Sunday, July 19, 2009

Jumpa grup Koden di rumah Maklang CT

Menyahut cadangan Koden, Maklang CT sedia menjadi tuan rumah untuk kita bertamu di rumahnya di Jalan Enggang Utara, Taman Keramat, KL. Beliau jemput semua grup 59ers bersama untuk hadir majlis HiKopi pada petang Jumaat 6hb Ogos 2009. Specific time akan dibagitau later. Kita wakilkan kepada Koden untuk runtun kawan-kawan dia tu.

CheAzmi, Hashim sila lock your diary. Munir tak mai Serdang Ka? Saya nak tamabah Mat Aris Bachik sorang lagi. Mazlee lepas kenduri anak menakan jangan balik dulu ke Penang. Kawan-kawan lain yang kebetulan turun KL pada tarikh tersebut atau kalau memang niat nak turun ke KL kerana itu dari seluruh pelusuk negara, semuanya sangat dialukan seperti Ramli dan Kakja yang akan turun dari Jitra.

Jumpa kalian disana.

10 comments:

cbazmi said...

Salam saudara,

Aku insyaallah kalau tak ada aral yang melintang sampai la sana.

KODEN said...

Salam,

Alhamdulillah ada langkah telah dibuka kearah mengirat n mengakrabkan silaturahim anak2 SMJ. Aku terkejut tengok nama aku dah jadi tajuk dlm blog Mat. Pada masa yg sama aku happy sbb satu lagi chapter baru dlm penghayatan semangat anak2 SMJ akan terlakar.
InsyaALLAH akan aku war-warkan kpd geng darah59. Nak kena kompom betoi2, berapa orang yg nak dijemput ni Mat? Geng darah59 ni kalau dah berjumpa, makan minum bukan lagi jadi agenda. Gelak ketawa n detik2 nostagia saja yg menjadi tajuk semasa.
2-3 hari lepas Mazlee talipon aku n bunyi seronok aku mula berinteraksi dgn blog ISA. Terus terang aku beritahu Mazlee yg aku tak kenai pun Mat (tapi Alhamdulillah dah berbual di talipon). So aku tanya pula CHAZMI yg mana satu? Lee cakap dia ni Rugby player masa di SMJ dulu. Bila dengaq rugby ni aku tersentot sikit. Dlm otak dok pikiaq dia ni sah "MaT Kahaq" gila2 ni (kalau tak, camna nak main rugby?). Hehehe. Chazmi tolong jgn marah noooo, melawak saja!
So..., moral of the story, nanti jumpa, minta maaf lah kalau aku/kami langsung tak ketahuan punca.

Wassallam,

KODEN

Siti Rokiah Salleh said...

Mad,
Jumaat tu bukan 6 ogos tapi 7 ogos.
Silap hb kita...

OK saya jadi tuan rumah, tapi dekat-dekat tarikh tu bagi tau lebih kurang berapa orang semuanya.
Sajalah senang nak buat persiapan. Saya dan Kak Ja akan masak.

cbazmi said...

Salam saudara Mat dan Koden,

Saja nak bagi tau kawan2, masa main ragbi untuk SMJ saya pakai baju No.15 duduk barisan pertahanan dibenteng terakhir.

Saudara Koden kita ni pemain rugbi juga ka?

mazlee said...

salam semua....
Nampak gayanya sambutan agak menarik jugak tu...tapi tu la...aku ni tgh dok pikiaq masa tu aku free dak tak tau.. takpa kalau tak ada apa-apa aral tu aku juga kan join..
so kesempatan ni aku ambik menjemput mana yang tak terkena jemputan melalui sms hari tu dengan hormatnya sekali lagi aku menjemput semua ke majlis perkahwinan anak saudara aku Nur Hidayah bt Rosman pada 25 Julai 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Gombak Selangor. Mailah ya..boleh le jumpa mana2 yg belum pernah jumpa tu..
Mat... sorilah guna blog hang buat promo ni....jgn mare...
salam...

madud said...

dekat sangat dah ngan tempat aku ni. rumah kak aku pun kat AU2A/19, rumah adik ipark kak aku pun dekat2 ngan masjid tu. InsyaALLAH aku pun mungkin turut serta.

madud said...

takkan sama2 main rugby tak kenal team mate?

KODEN said...

Salam,

Mi n Dude, aku tak main rugby utk sekolah pun sbb tu Mi tak kenai aku.
So Dude, aku tak perlu jemput hang dah la ya???

Wassallam,

KODEN

mazlee said...

salam kawan dan teman ku....
Terima kasih atas kehadiran pada majlis perkahwinan anak penakan aku siang tadi....
Che Azmi tetamu aku yang pertama sampai bersama sorang cucu yang cukup comey...pas tu dia balik ...pas tu mai lagi tunggu kawan2 lain..Koden bersama isteri Cikgu Musalmah, Mad Mat saman.sampai..Lepas bual2 panjang Koden minta diri kerana masih ada tugas2 lain yang perlu di bereskan.... terima kasih kehadiran tuan bersama isteri...Madud sampai kemudiannya dalam keadaan berpeluh2, letih kelihatannya, terima kasih madud..
Yati dan suami datang bersama dengan Hashim..Aku tgk Hashim dok macam tu gak handsome dan tetap macho..Maklang CT Rokiah sampai sampai 10 minit kemudiannya...
Banyak yang dibualkan dari soal dan cerita sekolah rendah hingga ke menengah sampai le soal kerja..dan berkenaan dengan perjumpaan nanti 7 Ogos di rumah Maklang juga diperbincangkan...
Yati Daud, dari tahun 1973.. ni la baru jumpa.. 2009 tolak 1973... dah lebih kurang 36 tahun tak jumpa, ramah yati tetap mcm tu gak, tak terasa langsung masa bergerak pantas dan Ct Rokiah juga mesra..
Aku ucapkan terima kasih pada yang hadir memeriahkan lagi majlis ini.. pada Harison, Fatimah, Gah dan kawan2 lain yang tak dapat hadir, mungkin kita dapat berjumpa di lain masa, InsyaAllah bila di izinkan nanti....
salam untuk semua teman...

Anonymous said...

Koden tak main rugby, dia tera main tenis, kalau menyanyi lagi tera grup 5CC Revival. Ada sapa2 main rugby utk SMJ 1969-1974