Monday, January 4, 2010

Anak sekolah ini Zaman

Selepas dua hari persekolahan 2010, kawsan sekolah masih sesak dengan kereta. Ibubapa masih cuti pi hantar anak mereka masuk kelas. Ada yang tunggu sampai tengahari. Bagi anak-anak yang masuk asrama, ibubapa pergi hantar sehingga dalam dorm. Siap angkat beg dan tikar bantal sekali. Yang asrama sediakan tidak cukup selesa bagi mereka.
Rumah saya letaknya kira-kira 800 meter dari sebuah sekolah menengah. Bila musim sekolah begini, terasa sesaknya apalagi pada waktu puncak iaitu pagi, tengahari dan petang. Sebahagian kesesakan itu disumbang oleh pelajar sendiri. Peraturan sekolah tidak membenarkan pelajar membawa atau meletakkan kereta atau motosikal dalam kawasan sekolah melainkan mereka mempunyai lesen memandu. Oleh kerana itu pelajar-pelajar ini meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan kawasan perumahan. Itu bukanlah perkara pelek. Apa yang nak saya highlite kan ialah perihal pelajar-pelajar ini dalam usia belasan datang sekolah dengan memandu Waja dan 4WD. Kalau yang bawa Kancil dan motosikal tu memang jenuh - semua ini kinayah kepada betapa mewah dan senanganya menjadi anak-anak sekolah zaman ini.
Zaman dulu-dulu, di universiti baru nak rasa guna motosikal. Itu pun buleh dibilang dengan jari. Majoriti jalan kaki saja. Kalau kampus seperti Shah Alam atau Bangi, siap mendaki lagi pulak. Jenuh berpeluh-peluh masuk dewan kuliah. La ni semua dah pakai kereta sehingga kalau pi mana-mana kampus, masalah letak kereta memang memeningkan kepala. Kereta milik pelajar dengan staf sama naik. Bahkan ada pelajar pi bawa kereta-kereta semewah Honda Accord.
Bila dihitung, mewah dan mudah sungguh perjuangan anak zaman ini. Yang kita khuatir ialah kemewahan ini merapuhkan jatidiri mereka dan ia pasti lah akan memberi kesan negatif jangkapanjang kerana mereka ini bakal pemimpin masa depan.

6 comments:

Anonymous said...

Yang menghairankan, ada di kalangan ibu bapa murid dan pelajar yang serba mampu ni, bising bila yuran sekolah naik yang tak seberapa rm (untuk kebajikan anak2 mereka juga) di naikkan. Hp mahal boleh beli. Top up untuk anak2 diturutkan saja. Sejauh mana kedaifan di bumi Malaysia ni?

Anonymous said...

Di tahun 2010 pelajar2 telah bawa Honda Accord & 4WD..betapakah di tahun 2030...renung2kan lah zaman anak cucu kita nanti..

Jamaludin Abu Bakar said...

Zaman beredar dgn pantas anak-anak aku mcm tu lah motor kereta mainan depa saja.kita cerita depa kata tu dulu abah la zaman canggih .

cbazmi said...

Salam ,

Saya fikir kita tak perlu hairan dan kita tak perlu bertanya mengapa.

Sebenarnya jawapan kepada persoalan ini memang kita semua dah tahu. Tamaddun manusia sentiasa berubah. Kita hanya mengikut peredaran zaman... Betul jagak macam anak-anak kita kata " Itu zaman dulu", zaman yang pernah kita lalui zaman makan ubi kayu, buah muyu, keriang dan berkubang dengan kerbau dan lembu kat sawah. TV hitam putih yang hanya orang kaya saja boleh beli . Masa tu kita ada basikal dah megah sekampung.

Takkan kita nak anak-anak kita duk zaman macam tu lagi kut? Mau tak mau terpaksa la kita ikut berubah. Jangan lupa asal usul sudah la kerana akhirnya kita akan kembali kepadanya jua.

Tq.

mazlee said...

Tahun 1966 masuk sekolah darjah 1, p sekolah berjalan kaki, saya bersama Aruah Nasir Panjang (Nasir Ishak) Saya darjah 1 dia darjah 2.. ikut jalan belakang sungai terus ke pekan Jitra untuk ke SKJ.. bertemu dengan kawan2 lain di sepanjang perjalanan ke sekolah, ramai berjalan kaki dan dimasa sama ada juga kawan2 kita yang ke sekolah dihantar oleh mak ayah...
1971.. Mula menapak lagi ke SMJ, juga bersama aruah Nasir, sama-sama tingkatan 1, juga ramai yang berjalan kaki ke SMJ tu, tapi sudah ada juga kawan2 yang berbasikal, satu tujuan satu harapan dan satu matlamat...
kalau lah diingat lagi waktu tu....bunyi saja loceng untuk balik kita diarahkan beratur panjang, jalan bertiga berempat dalam barisan menuju ke pintu besar SMJ yang sekarang ni berpintu gerbang indah, dari kelas, bergerak melalui bilik guru, bilik perusahaan tangan, jalan lagi melalui kawasan perumahan guru, rumah Pak Wee rumah yg mula..di pertengahan rumah Cikgu Wan Bin dan kita mula berpecah bila sampai di penghujung pagar sekolah.
1974..kawan2 mula berpecah sekolah, ke SMPN, ke Jenan, Ke Khir Johari, Ke Aminuddin Baki dan ada yang berpindah jauh dan ada juga yang terpaksa meninggalkan alam persekolahan. Saya tetap di SMJ kerana dapat aggtd 24 saja..Kawan2 yang berbasikal ada yang bermotor ke sekolah dan saya juga dah up grade naik basikal, tapi masih ada juga yang berjalan kaki berbatu2 untuk berulang alik ke sekolah...
di penghujung tahun 1975.. tamat sudah persekolah saya di SMJ, masing2 membawa halatuju, tak tahu apa kesudahan, ke tingkatan 6 ka ke ITM ka Ke Maktab Perguruan ka..tak tahu lagi.. ok habis disitu....
Sekarang, bila kita lihat pada anak2 kita yang ke sekolah, jauh sikit bermotor berkereta, dekat sikit berbasikal.. kita rasa betapa bertuahnya anak2 zaman sekarang, semua ini atas usaha gigih kita ibu bapa yang tak mahu melihat anak2 merasai kesusahan sepertimana kita hadapinya semasa kita bersekolah dulu... Tapi disebalik kesenangan dan kemudahan yang didapati oleh sesetengah anak2 kita yang bersekolah ini, masih juga terdapat anak2 yang menghadapi kesusahan, yang terpaksa berjalan ke sekolah, yang hanya menukar baju sekolah seminggu sekali, kasut sekolah mula lusuh tapi terpaksa pakai, yang ibu bapa terpaksa mengeluh sendirian memikirkan kos2 yang terpaksa dibayar, yang terpaksa ditanggung kerana mungkin bukan untuk anak seorang tapi dua atau tiga mungkin juga empat..
pada kita untuk membayar yuran anak memang tiada masalah tapi pada mereka-mereka ini, hati dan perasaan saja yang tahu..
kita tak melihat ibu dan ayah menangis menitiskan air mata memikirkan cara untuk mendapatkan sedikit upah kerja bagi membeli dan membayar yuran anak2 yang apa dan bagaimanapun mesti dijelaskan..
Tapi itu adalah tugas yang dipikul yang telah diamanahkan kepada ibu bapa untuk memberi dan mendidik anak2 menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti...InsyaAllah

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Memang benar. Manusia perlu hidup mengikut zamannya.Belalang perlu hidup mengikut padang. Kambing perlu mengembek di kandangnya. Konpom.
Sesiapa mendahului zaman akan menjadi masalah dan sesiapa yang ketinggalan zaman jugak akan menjadi masalah. Dan zaman pulak sentiasa berubah-ubah.
Tetapi ada satu perkara yang tetap tidak akan berubah di zaman mana sekalipun iaitu jatirdiri. Jatidiri hanya berubah mengikut suasana dan keadaan. Masalahnya, keadaan dan suasana pulak dipengaruhi zaman.Ini yang saya maksudkan. Sebab itu, natijah dari perubahan jatidiri yang terbias oleh zaman, kita menjadi penin la ni kerana mutu ( motosikal) diguna untuk merempit dan meragut harta orang. Dadah diguna untuk ketagihan.Alat komunikasi, tidak kira lah tv atau HP memain peranan penting kepada input sikap foya dikalangan remaja. Menjadi perkara biasa kita mendengar seorang anak sanggup mengengkari ibubapanya, murid mendurhakai gurunya. Kawan membelasah kawannya. Teruna dara kehilangan status mereka secara tidak sah. Isteri mencurangi suami dan sebaliknya. Rumah-rumah, bank dan kedai emas diceroboh setiap malam. Bahkan yang paling daring, anak sanggup memancung leher bapanya, mengerat tangan datuk dan neneknya serta meradak pisau di dada adik perempuannya. Sungguh tragis tetapi ia semakin menjadi kebiasaan.
Fenomena ini ujud antara sebabnya ialah nilai hidup kita yang berasaskan hartabenda dan kemewahan. Makanan dan sumber makanan yang bercampur baur antara halal, haram dan syubhah. Sebab itu seperti kata Jamen - nama kampung bagi Jamaludin Abu Bakar - Arwah Harun Kasa sukar nak dapat kerja walaupun ada MSc. kerana imej dzahir dia pakai ketayap dan simpan janggut. Imej jemaah tabligh dikira tidak sesuai dalam zaman ini biarpun ilmu dan teknologi yang dia ada memang terkini.
Zaman kita dulu takat mengorat hantar surat dengan kad saja. Paling berani pun ajak minum ais kacang. Nak sentuh, tobat.
Tetapi zaman la ni bukan takat ke hulu dan ke hilir, bukan takat pagi dan petang , siap bawa balik rumah masuk bilik ikut pintu belakang lagi.
Semuanya adalah oleh sebahagian dari sumbangan kemewahan dan kelunturan jatidiri.