Friday, July 23, 2010

PELAJAR, IBUBAPA, GURU,PPD DAN MENTERI

Kisah 1.
Terbaca dalam Metro hari ini. Kisah seorang ustadz membogelkan anak muridnya dan mencocok ponggong mereka dengan lidi sebagai hukuman di atas kesalahan dilakukan murid berkenaan.
Kisah 2.
Minggu lalu saya bertemu seorang rakan. Ceritanya juga sama. Seorang Ustadz di sebuah sekolah Menengah Agama telah menghadiahkan penampar return ticket di muka murid murid lelaki kelas anaknya kerena kesalahan bising. Dan anaknya mendapat double return ticket sebab bertanyakan kenapa dia ditampar sedang yang bising orang lain.
Kisah 3.
Semasa anak sulung saya di sekolah rendah dulu, ia pernah didenda oleh guru bahasa Inggerisnya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dirumah dengan melondeh seluar dan mengarahkan memakai kembali dalam keadaan terbalik sehingga waktu balik sekolah. Ketika menjemputnya tengahari saya sangat terkejut melihat dia menangis malu kerana menjadi tontonan awam. Saya tidak menyerang guru tersebut sebaliknya saya membuat sepucuk surat aduan mengenai kes itu dan menghantar kepada guru terbabit dengan satu salinan kepada Guru Besar dan satu lagi salinan kepada Pegawai Pendidikan Daerah. Kes ini menjadi riuh rendah dan topik bualan hangat di kalangan guru bukan sahaja di sekolah tersebut tetapi sekolah berdekatan.
Saya bertanya kepada rakan-rakan saya yang kebanyakannya dari kalangan guru sekolah rendah, menengah dan juga pensyarah universiti. Kenapa hal begini boleh berlaku. Kenapa tidak dijalankan hukuman mengikut cara yang dibenarkan syara' iaitu merotan macam dulu dulu. Apakah kualiti sahsiah pelajar sekarang di tahap membimbangkan.
Jawapan yang saya dapat hampir sama. Berbagai pengaruh terdedah kepada pelajar dan terdapat berbagai kekangan yang perlu dipatuhi guru. Itu yang menyebabkan adakalanya mereka bertindak luar batasan kerana sudah tidak tertahan memendam rasa.
Kalau begitu siapa yang perlu bertanggung jawab. Ibubapa. Guru-guru. Pemerintah atau masyarakat?.
Selepas sekolah rendah saya menghantar anak saya ke Methodist Boys School di KL dibawah program Yayasan Selangor. Apa yang memeranjatkan saya ialah pelajar-pelajar Islam di sekolah berkenaan diwajibkan solat pada setiap waktu solat dan sesiapa yang yang gagal berbuat demikian diberi merit maxima 3 kali sebelum dihukumkan dengan hukuman merotan. Ini lah tempat di mana saya melihat anak-anak Muslim dihukum oleh orang bukan Muslim kerana kesalahan beragama mengikut kaedah hukuman agama Islam. Tidak kah ini memalukan umat Islam khususnya Ustadz-Ustadz di sekolah agama yang menghukum murid-murid mereka dengan kaedah hukuman yang diharamkan syara' semata-mata kerana kesalahan lebih kecil berbanding meninggalkan solat! (Menampar mana mana bahagian muka dan menghukum sehingga memalukan atau memudaratkan pelaku adalah dilarang di sisi syariat.)
Saya teringat kepada sepotong nas sabit dengan janji Iblis bermaksud " aku akan mendatangi dan menyesatkan manusia mengikut kedudukan mereka iaitu ulamak cara ulamak, peniaga cara peniaga, pemimpin cara pemimpin dana orang awam cara orang awam - mengikut makam masing-masing."
Sebab itu lah agaknya Ustadz bertindak seperti GB bukan Islam dan GB Bukan Islam bertindak seperti seorang Ustadz.

1 comment:

cbazmi said...

Salam Mat,

Apa yang Mat utarakan agak menarik minat saya. Selalunya kes macam ni orang akan akui tetapi akan mengklasifikasinya sebagai kes terpencil.

Menghukum dengan cara yang tak wajar, salah dan tidak ikut syariat islam. Walau dalam keadaan apa sekali pun tak sepatutnya dibiarkan berlaku.

Tapi sebanrnya Mat kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa dalam apa-apa perkhidmatan pun baik polis ke, askar ke hatta kepada perkhidmatan guru sekali pun terdapat juga kalangan mereka yang menjadi kerbau pembawa lumpur. Cuma jangan kita ingat semua orang sama sudah la.

Pasai sekolah methodist yang mempamirkan amalan lebih baik dalam mempamirkan kaedah mendidik nampaknya kalangan pendidik kena berani dan cari jalan la mcm mana nak buat dengan sekolah Melayu supaya kaedahnya lebih baik dari itu.
Mungkin Persatuan ibubapa dan guru yang patut mainkan peranan. Nak harap guru saja buat rasanya sampai bila pun tak akan tercapai la. Ibu bapa pun kena bertanggung jawab juga untuk membentuk anak2 mereka.

Tq.