Monday, January 25, 2010

MASJID KITA

Dalam satu siri musafir menjejak informasi untuk program junggle treeking baru-baru ini, singgah di masjid sebuah pekan pinggir banjaran. Tumpang mandi dan solat. Peraturan masjid tersebut hendaklah menanggalkan kasut dan memakai selipar atau terompah tersedia. Bagus juga demi memelihara kebersehan. Sesetengah masjid tidak melarang memakai kasut manakala sesetengah pulak menegah memakai kasut tetapi tidak menyediakan selipar atau trompah. Nampaknya masjid yang saya singgah ini berhemah kerana melarang memasuki dengan memakai kasut tetapi menyediakan selipar dan terompah mengggantikannya.( ini bagus sebab makruh masuk jamban berkaki ayam).
Masuk seorang lelaki. Terdengar rintihan suara yang tidak jelas butirannya sambil ia memilih dan memakai terompah. Kemudian keletok keletak kedengaran langkahnya. Tiba-tiba senyap diikuti nada suara meninggi. Alamak, putuh pulak. Tak dok hok molek sikih ka. Semo selipa dan teropah ni boleh tahuk dale lokang. Mana gi duit derma masjid ni. Nak beli terompah serial duo pun tak leh ka....
Saya hanya terdiam dalam bilik mandi. Ada benarnya keluhan lelaki tersebut. Bukan terompah saja senget benget, pam jamban takdak air. Selak pintu bilik mandi pun takdak ( patah). Pancur air tinggal lubang hollow. Pendek kata semua kemudahan asas punah dan tidak berfungsi atau berfungsi separuh sahaja. Belum lagi bab persekitaran yang berseh mata memandang dan wangi hidung menghidu. Jauh beribu kilometer nak mencapainya. Kenapa fenomena ini sinonim dengan kebanyakan masjid di negara kita khususnya di wilayah utara dan pantai Timur.
Ada dua isu disini. Adakah pengguna tidak bertanggung jawab. Tidak tahu menghargai hak awam dan harta wakaf lantaran tahap civic minded yang rendah ataupun adakah kerana sikap kurang bertanggungjawab tok-tok siak menjalankan tugas dan Nazir yang tidak memantau?
Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebersehan syiar agama. Wajib dipertahan dan ditonjolkan. Apa alasan kita kalau masyarakat berhujah bahawa tandas dan bilik air di R&R atau stesen petrol lebih berseh dari di masjid-masjid! Sungguh sedih dan amat memalukan.
Apakah masjid tidak cukup dana? Sedang kita melihat di merata pasar malam, hentian bas, teksi dan keretapi atau supermarket dan petrol pam, berkeliaran sukarelawan mengutip derma tabung masjid! Membina masjid, Membesar masjid, Mengubahsuai prasarana masjid dsb. Belum lagi tabung yang diedarkan pada setiap solat Jumaat ketika khatib sedang membaca Khutbah (satu perbuatan yang tidak patut dilakukan - kerana semasa khutbah disuruh kita mendengar bukan dok sorong peti tabung dan gogeh-gogeh gagau walet cari duit syiling). Bukan kah ada tabung tersedia di pintu masuk atau letakkan tabung-tabung dipintu-pintu masuk, itu lebih baik dan afdal.
Kita lihat kecenderungan kebanyakan AJK masjid berkejar-kejar membangunkan masjid dalam konteks fizikal supaya nampak hebat, mewah, lengkap dengan peralatan moden tetapi mengabaikan hal-hal dalaman yang bersifat asas. Mereka lebih ghairah mengadakan forum oleh profesor-profesor yang bercakap mengenai falsafah ilmu yang orang kampung tidak faham . Mereka melebarkan dewan solat atau menebalkan kapet sebaliknya melupakan hal-hal lebih besar tetapi mereka anggap kecik seperti kebersehan dan kelengkapan asas sebuah masjid.
Pendek kata isme kebendaan sudah menular menjadi wabak di kalangan ahli-ahli masjid. Ia nya sesuatu yang perlu ditahkikkan dan di bendung.
Walaubagaimanapun majoriti masjid-masjid di Melaka dan Negri Sembilan kemas dan berseh. Tidak tahu lah bab kebersehan dan kekemasan ini ada kaitan dangan wilayah, suku kaum atau sebagainya.

3 comments:

RAMLANHUSSIN said...

Nak tau dimana silapnya..kena buat analisis:
a) Siapa ketuanya - pengerusi Masjid
b) Peranan AJK
c) Berapa lama tak maintain
d) Senarai sema kena buat
e) Jenis manusia kat situ
f) Sapa yg banyak guna tandas tu
g) papantanda amaran ada tak
Kalu nak cantik..bagi bangla jaga..

cbazmi said...

Salam saudara,

Aku setuju sangat dengan apa yang hang kata terutamanya tentang buat foram dan ceramah yang jamaah dengaq tapi hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku bukan anti penceramah ugama tapi cuma tak suka dengaq orang bercakap syok sendiri saja. Orang yang dengaq pulak senyum2 , ketawa2tapi ilmu tak dapat apa pun. Kalau yang menjemput tu bayar utk penceramah tak pa la , ini duit dari tabung sumbangan juga yang dikeluarkan. Mmg la seronok belanja bukan duit sendiri kan.

Sound sistem kat masjid yang patut diperkemaskan masih guna hak lama yang bunyinya dah tak tentu hala. Tandas jangan cerita la nak masuk pun geli. Pi pulak masjid yang tandas dia cantik sikit nak masuk tak buleh dia pasang grill kat pintu.

Tq

Anonymous said...

mad,
nilai kebersihan adalah tak sama di kalangan manusia. banyak tempat lain, spt restoran, rumah kediaman, laman, hatta sekolah pun kebersihan itu sangat subjektif...

ada orang...amat bersih, ada pula kaih sana sikit, sini sikit dah kira ok, ada orang sawang sampai nak sangkut kepala pun tak pa.

pernah juga mengunjungi rumah seseorang sampai nak telan ayag pun mengkelan...tapi tuan rumah kata baru sudah berkemas...

maklang...