Sunday, May 3, 2009

Nik Nur Madihah - Nilai sebuah pengorbanan

Mencatat kejayaan cemerlang SPM bukan perkara baru. Sebelum ini pun beberapa calun telah menggemparkan negara termasuk Amalina. Tetapi ada sesuatu yang istimewa dan ironis tentang pencapaian Madihah. Selain rekod baru dilakar, beliau timbul dari
golongan keluarga serba kekurangan dalam masyarakat makmur.

Jalan perjuangannya berliku-liku. Semua keterbatasan material terpaksa diharunginya dengan tabah dan tenang. Dan dia melepasinya dengan cemerlang. Sesungguhnya ini sesuatu yang amat luarbiasa bagi seorang remaja abad milanium.

Semasa melancar buku kisah kecemerlangannya itu sempena pesta buku di PWTC, belisu sempat berkongsi cerita dengan masyarakat di sekitar Sepang ( Taman Desa Jenderam Hilir , Kota Warisan dan Pekan Dengkil. Malangnya saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Lantas saya pun berkejar ke PWTC untuk mendapat buku kisah beliau yang di tulis oleh Ummu Sakinah.

Himpunan dari bacaan buku tersebut serta ulasan dari kawan-kawan yang menyertai majlis beliau, saya merumuskan bahawa setiap kejayaan berhajat kepada:-

1. Memelihara hubungan rapat dengan Allah dan dengan makhlukNya ( Prinsip dan pegangan Madhihah dalam perjuangan hidupnya)

2. Nilai pengorbanan yang bukan kepalang.

3. Kesabaran dan keredhaan pada tahap paling tinggi

4. Sikap rendah diri dan ketaatan memelihara amanah Allah ( tinggal semua yang haram dan syubhat, ambil semata-mata yang jelas halal disisi syarak)

Atas dasar itu lah bapa remaja ini melepaskan jawatannya dan berkorban menjadi nelayan sepenuh masa demi memelihara ketulenan sumber rezeki keluarganya. Beliau seorang bapa berilmu , mempunyai Diploma teknikal , berwawasan dan tinggi tawakkalnya. Anggota keluarga pula redha dengan keputusan bapa sebagai ketua keluarga dan sedia berkorban bersama.

Bila di tanya kenapa tidak mohon bantuan selama ini sedangkan mereka memenuhi kriteria pemohon , mereka berkata bahawa mereka masih mampu berusaha dan lebih suka berusaha sendiri. Biarlah peruntukan yang ada diberi kepada yang lebih memerlukan.Mereka tak mahu "merompak" hak orang lain, sedang yang lebih dhoif dari mereka masih ramai dan memerlukan.

Harini pada episod pertama dalam siri penerokaan kejayaan mereka, Allah telah mendatangkan rezeki yang tidak di duga-duga. Berkat pengorbanan dan ketaatan tersebut, Madhihah muncul memegang rekod baru pencapaian cemerlang SPM. Berikutan itu, pemerintah negeri Kelantan menunaikan tanggungjawab dengan menyumbang kediaman baru bernilai 130K. Sementara sumbangan dalam bentuk tunai mencurah seperti gugurnya durian pada musim kemuncak.

Tahniah kepada puteri serikandi, Madihah. Perjuangan selepas ini akan menjadi bertambah sengit. Perjalanan masih jauh. Moga Allah memelihara kamu, keluarga kamu dan kita semua umat Islam.

2 comments:

cbazmi said...

Kalau kita yakin dan percaya kepada takdir dan rahmat allah. Insyaallah Allah akan menunjukkan kebesaran dan keagungannya. Sama-samalah kita menjadikan rahmat allah ini sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan didunia yang singkat ini.

Jamaludin Abu Bakar said...

Tahniah juga kepada anak Pak Ya kita walaupun dok tolong mak dan bapa dia berniaga air kcg soya anak dia dapat semua A1 dalam SPM.Wa tabik sama lu Pak Ya