Monday, July 12, 2010

SOTONG KURITA

Musim sotong masih bersisa di perairan Trengganu. Mencandat sotong sebenarnya aplikasi teknik menipu hidupan tersebut. Dengan menggunakan silauan cahaya lampu dan mata kail umpan tiruan maka berkilo kilo sotong dapat dinaikan dari satu satu lubuk. Ertinya sotong bukan lah haiwan bijak dan ia sebenarnya mudah tertipu oleh manusia.
Namun dalam era milanium sotong menjadi ikon pulak kepada segolongan orang atau negara. Sempena Pesta Bola Sepak Sedunia yang baru berakhir, seekor sotong kurita diguna untuk membuat ramalan nasib pasukan yang bertanding. Dengan izin Allah, kebetulan pula ramalan ramalannya menepati keputusan keputusan terhasil. Maka serta merta sotong yang di beri nama Paul ini menjadi masyhur. Ada negara menjadikannya ikon pencapaian bolasepak negara mereka. Ini diumumkan sendiri oleh pemimpin nombor satu negara tersebut. Hebat.
Namun apa yang lebih menarik ialah ada negara yang menuntut hak pemilikan keatas sotong kurita ini semata mata kerana ia ditangkap di perairan negara mereka. Pertarungan nampaknya belum berakhir dan selepas ini ialah fasa merebut hakmilik sotong kurita pula.
Kita harap umat Islam tidak tertipu daya dengan silap mata syaitan ini. Jangan sekali kali kita sampai meyakini atas wibawa sotong tersebut, samada secara sebutan apatah lagi secara perlakuan.
Dari satu aspek lain, kalau kita ingin mengambil iktibar, ialah sekiranya kita hebat dan berwibawa atau mempunyai sesuatu yang luar biasa, maka semua orang akan berlumba lumba menghampiri kita, mengakui kita saudara, atau rakyat mereka atau sebagainya. Jika sebaliknya tidak siapa yang mahu peduli dan akan mengakui, hatta adik beradik sendiri.
Apa apa pun jangan kelak nanti ada orang Melayu menamakan anak anak mereka dengan nama Paul Qurita..

4 comments:

Ku Azir said...

Betul Mad,begitulah adat di dunia, yang berada disanjung,yang tak mampu dipijak-pijak. Moga kita tidak termasuk dalam golongan berfikiran begini..nauzubillah. Ana rasa nama mad cadang tu mesti ada mat saleh tiru nanti.Jangan ada mat melayu terikut-ikut pula.

madud said...

salam alaikom mat. lama tak komen di sini..... nampak tajuk mai pulak ilham, entah boleh pakai ker tidak tak tahu lah..

cuba try test tengok lahh

betoi betoi dan betoi, lagi betoi, ialah berita2 mengenai sotong kurita yg di siarkan, seolah2 mengajak kita meniru perbuatan mereka seperti menuntut hak yang samar2 itu. Tambah pula ahli2 politik yg suka menangguk di air keroh nak cari populariti dan penyokong tegar yg taksub, jadi lah satu formula untuk melemahkan umat.

sebenarnya, bukan berita sotong kurita saja, tapi banyak berita2 dari barat yg perlu kita tapis dlm pala otak kita sendiri... :)))

cikMilah said...

Lega dah.. Alhamdulillah pesta bola dah habis! Saya takut sangat masa tu - takut turun bala Allah sbb seluruh dunia melimpah judi, maksiat, arak...

ehem... nmpak dah Presiden kami masuk TV3 masa malam bola final tuh?

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Tah lah Milah oiii..pasai bola orang sanggup bejegay sampai subuh lepas tu mengantuk tak solat subuh..kalau tak silap saya sejarah bola ni agak menarik..tak tau la betoi ka tidak..Depa kata asal mai permainan ini ialah pesta meraikan kejayaan musuh musuh Cucu Rasullullah Saidina Husin yang kepalanya dipancung kemudian depa buat sepak macam bola..itu sebab saya tak minat bola sepak tu..