Tuesday, February 2, 2010

Facebook

Dalam banyak kaedah yang telah dicuba, rasanya Facebook paling berjaya menarik masyarakat berinteraksi. Saya mencuba dengan beberapa kaedah lain, tetapi terakhir Facebook juga meraih populariti dikalangan kawan-kawan.
Melalui kaedah ini saya berjaya jejaki Md Zal Hashim, Zahari Ismail, Ali Zakaria dan Ibrahim Ismail ( geng-geng SMDSO) serta kebanyakan rakan-rakan masa di ITM dulu.
Masa yang pantas dan tepat bergerak. Kegiatan hidup yang sibuk. Jarak tempat tinggal yang jauh - semuanya menjadi halangan utama dipatahkan Facebook untuk memberi ruang dan peluang kepada kita mengekalkan hubungan ukhwah yang jika tidak dipeduli, pastinya ia menjadi lesu dan bisu.
Saya intai juga laman blog rakan-rakan. Semuanya tenang macam air di Tasik Pedu. Kecuali Ramlan - sedikit berolak mungkin kerana senario alunan ombak Teluk Batik yang sentiasa meraba. Bigrace di Bukit Aman juga aman saja. Apa lagi Jeram, sudah lama air tidak mengalir disana. Darah 59, kabarnya tiub bocor dan tabung susut dengan banyak sehingga bekalan stok menipis. Keramat memang dah lama bertapa di sana . Tambah lagi bila bukak sekolah ramai pulak anak murid baru masuk - tahap pertapaan pasti akan meningkat jugak. Bahana pertapaan di Keramat juga tempias sehingga Glassmansays retak seribu dan turut kaku. Di Hospital Jitra , bila musim kemarau ni ramai orang datang derma darah dan check darah, jadi kawan kita di sana tu takdan nak minum kopi pun. Di Langkawi pulak, angin Timog yang mula bertiup dengan sepoi-sepoi menyebabkan sang Arjuna terlena di tepi pantai Padang Mat Sirat.
Begitu lah roda-roda kehidupan. lit lap lit lap sudah sebulan tahun 2010 berlalu. Membuka tirai 2010 Koden dah masuk UTP cakag busut disana. Dalam iklim dimana orang mengeluh kerana peruntukan dipotong, nampaknya talian hayat Koden tetap kokoh menyimpul. Setidak-tidak dia berjaya gempag Ramlan di Lumut sehingga Ramlan tak berani pakai spek hitam bila bergambar. Selalunya Lan tak pernah tinggai spek hitam hatta dengan MB Perak sekalipun.

5 comments:

cbazmi said...

Salam Mat,

Tak pa la Mat kita guna kedua-dua mekanisma ni untuk berintraksi bagi merapatkan yang hampir dan mendekatkan yang jauh.

Ramlan dan Jamaluddin tu dari dulu sampai skg macam tu la rupa gaya depa. Disiplin hebat tak mampu nak ikut kita nih.

Tq

RAMLANHUSSIN said...

FB ana pun la ni makin rancak..ana arahkan guru-guru skdi semua ada FB..kita ikut zaman..Betoi la..punya tekejut koden mai..sampai lupa spek ana..Ck azmi lagi hebat disiplin..tambah-tambah dah naik gaji....haha blanja makan laa..Rojak Manjung

Anonymous said...

terharu maklang baca...betui mad sibuk menjadi2...tak pa jangan menyibuk dah la....ok kita jumpa di fb nanti kita add...

sempat juga baca cerita kawan2 ...tapi nak komen tak dan

Anonymous said...

terharu maklang baca...betui mad sibuk menjadi2...tak pa jangan menyibuk dah la....ok kita jumpa di fb nanti kita add...

sempat juga baca cerita kawan2 ...tapi nak komen tak dan

Jamaludin Abu Bakar said...

Aku memang tak dan sibuk awai tahun macam-macam kena buat.sibuk dgn reten
Gheja sampai malam.3.00-4.00pg kdg-kdg kena panggil.Tak dak modai nak tulis.
Tahniah c.azmi jadi OKB la hang.raya hindu-la.balik tanah merah bolehla belanja ha,ha,ha