Tuesday, July 7, 2009

Kelah Untuk Mazlee


Kelah memang idaman kaki mengai. Ikan eksotik ini habitatnya di sungai sungai pergunungan atau perbukitan yang airnya tidak tercemar. Kalau ada jeram lagi baguih ( bukan jeram Tunjang). Dia suka main air terjun. Suku sakat dia ikan Tengas dan Sebarau. Dulu masa rajin masuk hutan, selalu la dapat ikan-ikan ini. Masa tu jenuh sebab kita tangkap cara mengail saja. Tapi bila ada manusia-manusia yang loba, ikan-ikan ini kian pupus. Apa tidak nya , depa pakai racun, atau bahan letupan dan current letrik. Mana tak habih, sekali cucu cicit ikan dibalunnya. Kalau takat nak mengai saja, tak akan luak ikan tu. Inilah sikap sesetengah orang kita yang tidak pandai menghargai anugerah. Tidak mahu memikirkan orang lain sebaliknya kira diri depa saja.
Lee, aku nak cadang kat hang dan geng-geng Koden, kita team up pi tempat macam ni la. Kenyir ka. Endau Rompin ka. Lembah Belum ka. Amacam?

6 comments:

KODEN said...

Salam,

Aku ni tak pandai tentang pancing memancing tapi aku berminat kalau nak pi tempat2 yg gini. Masa aku kerja UUM dulu, adalah beberapa peluang masuk tempat2 gini sebagai pegawai pengiring aktiviti students.
Actually, aku la yg bagi idea kat budak2 outdoors utk buat aktiviti2 ni sbb aku yg minat lebih dari depa. Masa aku ikut XPDC ke Gunung Tahan, memang jenuh la makan kelah yg di pancing guna tali rafia dgn kail pin baju saja. Umpan nya pulak..., ikut dan saja. Biskut 4 segi pun jadi.
InsyaALLAH kalau kena timing nak pi Kenyir ka, Kuala Tahan ka, Kuala Trenggan ka, aku teringin nak menempek. Hangpa mancing la, aku nak syok nikmati nyaman hutan saja.
Wassallam,

KODEN.

mazlee said...

salam Mat..........
best sangat ler kalau yang memegang ikan tu 'aku'....
Bulan lepas, satu ekspidisi dibuat oleh Cawangan Pencegah Kastam Penang ke hutan belum. Aku tak dapat ikut sebab ada kelas... 20 orang yg p.. gambar kelah yg ditangkap mak datok punya ler best, teringin sangat aku tapi aku pesan juga kat memba2 tu..agar amal kan 'tagal' sebab membazir kalau tak makan, tamak namanya tu... betoi dak?
Aku pun kalau kena masa dan keadaan tentu tak lepaskan peluang nak p..jommmmm....Kalau nak p Belom aku cuba2 risik kat sini mcmana caranya....

KODEN said...

Salam,

Adoi setakat ni blog ni cajap tajuk2 buat aku telioq saja. Ikan kelah la, candat n panggang sotong la n kat tajuk bawah ni, Mat jemput aku p teh tarik n panjat pokok nangka pulak.
InsyaALLAH mau join. Organise la satu sesi. Ajak 3-4 kerat lag kerabat2 SMJ. Tapi weekN ni tak boleh sbb aku atoq 1 Hi-T d Kelab Shah Alam, 3 ptg. Ahad ni, utk kerabat SATS n SMJ baya kami. Tapi tu tak bermakna Bro/sis yg setahun senior tak boleh mai. Jadi d sini aku panjangkan jemputan kepada Mat n sapa2 lagi yg baca blog ni ke Hi-T ringkas n bersahaja ni.
Maaf kerana notis yg tergesa2. Alasan nya, rancangan ni pun dbuat n dpersetujui dgn tergesa2 atas sbb2 yg panjang utk d explainkan.
Minta semua yg berminat nak join hubungi aku hari ni juga utk melancarkan urusan tempahan tempat n menu.
Harap2 dapat lah respon sorang dua abg/kak yg baca komen aku ni.

Wassallam.

KODEN

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Salam.

aisaymen... mesti cun kalau dapat join hangpa semua. Dapat kenai lebih rapat. Lebih mesra. Namun apa kan daya, aku kena pi Bandar Jengka Pusat di Pahang nuu untuk uruskan satu hal anak yang sedang mengaji disana.

Tchusss....
ISA

A`madudin Mohd Arshad said...

Nak mancing? Tetiba aku pun minat jugak laa, sebab Kurniawati suka mancing jugak,, hahahaha kodennnn... Aku pernah la juga beli rod and reel ni, masa skolah2 sekali beli.. pastu masa dah kawin, saja nak join memba2 Kg Pasir Baru Petaling yang suka mancing di Port Klang. La dah tadak dah joran tu, aku sedekah kat anak orang. Aku hanya dua kali saja dapat ikan dengan joran ni, ikan err... err sat nak ingat,, aa ikan tampin, eh ,, bukan,, ikan patin. besark juga, baru la best kalau mancing, kalau ikan kecik2 aku tak berapa sronok nak tarik... tak rasa apa fight langsung.
Eh minta maaf laa pulak, masuk2 terjah teruih ker tajuk.. lupa nak bagi assalaamualaikom. Mungkin Mat ni tak kenai aku kot pasai aku masuk SMJ pun masa Pom Pai dah, tentu lah Cek Mat kita dah tamat sekolah, tak kaa gitu? nak celoteh panjang2 lain kali laa kot? Salam pada mazlee juga dan kamal kalau depa mai jengok di sini.
ASSAALAAMUALAIKOMM

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Never mind Madud,

Kat Port Kelang tu dulu banyak ikan Siakap Merah. Kalau pakai umpan udang hidup, peranyut dekat lubuk yang ada reba sikit masa air nak pasang, hangpa tengok dia sambag. Aku dulu pun memba kelab pancing port Kelang. Kami ada parkir bot sendiri. Hampir tiap minggu menjadi penunggu lubuk. Tapi paling syok pancing ikan talang. ikan ni kalau terasa mata kail saja , dia akan terbang macam ikan layar. Cuma tak syok, dagin dia tawag sikit, kena buat ikan kerin, bubuh dalam plastik dan gantung macam kat gerai di Tanjung Dawai.