Saturday, July 25, 2009

H1N1 vs NIPAH

Tidak semena- mena puteri saya mesej dari Jengka. Nak balik kerana dapat cuti seminggu. Ribut tidak hujan pun tidak, apalagi salji – tiba-tiba dapat cuti. Tanya pi tanya mai, rupa-rupanya Tsunami ba alip ba ya.

Ekoran 4 kampus nya tercemar, IPTA tempat perguruan anak saya itu mengambil langkah awal berjaga-jaga. Cegah selalu lebih baik dari rawat. Tepat sekali tindakan IPTA tersebut, setidak-tidaknya mengilatkan lagi pedang H1N1 itu yang sedia menyilau-nyilau. Setakat ini di Malaysia sudah lebih 700 kes mangsanya terguris, belum ada yang terpenggal.

Balik ketahun 1998 , Bukit Pelanduk dan Sg. Nipah tiba-tiba jadi glamour. Silauan kapak buruknya tidak pun merentas selat Langkawi, tetapi dari dari 265 orang mangsa yang dirabanya, 105 orang mengucapkan selamat jalan. Baki yang lain walaupun selamat tetapi tidak sejahtera dan hidup sampai hari ini dalam keadaan tercemar sangat teruk. Mereka lumpuh , bisu dan hilang daya ingatan. Demikian hebatnya virus Nipah – locally produced compared to imported H1N1. Tetapi as usual, local ones aaa not branded ma.

Saya pulak hari ini nak jumpa kawan-kawan SMJ dengan menumpang lagi. Kali ini majlis kawin anak menakan Mazlee di Dewan Beringin tidak jauh dari rumah CheAzmi dekat Gombak atau batu Caves. Tapi saya lebih prefer sebut Batu Caves pasai disitu tempat saya servis Isuzu saya.

Saya nak ucap terima kasih kepada Mazlee. Atas initiative nya, dapat sekali lagi jumpa kawan-kawan lama dan repeat lagi cerita lama macam tv tayang cerita P.Ramlee. Tak cemuih-cemuih actually. KakJa tentu jealous habis pasai tak dapat joint Yati dan Makalang CT. Namun apa yang terlebih teruja dari segala semua yang teruja ialah dapat jumpa Koden dan Madud for the first time. Pasai, Koden sanggup tunggu sampai lauk kerin ditangan kerana nak melihat wajah saya dan Madud pulak tergamam sehingga kehilangan kata-kata.

Masa balik Hashim tumpang. CheAzmi ajak singgah rumah dia. Mengambil kira lokasi dan route yang dia kena lalu hari-hari nak ke Bukit Aman, saya tabik dia sekali oleh kerana tahan sabarnya selama 12 tahun menanggung sesak di jalanraya. Dia gelak besag mendengarnya. Rupe-rupe dia naik cup chai pi korje. Mana nak jem… Betoi la dia ni. Dia buat KL macam pekan Tanah Merah kampong dia tu , kayuh gerek lanca celah kebun getah. Sebab tu hang jangan heran Koden, rugger player ni depa memang born rugged.

Lepas kena neskopi dirumah CheAzmi, hantar Hashim di Jalan Ampang. Anak saya telefon dah sampai kat stesen bas Jalan Pekeliling. Dari Ampang saya calculate jalan mana yang bebas dari jem untuk ke Stesen Pekeliling sebab masa lalu ikut Jalan Tun Razak tadi, kenderaaan udah berongkoi macam gerabak keretapi. Ada orang kata masuk pusat bandar lebih selamat.

Sekali lagi saya terkena. KL ni kalau jem memang tak ada medan atau ruang bahkan liang sekalipun memang sukar untuk meloloskan diri.. Toksah dok lencong sana pintas sini. Serupe saje…..at the end of the day, the old same story….. line kunig ka merah ka biru ka depa terjah buta juga…..

5 comments:

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara,

Buah cempedak yang ikut hang singgah kat rumah saya dah kena goreng.

Manis sungguh cempedak hang no.. Anak dengan cucu aku berebut-rebut. Nasib baik yang tertinggal tu tiga biji, puas la jugak makan.

Apa pun, terima kasih daun keladi la Mat.

madud said...

Tiga biji? waahh , banyak nya hang lantakkkkkkkkkk? hahahahaha,,, aku kalau tiga ulas, cukup laa sekadar menghilang idam. heheehee ,,

kalau nak blajark cilok2 jem, mai aku bagi tips,, hahahaha

KODEN said...

Salam,

Mula2 aku nak ucapkn terima kasih kat Mazlee yg tak terhingga kerana telah menjemput aku ke kenduri kahwin anak penakan dia lantas membuka 1 lagi episod dlm usaha kita bersama utk memperluaskan silaturahim anak2 SMJ.
Ringkaskan cerita, berjumpa lah aku dgn CBAZMI n Mat Md Saman. Aku amat teruja dgn perkembangan baru ni. Jadi, aku harap jemputan MakLang yg aku dah panjangkan kat bro/sis DARAH59 akan mendapat sambutan positif.
Next, aku perlu MakLang or Mat utk bagi alamat hi-T tu nanti n time utk berkumpoi.
Wassallam,

KODEN.

Anonymous said...

salam...
boleh bagitau tarikh sebenar h/kopi di umah Maklang..
salam

Anonymous said...

Anonymous said...
salam...
boleh bagitau tarikh sebenar h/kopi di umah Maklang..
salam

July 27, 2009 6:37 PM
7hb ogos