8 comments:

Fazrul Ramli said...

terima kasih kerana mewawarkan kepada kawan2 lama...
setakat ini seramai 20 orang telah dapat dihubungi dan semua telah bersetuju untuk hadir ke majlis kenduri dan jejak kasih yang hampir lebih daripada 30 tahun bertemu..


ini alamat majlis tersebut..

no 27 kampung tanjung mukim jeram ,tunjang....

Fazrul Ramli said...

terima kasih kerana mewawarkan kepada kawan2 lama...
setakat ini seramai 20 orang telah dapat dihubungi dan semua telah bersetuju untuk hadir ke majlis kenduri dan jejak kasih yang hampir lebih daripada 30 tahun TIDAK BERTEMU...


ini alamat majlis tersebut..

no 27 kampung tanjung mukim jeram ,tunjang....

cbazmi said...

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Kalau ada masa terluang atau terbabas kat Kl sudi-sudi la call saya kat 019 3869361 atau 03 22626335.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

SMJ 30 tahun lalu.....
Cikgu Wahab yang sungguh cengei , tok guru kira-kira tu, memang sukar saya lupa. Kita dalam kelas 3A , pada mulanya saya dalam kumpulan yang tempat duduk di barisan belakang, selalu buat bising. Lepas tu cikgu kelas yang bijak , Cikgu Wan Bin bt Kamarudin, dia pindahkan saya kat depan sekali, berhadapan dengan mejanya, disebelah kanan saya dinding, kiri saya meja Siti Rokiah Saleh dan belakang saya Fadhilah Mohd Zain. Habis mati kutu, terus sonyap jadi budak baik ... he.. he.. he..

Abd Raai Osman P.J.K said...

lama tak jumpa bisnis macamana ?

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...
This comment has been removed by the author.
Anak Jeram said...

Adress member SMJ dah ada dalam blog anakjeram.Sila rujuk untuk mendapatkannya.

Jamaludin Abu Bakar said...

aku ada jumpa cik gu Wahab yang cengei tu di hospital dok ataih kerusi roda thn 94,95 dulu dia tak kenai aku dah cakap dia pun tak sropa dulu kena stroke apa boleh buat takdir Allah