Termasuk dalam perkara baik-baik ialah mengadakan tabung khairat kematian seperti idea Darah 59 dalam blognya 59ers. Faedahnya memanglah tidak didapati serta merta macam order sate Kajang. Tetapi apabila ditimpa musibah dan kebetulan pada masa itu uncang tengah kerin, disitu peranan tabung khairat menjadi penting.
Sama lah juga kalau kita buat reunion dan bina networking berbentuk ekonomi dan sosial. Keluar yuran sikit jadi tabungan dan modal. Sorang sikit jika dihimpun akan jadi banyak. Kebanyakan kita dah melalui berbagai pengalaman dan mempunyai macam-macam kepakaran yang boleh digemblengkan. Jika diikat macam batang lidi menjadi penyapu, mahal harganya dan berguna kepada manusia serta sukar dipatah-patahkan.
Cuma isunya ialah duit dan urustadbirnya. Duit memang berhantu. Silap gaya boleh jadi hantu raya atau hilang waras sehingga lebih teruk dari penyakit gila talak.
Orang-orang Cina depa sangat jaga kebajikan dan kepentingan masyarkat bersama. Depa ada macam-macam persatuan yang bertindak membantu samada dalam bentuk moral atau material. Kita orang Melayu agak neatif dalam bab macam ni kerana sifat kita yang agak selfish. Selama mana tidak kena atas batang hidung kita, ghalibnya kita buat tak tak tau saja. Pak Din Yahya pernah mengajar di Sg. Pelek. Barangkali dia penah pi ke sekolah Keb. Cina di pekan itu yang lengkap dengan makmal komputer hasil sepakat PIBG. Semasa saya dalm AJK PIBG di sekolah tempat saya duduk dulu, inilah isunya.
Apapun, pekerjaan baik-baik memang sukar dilaksanakan. Macam nak bina bangunan misalnya. Ambil masa berbulan-bulan. Para jurutera, akitek, perancang bandar bersidang sampai mengelit kepala. Meeting berhari-hari. Tapi nak meruntuhkan dalam sehari saja cukup. Tak gaduh jurutera atau akitek pun.