Tuesday, June 30, 2009

Kerja baik memang sukar

Termasuk dalam perkara baik-baik ialah mengadakan tabung khairat kematian seperti idea Darah 59 dalam blognya 59ers. Faedahnya memanglah tidak didapati serta merta macam order sate Kajang. Tetapi apabila ditimpa musibah dan kebetulan pada masa itu uncang tengah kerin, disitu peranan tabung khairat menjadi penting.
Sama lah juga kalau kita buat reunion dan bina networking berbentuk ekonomi dan sosial. Keluar yuran sikit jadi tabungan dan modal. Sorang sikit jika dihimpun akan jadi banyak. Kebanyakan kita dah melalui berbagai pengalaman dan mempunyai macam-macam kepakaran yang boleh digemblengkan. Jika diikat macam batang lidi menjadi penyapu, mahal harganya dan berguna kepada manusia serta sukar dipatah-patahkan.
Cuma isunya ialah duit dan urustadbirnya. Duit memang berhantu. Silap gaya boleh jadi hantu raya atau hilang waras sehingga lebih teruk dari penyakit gila talak.
Orang-orang Cina depa sangat jaga kebajikan dan kepentingan masyarkat bersama. Depa ada macam-macam persatuan yang bertindak membantu samada dalam bentuk moral atau material. Kita orang Melayu agak neatif dalam bab macam ni kerana sifat kita yang agak selfish. Selama mana tidak kena atas batang hidung kita, ghalibnya kita buat tak tak tau saja. Pak Din Yahya pernah mengajar di Sg. Pelek. Barangkali dia penah pi ke sekolah Keb. Cina di pekan itu yang lengkap dengan makmal komputer hasil sepakat PIBG. Semasa saya dalm AJK PIBG di sekolah tempat saya duduk dulu, inilah isunya.
Apapun, pekerjaan baik-baik memang sukar dilaksanakan. Macam nak bina bangunan misalnya. Ambil masa berbulan-bulan. Para jurutera, akitek, perancang bandar bersidang sampai mengelit kepala. Meeting berhari-hari. Tapi nak meruntuhkan dalam sehari saja cukup. Tak gaduh jurutera atau akitek pun.

5 comments:

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara, tertarik juga saya nak comment fasal "kerja baik memang sukar" ni.

Nak kata masaalah duit dan urus tadbir yang menjadi punca saya rasa tak begitu tepat. Saudara tengok la macam mana mudahnya masyarakat kita khasnya orang-orang Melayu yang amat mudah terlibat dalam skim cepat kaya. mereka langsung tak ambil kira fasal wang atau urus tadbir kewangan.

Kalau dibandingkan dengan masyarakat cina , saya rasa orang Melayu ni susah sangat nak buat kerja baik ni kerana kebanyakkan suka kehidupan ibarat "enau dalam belukar"

Tq.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Memang benar Mie. Kita cenderung arah kepada modai kecik untung besar. Kerja sikit laba banyak. Kalau jalan mesti nak pintas sana pintas sini supaya cepat walaupun kita tau risiko jalan pintas ni tak pernah menentu. Sebab tu kalau hang tengok direct selling memang berjaya kerana sistem dia ngam dengan citarasa orang Melayu. Umpan sikit dengan BM atau Merc., siap macam ikan layar ligan tali joran.

Lee PakMat said...

salam.....mat....hang ni cerita pasai ikan layaq ligan tali joran,, maknanya hang ni minat pancing ler..du;u aku baca pasai candat..... jom bila2 kita p...

cbazmi said...

Kerana Mazlee dah cakap pasai candat ni, aku teringat masa tahun 2004 aku dengan bos dan staf pejabat pi candat sotong kat Pulau Perhentian Tganu.

Rupanya sotong minat sangat kat cahaya lampu kita orang, last2 kena candat.

Aku ingat nasib orang Melayu macam tu jugak la.

darah59 said...

Assalamualaikum saudara...

Betui sangat apa yang saudara cakap tu. Kerja yg baik susah nak buat. Well, dah cuba sekurang2 nya. Mungkin sikit masa lagi terbuka hati depa yg lain kut..Insyaallah.