Sunday, July 19, 2009

PPSMI n UPSR

Sesudah PPSMI , UPSR pula dicadang mansuh.
PPSMI melibatkan isu bahasa. UPSR pula isu dasar pendidikan. Keduanya memberi natijah besar kepada masyarakat khususnya pendidik dan ibubapa. Saya melihat isu ini dari perspektif ibubapa kerana saya bukan seorang pendidik.
Bersetuju 100% dengan Pak Ungku ( Prof. Ungku Aziz) bahawa yang dikehendaki ialah belajar bahasa Inggeris, bukannya belajar subjek dalam bahasa Inggeris. Inilah kesilapan PPSMI yang mendapat tentangan ramai tokoh-tokoh bahasa, sastera dan akademik.
Kembali pada tahun-tahun 70an, pelajar sekolah kebangsaan Melayu bila hendak masuk aliran Inggeris disekolah menengah, mereka perlu masuk kelas remove setahun iaitu kelas persediaan belajar bahasa Inggeris untuk memantapkan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut sebelum menduduki LCE atau MCE atau HSC.
Demikian juga di ITM sebelum tahun 1980, bahasa pengantarnya seratus peratus Bahasa Inggeris. Pelajar aliran Melayu yang memasuki ITM ketika itu perlu memasuki kelas persediaan selama setahun untuk mereka belajar dan menguasai Inggeris, tidak kira apa bidang pengajian yang mereka ambil.
Hasilnya mereka bukan sahaja mampu belajar sains dan matematik semata-mata tetapi dalam semua matapelajaran bahkan mahir pula berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
Saya setuju kalau dikatakan Bahasa Inggeris amat penting sebagai bahasa komunikasi dan bahasa perdagangan global . Tetapi kalau dikatakan ia penting sebagai bahasa ilmu, sebenarnya masih boleh dipertikaikan. Sebab - kalau lihat orang-orang Jepun, China, Korea, Jerman , Rusia, Perancis, Poland semuanya mencapai kecemerlangan ilmu dalam bidang sains dan teknologi berasaskan bahasa ibunda mereka. Bahasa Inggeris cuma sebagai alat atau bahasa komunikasi dan perdagangan sahaja. Orang Inggeris sendiri pun memajukan bidang sains dan teknologi ini dari sumber ilmu tamaddun Arab. Kenapa tidak mereka belajar Arab untuk maksud tersebut? Ertinya, apabila berurusan dengan ilmu, bahasa ibunda relevan untuk maksud pembangunan dan kemajuan ilmu dan teknologi.
Secara peribadi pun, saya melihat ramai saintis, jurutera, akitek dll dari orang Melayu hari ni yang berstatus pakar dan mendapat Phd mereka di luar negara , mereka ini dulu dari aliran Melayu dan belajar Bahasa Inggeris sebagai satu subjek, bukan belajar subjek tertentu dalam Bahasa Inggeris.
Dalam isu UPSR pula, pandangan Datuk Razali Ibrahim ada benarnya. Kesan dasar ini telah mula kelihatan. Fokus pelajar dan ibubpa ialah 5A subjek teras demi maltlamat sekolah asrama penuh. Apabila ujud fenomena ini, subjek seperti sejarah dan tatarakyat atau pendidikan Islam akan terabai secara semulajadi. Benih ini disuburkan lagi pada peringkat PMR sebelum mereka disaringkan pula ke matrikulasi, maktab rendah, kolej-kolej tertentu dimana pembinaan minda dan jatidiri yang bersifat enau dalam belukar mula terbentuk. Benih ini kemudiannya dieram di universiti sebelum bercambah dimedan pekerjaaan apabila mereka memasuki pasaran kerja. Kesannya kita mula dapat melihat trend generasi muda sekarang yang mula cenderung kearah satu masyarakat yang cuba melepaskan diri mereka dari tradisi dan budaya bangsa. Yang kononnya maju dan dinamik, bebas dari unsur-unsur kuno yang ketinggalan dan sejarah tidak perlu dikenang-kenang. Sedangkan kesusasteraan dan sejarah sebenarnya alat pembentuk jiwa dan modal insan yang ampuh dan paling mujarab.

2 comments:

KODEN said...

Salam,

Sedap tajuk ni Mat. Sedap sbb kita adalah anak2 kampung yg menjadi living prove kpd 1 sistem yg diamalkan dolu-dolu. Sistem yg alhamdulillah telah memberanikan kita berbicara n berkomunikasi dlm bahasa Inggeris pada hari ini. Sistem yg tak menyesatkan kita bila berpeluang merantau ke negara barat.
Aku pun senada dgn hang bersetuju 100% dgn hujah Pak Ungku. Aku juga peka dgn beban berat yg dipikul oleh penggubal dasar dlm menangani isu ini. Luah mati mak, telan mati pak. Atas kesengsaraan nak buat keputusan tu, apa yg harus dibuat? Luah jgn telan pun jgn, Kulum saja la! Kulum Mati aku pulak!!!
Ringkasnya memang sukar utk mencapai satu titik pertemuan antara 2 school of thoughts. Ramai yg takut anak2 di kampung tak akan mampu menyaingi standard of english yg digunakan oleh anak2 metropolitan. Terumuslah satu formula to compromise for both parties.
Apa yg aku nak utarakan ialah tentang titik kompromi ni. Adakah kita perlu menurunkan standard english yg baik di metropolitan utk nak "kesian" kat anak2 kampung? Or should we "kesian" kat anak2 kampung by improving on ALL FACTORS CONCERN n tingkatkan penggunaan English d kampung?
Sekadar pandangan peribadi yg tak tinggi ilmiah. Hanya berteraskan pengalaman sebagai seorang anak kampung yg berminat utk "PANDAI CAKAP OMPUTEH" saja.

Wassallam,

KODEN

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Memang benar Koden. Mak, kita kasih. Ayah, kita sayang. Kalu diluah, mati emak sapa yang sanggup lakukan? Begitu jugak, kalau di telan pulak mati bapak, pun tidak ada yang akan melakukannya. Sudah tentu tidak ada anak yang suka dengan sengaja menyebabkan atau mahu kedua ibubapanya mati.So, sebagai anak, kena lah kita kulum walaupun perbuatan mengulum itu menyukarkan kita nak minum, makan dan berkata-kata. Apa yang dapat kita harap ialah sesuatu yang dikulum itu sifatnya mencair supaya pelan-pelan dia dilute, tak kira lah ke kerongkong atau meleleh ditepi bibir , asalkan tidak tertelan atau terluah yang boleh menyebabkan salah seorang emak atau bapak akan mati.
Dan inipun yang telah kita lalui dan sedang tanggung, sebagai seorang anak.....