Saturday, January 9, 2010

Soalan dari sebuah stesen

Seminggu yang lalu. Pukoi 2 petang. Saya sedang isi minyak di sebuah stesen dekat Nilai. Seorang kanak-kanak lelaki mai bagi salam minta derma sekolah Tahfiz di Kedah. Saya ingat dia mai dari Kedah la. Tapi dia tak reti cakap pelet Kedah.
Saya minta nombor HP Ustaz dia. Dapat bercakap. Ustaz ada di Seremban. Ajak jumpa. Mulanya dia setuju tapi selepas ditabur dengan beberapa soalan, dia membisu. Agaknya ustaz malas nak layan orang macam saya. Kedekut dan banyak songel.
Malam tadi. Isi lagi minyak di stesen tersebut. Pukul 9 malam lepas isyak. Kali ini seorang kanak-kanak perempuan pulak. Minta derma rumah anak yatim.
Ini fenomena biasa. Di stesen minyak. Kedai kopi. Hentian R&R.
Persoalannya, betoi ka depa ni? Sekolah Tahfiz. Rumah anak yatim. Masjid. Apakah tempat-tempat ini tidak mendapat peruntukan baitul mal atau pihak berkuasa atau jabatan zakat. Apakah terlalu banyak bilangannya sehingga peruntukan tidak mencukupi. Ataukah ramai umat Islam tak bayar zakat sehingga dana tak ada. Apakah korporat korporat Islam yang hebat-hebat kedekut taik hidung masin. Apakah pemerintah dan penguasa Islam melihat pembangungan insaniah Islam letaknya pada kelas nombor corot sehingga tidak ada peruntukan?
Bukan nya apa. Fenomena ini menimbulkan banyak kekeliruan. Fitnah. Risiko.
Anak gadis seorang diri di stesen minyak pada waktu malam. Bagaimana waktu solat mereka. Bagaimana kalau mereka ini dirompak kerana disangka banyak dapat duit. Macam-macam lah lagi.
Tidak tahu lah kalau kita melihat ini salah satu jalan jihad fisabilillah. Barangkali lebih mulia dari merayau kat pesta-pesta atau taman-taman bunga.
Apa yang kita kuwatir ialah kanak-kanak ini dieksploit oleh pihak-pihak tertentu dan ini adalah salah satu cara cari makan pada ini zaman.

3 comments:

razak said...

Salam..
Apapun alasan yang akan diberikan oleh pihak-pihak tertentu dalam hal ini tidak boleh diterima samasekali.Pertamanya dalam akta kanak-kanak telah termaktub bahawa anak-anak dibawah umur tidak boleh dilibatkan dengan kerja-kerja memungut atau meminta sumbangan walaupun untuk jalan-jalan seperti yang mereka nyatakan.Untuk membina madrasah atau pusat pengajian adakah cukup dengan memngut derma sebegitu rupa.Sayang anak-anak yang comel telah dimangsakan dengan keadaan.CUBA lihat siapa dibelakang mereka !!!!

RAMLANHUSSIN said...

Ana jugaa selalu didatangi budak macam tu, ana tanya mana macam2.budak tu terus belah..kesian depa jadi mangsa tok guru atau pak ustaz yg dok mengeram telog..depa syok abiskan duit.Fanatik ekstreme isem..dan tak tau hak anak kecil. kalu pak ustaz tu berani, depa boleh pi buat roadshow kat umah pak menteri..duit klaim saja ribu-ribu..ana punya klaim RM52..100 kadang2 langsung tarak..itu pun menteri nak potong..

Jamaludin Abu Bakar said...

belah kedah ni banyak dok tunggu depan bank siap bagi salam dan minta derma buat masjid di kelantan la dan lain-lain tempat.Kdg-kdg dengaq depa cakap tak mcm kelantan pun.Nak bagi tak bagi sama byk.last-last belah mcm tu saja.Baik bagi kat masjid depan rumah lagi afdal