Tuesday, June 9, 2009

TAHNIAH UNTUK KAKJA DAN SUAMI

Hari Ahad 7 Jun 2009 bukan saja hari penuh bermakna kepada pasangan pengantin Faiz dan kedua ibubapanya Hj. Ramli dan Hjh, Aliyah, tetapi turut dikongsi bersama oleh kami. Saya mencatatkan detik ini sebagai satu antara tarikh paling bersejarah dalam tradisi balik kampong sepanjang tempuh 30 tahun merantau keluar negeri Kedah.

Saya hadir dengan berkonvoi bersama Munir yang datang dari Sg. Patani dan Che Azmi yang baru sampai dari KL.

Seperti diduga, ramai melapangkan diri meraikan detik ini dan kami bertemu semula sesudah 36 tahun – kata Norhayati Daud yang kalau bertemu di jalanan 99% saya tidak lagi mengenali beliau. Sudah tentu pertemuan kali ini dalam suasana dan wajah yang hampir 100% berbeza.

Kawan-kawan lain yang turut kelihatan ialah Mazlan Sudin, Ahmad Jaafar, Husin Putih, Ku Azir, Hashim Ismail, Wan Salim, Loh Kim Hua @ Mohamad Ikram Loh , Zakaria Ahmad, Mohamad Rahim, Ahmad Tajudin Yahaya ( Pak Din), Chai ( budak Sarawak ) Siti Rokiah Saleh, Noran Harun, Osma Harun, Fatimah Md Zain, Basharah Husin, Siti Mariam Hamzah, Shatirah ( DJ RTM Kedah) dan paling istimewa sifu subjek sejarah kami yang juga seorang sasterawan Cikgu Zainudin yang kini menjadi pensyarah di UUM.

Walaupun berkongsi dengan majlis kenduri Kakja dan dalam tempuh yang amat singkat, pertemuan semula ini amat bermakna. Ada yang mencadangkan agar pada masa depan diadakan majlis khusus pertemuan semula ini dengan mengesan lebih ramai kawan-kawan yang masih tidak terkesan.

Apapun pertemuan di rumah Kakja diharap menjadi titik tolak untuk pertemuan semula lebih tersusun di masa akan datang. Mungkin boleh dijadikan agenda tahunan sempena cuti raya atau cuti sekolah hujung tahun.

Tahniah kepada Kakja dan suami Hj. Ramli ( classmate Ting. 6 Rendah) kerana mencetuskan idea ini dan menjadikan kenduri beliau yang pertama seumpamanya. Tahniah juga diatas kehadiran anggota keluarga baru – seorang menantu perempuan . Moga Allah merahmati kita semua.
NOTA : Rakaman visual ada di laman SAHABAT HANDAI.

11 comments:

Koleksi Rencana said...

Tahniah dan t kasih atas kesungguhan mengumpul kawan-kawan. Saya cadangkan agar blog ini senaraikan nama kawan-kawan dengan no tel. Kawan-kawan lain boleh tolong tambah dari masa ke semasa.

Husain

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Terima kasih. Akan diusahakan. InsyaAllah.

mazleeahmad said...

Assalamualaikum....
Sayu saya melihat gambar yang di paparkan dirumah kenduri saudara kita Pn. Aliah Ramli(Kakja).. Ramai teman berkumpul, ada yang masih saya kenali dan ada yang dah saya lupa wajah-wajah yang kali terakhir dilihat dah lebih dari 30 tahun yang lalu.....
Apa pun tahniah pada kakja kerana menerima menantu..
pada Ahmad saya ucapkan terima kasih kerana nama saya tetap dicatitkan sebagai teman (Dlm artikel Semasa d SMJ)... InsyaAllah kalau dipanjangkan umur kita mungkin bertemu dilain masa..Saya menunggu saat-saat itu kiranya dipanggil untuk apa-apa gathering nanti....

Salam saya untuk semua...

mazleeahmad\
012 4231661

cbazmi said...

Saudara Mat yang dikasihi, mana senarai nama-nama sahabat kita yang lain tu. Kalau susah-susah sangat scan saja kedalam blog hang ni.

sitirokiah said...

lepas ja kenuri kak ja... saya mula ikuti blog anda, sampai sekarang saya masih menunggu
gambar2 yang selebihnya... selain itu ada tak gambar zaman kita budak2 dulu yang kita boleh share. kalau ada tentu seronok... tersingkap kenangan lalu...

Anak Jeram said...

senarai nama rakan-rakan dalam proses mengedit.Dont worry akan dikirmkan sebelum 4 July 2009 kepada sahabat kita . Minta Hussain Putih hantar alamat dan no. tel

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara,

Terima kasih la bawa Munir dan Mazlee ke Tempat saya hari tu. Hang tak tanya ka apa minyak rambut yang Mazlee pakai sampai seurat rambut putih pun tak ada kat kepala dia tu.

Satu lagi yang aku nak kepastian ialah adakah cermin mata yang dia pakai tu cermin mata yang dia pakai kat SMJ 36 tahun lalu ka, kerana aku tengok bingkai yang dia guna tu agak sama la.

Kalau dia orang datang lagi hang jangan lupa call, aku nak join sama sembang kisah-kisah yang belum tercatit dalam buku sejarah tu...tapi betoi ka apa yang mazlee cakap tu.. rugi betul la dia ya.

cbazmi said...

Assalamualaikum saudara, boleh tak hang bagi bayangan kat aku siapa Ismail Ibrahim kawan kita tu. Sbb aku ada kenai seorang nama Ismail Ibrahim orang Kedah tapi aku dah lupa langsung kawan kita yang hang sebut tu. Nak tanya dia aku segan takut salah orang.

Hello aku tau.

Tq.

mazlee said...

salam semua...
Mi..ng perli aku ka? hang tau la lagi byk kerja lagi putih ler rambut aku... Spek aku ni kalau nak kira la aku ingat yang ker 30 dah kot tapi fesyen tetap sama la..yang tak sama tu harga dia.. tahun 70an buat spek RM35 aja, la ni, makdatuk lebih dari 1/2 ribu, aku pilih yang paling murah punya..hehehehe...apa pun aku senang sekali dapat jumpa hang, Munir dan Mat saman hari tu..
harap lebih ramai lagi kita dapat berjumpa nanti...

wassalam...

attarturk said...

Salam semua

Sitirokiah boleh layari..darah59.blogspot.com..banyak lagi crita dan gambar2 kenangan lalu

Wasalam

Jamaludin Abu Bakar said...

Aku jumpa Kak Ja dirumah kenduri Jamilah Mat Isa di utan kampong dia tak habaq apa pun kalut kot no