Friday, March 6, 2009

Cari Kawan Lama Bahagian Satu (SK Anak Angkatan Tentera Tok Jalai)

Masa berlalu zaman pun berubah dan peristiwa menjadi sejarah. Saat demi saat beredar dan kita semakin meningkat usia. Bermula dari satu pertemuan kemudian untuk seketika berkongsi suka duka kemudian berpisah. Ada yang dapat ketemu semula sesudah itu dan ada pula yang terus tinggal dalam kenangan dan ingatan. Mencari dan menemui kawan lama adalah satu rahmat dan wajar diikhtiarkan oleh kita - begitu menurut pendapat saya.Atas dasar inilah saya cuba gunakan kemudahan teknologi untuk mengesan kawan-kawan semua dan sekiranya happen terbaca dan pernah mengenali saya, respon lah untuk saya kemaskinikan directori maklumat kawan lama saya.

Pendidikan asas saya di Sekolah Kebangsaan Anak Angkatan Tentera Tok Jalai, Jitra, Kedah dari tahun 1965 hingga 1970. Sekolah ini letaknya di dalam kawasan Kem Tok Jalai di pinggir sawah tidak jauh dari Lapangan Terbang Kepala Batas.Selain Kg. Tok Jalai, kampung-kampung berhampiran ialah Kg. Telok Gelam, Kg. Padang, Kg. Lubuk Kawah, Kg. Tanjung Kapor, Kg. Alur Rambai dan Kg. Pelubang. Kebanyakan kawan-kawan sekolah rendah saya dari kampung-kampung ini serta anak-anak anggota 3 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Kepala Batas. Mereka tersebut antara lain yang sangat saya ingati ialah Norhashim Hamzah tetapi terus terputus hingga kini. Kawan-kawan lain seperti Mohd Ali. Azizan Saad, Nazri Baharom, Nik Hassan, Norlida Sulaiman - pernah terserempak di Muar dalam majlis kawin kawan saya tapi takdan tegur , Jamilah Md Isa, Siti Rokiah Saleh, Siti Mariam Hamzah, Rohani Abdullah, Rodziah Bidin dan beberapa lagi juga tidak terkesan. Manakala Ramlan Husin, Mohd Jamil Hashim, Ahmad Jaafar, Zakaria Ahmad, Ramli Ahmad,Fazil Baharum, Ghazali Mahmud pernah beberapa kali bertemu ketika pulang cuti raya dikampung.

Cikgu-cikgu yang paling diingati ialah Cikgu Arshad, Cikgu Md. Nor , Cikgu Syed dan Cikgu Sharifah. Guru Besar Cikgu Sulaiman.

La ni sekolah tersebut dah cukup hebat dengan bangunan barunya. Pekan Tok Jalai pun dah berubah. Semua kenangan silam saya telah di turap oleh jalan double carriage way dari Jitra ke Alor Setar. Kedai catuk jenis kayu jugak dah runtuh.Dan yang paling sedih kemeriahannya telah ditelan oleh Bandar Baru Darulaman kira-kira dua kilometer ke utara.

Saya boleh dihubungi ditalian 0193224895 atau di crv5161@streamyx.com

5 comments:

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Saya telah berjaya mengesan hampir 80% rakan rakan lama ini kecuali Norhashim Hamzah dan Mohd Ali..Norlida Sulaiman telah kembali kerahmatullah pada Feb 2013 kira kira dua tahun selepas saya mengesan arwah yang tinggal di Desa Pinggiran Putrajaya..

Anonymous said...

Nama saya Abd Halim Bin Ismail, belajar di ni dari tahun 1965 sampai 1968, darjah 3 sampai. Antara kawan2 yg masih saya ingat idrus, mohd akhir, hamilia,mariam.
.semuanya lost contact. Saya tinggal kat kuartes dlm tu..dah nak roboh dah..sayang tengok

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

saya rasa saya kenai awak. Halim Ismail. Adik perempuan awak satu kelas dengan saya tapi saya sudah lupa nama dia.

abd halim said...

adik saya tu nama zaviah tapi org panggil ani saja..kamu ni anak siapa ya

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Sah kenai. La ni awak duduk dimana Halim ? Masih awak ingat kat Ramlan Husin ? Chak 'e ? "Eid dan beberapa lagi kawan. Aku anak md saman budak kampung yang hangpa suka buli dulu ssebab hangpa anak askaaar!! ha ha ha