Wednesday, June 2, 2010

SEKALI AIR BAH

Air bah lagi. Ombak membadai. Laut di wilayah Gaza bergelora. Kali ini melibatkan warganegara kita. Maka bagaikan butir butir hujan menabur, sekali lagi dan tidak tahu untuk tempuh berapa lama, kita pun membakar bendera Israel. Memaki hamun. Mengutuk. Dan macam macam lagi. Sebagai menayangkan perasaan marah kita kepada musuh dan sayang kita kepada saudara seagama. Memang lah bagus dan baik. Tetapi, isunya ialah itu kah cara yang dianjur oleh agama Islam? Apakah ini kaedah terbaik perjuangan kita dan jalan kita membantu sesama umat Islam?
Sejak lama dulu Rasulullah telah menganjurkan bahawa senjata utama umat Islam ialah amalan soleh dan sunnah baginda dalam kehidupan harian. Bagingda dah bagi dah. Lengkap. Tetapi kita tinggalkan semua amalan tersebut di tepi jalan dengan alasan kolot, ortodok, konservatif, sesat dan macam macam lagi tuduhan liar lagi melulu, sehingga nak solat tutup kepala pun kita tidak mampu, apa lagi nak pakai serban sepertimana baginda.
Sebab itu orang Yahudi berani melenyek orang Islam kerana mereka tahu bahawa selama mana masjid pada waktu subuh tidak dipenuhi oleh umat Islam kerana solat jemaah sepertimana penuhnya sewaktu solat Jumaat, maka tidak akan datang bantuan Allah. Dalam kontek kehebatan musuh dari segi teknologi, siapa lagi yang boleh bantu melainkan Allah. Dan Allah tidak akan bantu selagi kita tidak taat kepadaNya dengan sebenar benar taat.
Kita lihat orang Palestin sudah jauh meninggalkan sunnah dalam kehidupan harian mereka. Mereka tidak amalkan sepenuhnya ajaran Islam bahkan gaya hidup mereka seperti orang Nasrani. Maka Alllah datangkan ujian supaya mereka sedar tetapi hanya sedikit sahaja yang mendapat mesej tersebut. Mereka boleh kawin antara Islam dengan Kristian yang mereka katakan Ahli Kitab ( Bukan semua Kristian Ahli Kitab. Ahli Kitab ini mereka yang mengamalkan Injil asal dan mereka ini percaya Nabi Muhammad. Pantang larang depa macam kita, tak minum arak, makan yang disembelih dgn nama Allah, tak makan babi - ada ka lagi orang kristian macam ni?).
Demikian juga kita di Malaysia. Ujian Allah boleh menimpa kita sekiranya kita mengambil mudah akan syiar Islam. Menegakkan ugama bukan dengan perkataan semata tetapi afdalnya dengan perbuatan. Lidah tidak bertulang. Kita boleh berkata, bercakap berjanji tetapi melakukannya adalah sukar. Ambil lah iktibar dari ujian yang sedang melanda bumi Palestin.
Kembali kepada senjata mukmin adalah jalan paling tepat. Tidak perlu tunggu insiden baharu hendak solat hajat. Kita bina kekuatan ummah dalam budaya hidup. Amalkan zikir zikir dan solat hajat setiap detik berlalu. Musuhi segala maksiat dengan menolaknya secara perlakuan, bukan sekadar kutukan, tayangan perasaan dan seabgainya yang membuatkan pihak musuh tersenyum simpul geli hati. Sampai masanya, kita perlu salahkan diri sendiri dan cari kelemahan sendiri untuk mendapat redha Allah. Menyalahkan musuh adalah pekerjaaan sia sia kerana musuh memang sifatnya begitu. Hanya melalui tilikan Allah sahaja lah umat Islam mampu keluar dari kepompong deraan ini. Atau pun tunggu lah sehingga Imam Mahadi dan Nabi Isa A.S datang menyelamat kita. Jika tidak, fenomena ini akan terus berulang seperti bah melanda setiapa musim hujan.
Sehingga itu bersedia lah untuk berkorban dan dikorbankan..

3 comments:

cbazmi said...

Salam Mat,

Tertarik juga membaca pandangan hang tentang krisis diGaza ni.

Susah jugak kita nak faham politik ni , nak bantu orang dalam penderitaan pun nak dihalang. Tiada lagi perasaan dan sifat kemanusiaan semata-mata kerana perbezaan fahaman ugama dan nak berebut bumi kurniaan Allah ni.

Setuju juga la dengan pendapat hang tentang kepincangan yang berlaku dalam dunia islam hari ini. Umat islam semakin jauh meninggalkan ajaran , amalan dan sunnah rasulullah.

Tenguk kat negara kita ni pun sudah la. Ugama menjadi permainan orang-orang politik , sampai kita yang faham sikit2 terus jadi tak faham dan semakin bengong. Tak tau sampai bila nak betoi balik.

Tak tau la Mat Oi penin kepala duk fikir sapa yang betul. Bukannya apa , dulu masa kat sekolah kita tak belajaq mcm mana nak main politik, bila orang duk main politik kita jadi kelam mata duk ingat depa tu buta perut.

Tq.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

aku bukan apa Mie.. kita la ni dah jadi trend..terikut ikut dgn cara dan budaya tunjuk perasaan..sedangkan natijah baiknya kecik sangat berbanding yang buruk..musuh lanyak jugak..itu bukan senjata orang yang bernama mukmin..nak bercakap dan melaung sapa pun boleh..macam itu hari aku beli buah dekat Pasar Tani, ada satu Cina kata " aji, ini buah nya tak boleh cakap ma, bukan kita bikin, itu Tuhan Allah bikin.." Bukan main tinggi "iman" tu tapi dia sembah tok pek kong jugak..

Jamaludin Abu Bakar said...

Bayangkanlah Mat Lazim askar melayu semestinya Islam. baru masuk rekrut 400 org.Yang tau baca Fatihah kurang dari 200 org .tak masuk jawi 4 org apa nak jadi macam ni susah lah macam ni