Thursday, July 2, 2009

CANDAT DAN BAKAG SOTONG

Mengail memang jadi sebahagian tradisi hidup budak kampong macam saya. Cuma dulu pakai bog kail buluh la ni beli rod and roller canggih sikit la. Tidak kira di laut atau tasik atau sungai bahkan parit pun takpa asal ada ikan untuk disentak. Termasuk aktiviti ngail ni pun mencandat sotong.
Kalau nak pi candat ni masih musim dia lagi tapi dah kat hujung kalau di perairan pantai timog. Untuk perangat Mazlee, dihidangkan gambar-gambar membakar sotong sebagai santapan mata dimana ianya menjadi santapan perut kami pada bulan Jun tahun lalu. Lokasinya perairan Rantau Abang, Trengganu dan kami sewa satu chalet kat sana. Sewa bot untuk 12 orang RM1,200.00. Candat dari lepas maghrib sampai tumpu subuh. Tolak mabuk ombak sikit. Dapat 8 tong polystyrene medium size padat. Saiz sotong satu kaki everage. Besar lengan budak. dekat-dekat sekilo sekog.


Sotong memang kalah dengan cahaya. Kerana cahaya dia kena panggang kat api.









4 comments:

mazlee said...

Salam Mat....
Sejak aku di tukarkan dari Cawangan Pencegahan ke Cawangan Kawalan Kemudahan dalam jabatan aku ni, aku amat jarang sekali dah ke laut sebab masa tu terlalu banyak ditumpu untuk membuat kerja-kerja opis.. Geram aku tgk gambaq yang hang paparkan... Tahun lepas dalam bulan jun aku pun ada kat T'ganu atas urusan anak2 dan masa pun tak dan nak p bersantai mcm hang.
Dulu bila operasi saja, aku mula kumpul anak buah yang kaki mengai ikut aku dalam satu bot... bot mewah.. 4 juta lebih sebijik harga dia tapi hak gomen la...Sambil buat penyamaran sambil tu la mengai.. two in one.. Mcm hang kata la, boq kail tu kena cecah ayaq... dapat tak dapat tu belakang kira...
La ni aku tgh geram nak mengai 'Kelah'..satu-satunya ikan yang aku amat ingin utk mengai..aku tak pernah dapat lagi ikan tu...Jom ajak sapa-sapa memba kita yang nak p...Kalau kena dengan harinya, aku dikira termasuk dalam org yg setuju la.... kalau nak mengai gelama pun aku kira ok gak...
OOhhh ya.. Sejak dapat no phone kawan2 dari blog Kakja, ramai gak memba yang aku call, siap mengusik lagi, Pah, Basharah, sarehah, pak Din, Id, Azizah dan Zamri. Ada lagi memba kita yang akan aku kirimkan nama, alamat dan no. phone untk di upload dalam senarai nanti.. ok lah time dah teramat larut ni, mata pun dah mula kelabu, besok diawal pagi selesai membuat apa patut kena masuk kerja...

Salam untuk semua..


ps.
Tuan Che Azmi, tgk saja jgn dok senyum2..balik mai, ikut p mengai, Kakja, Noran, Ku Sopiah, sopiah, siti mariam, basharah, Osna dan ramai lagi kalau nak ikut...Jom, bawa la sapa-sapa meneman pun tak pa...

KODEN said...

Salam,

Penampilan pertama aku d laman Ibnu Saman Aljawari (ISA). Biasanya aku ni salah seorang penyokong setia blog darah59 saja tapi bila ISA telah melayari n menyumbangkan komen yg amat baik, maka terpanggillah hati ni utk menegur sapa dgn ISA.
Alhamdulillah pagi tadi aku pun talipon lah sahabat kita ni. Meringkaskan cerita, terjalinlah chemistry brotherhood SMJian. InshaALLAH kita akan berjumpa Mat!
Kalau boleh masa nak jumpa tu, kita keloi2 la kwn2 yg lain.
Sebenarnya aku nak minta maaf sbb aku tak kenai kebanyakkan yg dlm gambaq n nama yg dsenaraikan. Pak Din, Mazlee n Ku Azir saja yg masih clear d minda. Maklumlah aku ni junior 1 tahun dari hangpa. English medium pulak tu.
Tapi masa d SMJ dulu aku ada ramai "kakak Angkat" dkalangan pemain2 bola jaring team SMJ mcm Basyarah, Che Piah, Pah n Yati Daud n sorang lagi kalau tak salah nama Wan Mariam kot.
Maka terpanggil lah aku nak bertegur sapa n bertanya khabar dgn "kakak2" aku ni. Mungkin ada yg dah terlupa kot..., nama ikut I/c nya Zainuddin Idrus tapi d Jitra aku lebih dkenali dgn nama Koden.
Pakat2 lah hubungi aku d h/p: 012-3168555 or e-mail : zainuddin.idrus@yahoo.com
Teruja sungguh2 nak dengaq suara or (yg lebih baik) dpt berjumpa.

TQ Mat kerana telah membuka "lebuhraya" baru utk kami d darah59 utk reach out n meet more of our bro/sis of SMJ.

Wassallam,

KODEN.

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara2,

Minggu lepas aku kat PD dan Tg Keling. Jemputan Kak Ja pada hari sabtu pun tak dapat ditunaikan. Call saudara Mat pun tak jawab, agaknya tengah sibuk makan derian kut.

Terliok juga aku tengok sotong bakaq tu. Masa kat PD hari tu dapat jugak makan sotong bakaq tapi kecik-kecik saja tak puas pun makan.

Pasai Mazlee nak ajak mengail kelah tu .... aku duk sabaq saja pasai pancing aku dah tak tau letak mana.. Tq la mazlee

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Welcome Koden.
Kalau tak mau kena teh tarik kat Presint 8 ( pasai dia bandar besag) mike buleh mai kampung Jenderam di pinggir Putrajaya, dekat pokan Dengkil. Ada satu kedai catuk baguih punya. Lagi pung, doket Jenderam la ni musim buah cempodak. Buleh singgah kebun, kita ragas pokok cempodak. Branded punya, kalau tak caya tanya Yati Daud. Dia pulun habih, sekali dengan ramu-ramu kat rumah anak Kakja aritu.