Sunday, July 12, 2009

Cerita panjang Dari Sepang ke Jengka

Jarak Bandar Pusat Jengka dengan Sepang 200km ikut lebuhraya Karak. Selepas formula one sekitar Genting Sempah dan berperahu layar di sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT), saya exit di Plaza tol Chenor iaitu stesen XpresswayFees yang keempat dalam siri kembara saya Sepang - Jengka dan semuanya bernilai RM17. 30 satu hala. Oleh kerana tergesa, saya tidak dapat guna line kuning kerana kredit dalam kartu TnG kering. Rupanya sukar nak cari tempat refill di sebelah Timur ni.
Saya tiba tengahari. Anak manja saya tu ajak pergi Bandar Temerloh kerana ada hal yang perlu diselesaikan disana.
Saya tanya ' Mengape mesti pegi sana, kan ker Banda Pusat Jengke ade ? ( anak saya tak reti loghat Kedah.) Jom le kite ronde BPJ..katanya tak mau argue.
Saya pun berputar di bandar tersebut. BPJ... ini pertama kali saya memutar-mutar di sini dan terus teringat komentar seorang kawan yang katanya berbangga dengan BPJ sebagai lambang kejayaan ekonomi niaga bumiputera luarbandar... Bangga ? Bandar yang suram, rumput tidak bertebas. Lanskap bertabur. Maafkan saya, hati saya terguris - BPJ bandar kehilangan mercutanda.
Dalam musing-musing, saya kecemasan pulak, nak jadikan cerita. Sebagai Musafir masjid lah destini saya. Namun terkuak saja pintu-pintu, hajat saya tertunda. Tidak satu pun yang tidak belemoih. Hati saya terusik lagi...
Terus ke Temerloh sejauh 50km dari BPJ. Sesampai, rupa-rupa saya lupa hari Ahad pejabat tutup. Ini Pahang bukan Kedah daa. Perut pun jadi lapar dan berputar dalam bandar cari restoran. Makan sup tulang semangkuk ( tulang dua ketoi) dengan nasi putih separuh, harganya RM6.50x 6 = 39.00. Terkejut beruk bini saya. Biasanya di Pinggiran Putrajaya harganya dan lebih sedap pulak tu cuma RM4.00 sahaja. Sapa kata cost of living di urbanised area macam Sepang ni tinggi ?
Lepas hantar anak di asrama hari sudah lewat petang. Turun saja terusan LPT, kenderaan berjujut. Baru saya ingat lagi, hari Ahad semua orang pakat nak balik KL. Sesampai dekat Plaza tol Karak, seperti diduga terperangkap dalam Q lorong tunai nak bayar XpresswayFees ketika Siti Rokiah call HP nak singgah rumah. Tiga TnG saya baki semuanya tinggai RM2.00 tiap satu. Sambil merungut awat laa kaunter TnG ni terhad stesen dan time khidmat refill, saya buang 25 minit di Plaza Tol Karak. Saya rugi 24 minit 50 saat kerana biasanya bila pakai Smart Tag, saya perlukan 10 saat untuk lepas palang tol.
Lepas palang tol, bini kata sat lagi kat Bentong lagi teruk pasai dia berjuak dengan depa yang balik dari Lipis dan Bentong. Lepas tu di Gombak lagi sekali pasai berjuak lagi dengan depa dari Genting dan Janda Baik. Habis macmana ?
Kita ambik jalan pintas. Melencong ke Pekan Karak. Ambil jalan ikut pekan Telemong, Mancis, Simpang Kelangai, Kuala Klawang, Lenggeng, Nilai dan Bandar Salak Tinggi.
Hari sudah senjakala. Hujan pula renyai-renyai. Jalan bengkok bengkok lagi sempit. Kiri kanan hanya kebun durian dan kebun getah. Depan sunyi belakang pun sunyi. Tengok sign board , mak datuk lebih 130 km lagi nak sampai Lenggeng! Anak saya kat belakang dah mula komplain. lebih baik kena jem dari planta. Udahlah kecut perut kerana sunyi , gayat pulak diulit selekoh. Apa tah lagi damper 4x4 saya dah keluar minyak. Masing diam saja melayan fikiran.
Akhirnya jam 10.00 malam baru sampai di Sepang. Order Tomyam, daging merah, sayur goreng, telur bungkus, kailan ikan masin, ulam timun & sambal belacan, teh o limau ais untuk lima beranak baru RM 28.00. Jarak ikut jalan pintasan ini 260 KM.
Dari Sepang ke Jengka . Hanya 1 hari tetapi belajar 3 pengalaman.

5 comments:

KODEN said...

Salam,

Seronok dengaq cerita Mat melancong n melencong dari Sepang ke Jengka ke Sepang. Kebetulan nya, aku dah pernah harungi semua pengalaman Mat tu kecuali lah masuk ke Jengka.
Utk pengetahuan Mat, isteri aku org KUantan so pengalaman singgah Temerloh n "kena sembelih", jam atas lebuhraya, guna jalan Karak-Mimaland menang dah tinggai parut la kat aku.
Alhamdulillah, masaalah loading TnG aku tak kena sbb aku peka jalan tu so selaluny dah load cukup2 utk p balik dari d USJ lagi. Memang betoi kalau kita pakai Smartag, kita jimat banyak masa on the road (amboi bunyi mcm nak promo Smartag pulak).
P registration anak d UiTM Jengka ka Mat? Walau apa pun ni lah yg dikatakan komitmen ibubapa kpd anak2. Kalau ikutkan, beli tiket bas n bye2 kat Bangi pun ok dah.
Harap2 segala komitmen yg tak minta dibalas ni akn dihargai anak2.
Last but not least Mat, aku masih look forward nak jumpa sekali dgn Mat n bro/sis yg seangkatan dgn Mat. Kalau boleh atoq la sekali sebelum posa ni.

Wassallam.

KODEN

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara,

Dalam keadaan terdesak selalunya kita berfikir kita mempunyai idea yang lebih baik. Selalunya idea yang muncul tu tentulah jalan pintas. Akhirnya kerana nak pintas orang lain yang bersabar menunggu didepan kita, maka jadilah jalan pintas tu lebih bercelaru dan menakutkan. Lepas tu kita akan menyesal dan mula menyalahkan orang lain yang tak ada kena mengena.

Sebenarnya saya pun macam hang juga Mat, dalam situasi macam tu selalunya idea saya adalah jalan pintas dan potong.

Pasai makan kat Temerloh hang kena sembelih tu aku no komen. Isteri aku orang Kuala Krau Temerloh bapa dia ada restoran kat Kuala Krau tu,aku selalu makan free aja la...

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Anak aku baru masuk semester 1 dua minggu lepas .Banyak la benda yang masih belum selesai. Tu yang kena pi jugak tu.

Elok jugak kalau dapat adakan gathering tu sebelum puasa ni Koden, pasai lepas bulan lapan Yati Daud sah tak boleh join kerana posting ke L.A.

Aku tak tau hangpa dua ni menantu orang Pahang. Kalau aku tau tentu boleh dapat info sebelum musafir kesana.

Anyway, apanama restoran mentua hang tu Mie ? Jauh ka Kuala Krau dengan BPJ? Lain kali pi boleh la aku singgah restoran mentua hang tu dan cakap " saya ni kawan Che Azmi".

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara,

Kuala Krau tu lebih kurang 22 batu dari Temerloh menuju ke Jerantut. Sebelum sampai simpang masuk keFelda Jenderak Utara hang tengok sebelah kiri ada sederet kedai dua tingkat. Restoran Zainun tu bapa mertua aku punya la..

Kalau hang lalu kut situ hang singgah la . Boleh la aku belanja makan..

mazlee said...

salam...Mat hang cerita pasai pahang langsung aku tak dapat nak jampok. aku p Pahang ni boleh khera aja berapa kali. last sekali p Kuantan ambik anak aku balik dulu waktu dia d Shah Putra.
oklah mat nak tido dah.. satu lagi mat..tolong betoikan time kat blog hang.. aku rasa tak betoi la...
salam/.....