Thursday, June 24, 2010

NASIB PENGGUNA

Nasib pengguna sentiasa malang. Dalam sistem ekonomi kapitalis, mereka sentiasa di tindas. Penindasan ini menyimpan elemen-elemen kejam dan zalim di sebalik kata-kata manis atau alasan tertentu yang disabitkan dengan pihak ketiga. Di akhir hujah dan perbahasan berjela-jela, pengguna juga akan dipersalah dan harus menanggung beban.
Baru -baru ini saya mahu memperbaharui insuran kereta lama saya berusia 19 tahun. Biasanya tiada masalah. Tapi kali ini terdapat berbagai syarat dan peraturan. Pertama, kereta lama bawah 20 tahun kena ambil insuran komprehensif atau first party. Atau kalau nak ambik third party pun boleh tapi bayaran premium hampir sama. Jumlan diinsurankan pula tidak boleh kurang dari RM10,000.00. Bagi kereta lebih 20 tahun kena ambik third party tertakluk kepada kuota yang diperuntukan. Jika tidak, tidak boleh. Ertinya tidak boleh untuk memperbaharui cukai jalan. Dan sudah tentu lah yang menaggung bahana ini ialah rakyat marhaen TERPAKSA menggunakan kereta-kereta lama pasai tak mampu beli kereta baru.
Isunya, apakah agenda disebalik semua ini? Apakah ada pengaruh dan tekanan dari pihak tertentu demi kepentingan pasaran atau laba, tetapi secara halus supaya menghapuskan penggunaan kenderaan lama. Seperti kenaikan harga kereta kereta asing berkali kali ganda kerana melindungi pasaran kereta nasional.
Contoh lain yang sangat relevan ialah gula. Kita negara kaya dan makmur. Paling tidak kita mempunyai keluasan tanah yang lebihd ari mencukupi untuk membuka ladang tebu dan memproses gula. Tapi pasai apa gula dok tak cukup juga. Tenaga kerja kita melimpah ruah. Tanah kita subur tidak macam di Ghana atau Uganda. Singapura negara kecik yang tanah setengah kangkang anake kera, tapi awat depa tak dak semua masalah macam ini?
Kalau nak difikiagkan, enjin kereta kalau tip top, boh minyak hitam, dia tak akan susut dengan mudah dan banyak. Tapi kalau boh 4 liter, sebulan tinggai dua liter, wajib ada tireh tang mana mana..
Ini lah yang menjadi tandatanya.. dan sehingga tanya tidak berjawab maka pengguna sokmo kena naya..

2 comments:

cbazmi said...

Salam Mat,

Memang nanya kes nak renew insuran kereta nih. Aku ada dua buah kereta buruk diguna oleh isteri untuk meniaga dan satu lagi digunakan oleh anak.

Pasai kurang guna dua2 kereta ni dulu aku duk ambil 3rd party saja. Malang berganda tahun ni kena ambil 1st party pulak. Mana nak korek duit banyak2 tu.

Tak dengaq pulak orang duk protes pasai ni. Kalu tidak boleh kita tumpang semangkuk.

KODEN said...

Salam,

Setuju sangat2 isu ni d panjangkan kpd pihak2 yg berwajib. Aku cadangkan :-
1- Antaq artikel ni kpd Menteri berkenaan, media2 n MACC utk dlihat jika ada ruang utk mengikis habis2an unsur2 penganiayaan terhadap puak marhaen.
2- diolah semula kandungan artikel ni supaya tidak berbau menuduh n skeptik.
3- kalau perlu, antaq jugak kat pihak pembangkang. Depa suka milage gini.

Tiada sbb utk semua pihak2 berkenaan menolak isu ni n berselindung d belakang perkataan "polisi" n "prosidur" kerana kedua2 peerkataan itu ujud dlm perlaksanaan tersebut atas persetujuan penggubal dasar. Jika penggubal dasar menginsafi kesusahan puak marhain..., apa salahnya dasar tersebut digubal semula. Adakan "polisi" n "prosidur" yg MESRA MARHAEH!!!!
Wassallam.

KODEN