Wednesday, February 17, 2010

Takziah Che Azmi Terima kasih Maklang & Kakja

Dari kiri : Mazenah, Kakja, Che Da dan Maklang


Takziah kepada seluruh keluarga CheAzmi di atas kepulangan ayahanda mertuanya ke rahmatullah kemarin 17.02.10 di Kuala Kerau, Pahang.
Saya nak ajak dia jumpa Che Da dan Kakja di rumah Mak Lang, tapi itu berita yang di perolehi.
Hujan lebat di keramat seolah-olah rahmat yang dibawa oleh Che Da dari London pasai cuaca dalam seminggu ni di KL amat lah panas. Tiba-tiba petang itu hujan bukan main lebat. Saya macam memacu bot kat Jalan Jelatek. Mujog tidak lama, kalau lama mahu berlaku banjir kilat, masalah yang tidak pernah selesai di ibu kota ini.
Maklang dan Kakja buat bubog sora jamu Che Da. Sungguh istimewa kerana bubog sora off season. Lepas tu di jamu pulak garam belacan sebagai dezet. Cicah sakan la depa.
Dalam perjalanan balik selepas hantar Che Da kat Petronas, anak-anak saya Hawa dan Asiah komen - seoronok la abah pi rumah maklang, ada taman mini, ada kolam dan anak-anak ikan. Teringat rumah lama kita......
Saya hanya membisu. Dalam hati terasa sayu, tapi inilah dunia perniagaan, ada ketikanya ia menuntut pengorbanan besar.

4 comments:

KODEN said...

Salam,

Takziah saya panjangkan kpd CkAzmi n family. Kita mampu merancang tapi DIA yg menentukan. Tapi kita juga dberi keistimewaan utk mendoakan rahmat keatas roh nya.
Berbalik pada perjumpaan Mat n 3 kakak d Keramat smalam, tahniah kpd semua yg bersungguh2 menjayakannya. Bila aku tatap gambaq d atas, rasanya aku kenal semua, kecuali Mazenah saja.
Mula2 tergerak juga hati nak join tapi bila ujan lebat petang smalam, tak la terkilan sangat. Aku ni ada fobia kecil dgn banjir kilat sebab aku hampir2 sangkut 2X sejak dok KL ni.
InsyaALLAH kita berjumpa lagi/pula d lain2 kesempatan.

Wassallam.

KODEN

Jamaludin Abu Bakar said...

Takziah Che Azmi hidup mati memang ditangan NYA.Rajin-rajinlah buat apa yg di suruh.
Syok tengok hampa buat reunion kecil-kecilan

mazlee said...

salam,
Kesempatan disini saya mengucapkan takziah pada Che Azmi atas kehilangan mertua tersayang...
Tabahkan hati dan semangat...

kamal said...

Takziah cbazmi atas kepermegian bapa mertua tersayang..semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya.. Amin