Tuesday, February 9, 2010

yang kecik tapi besag

Sambay meratah ayam kampung briani gam di Seksyen 15 BBBangi tengahari kemarin, saya dan Koden bergebang agak sakan. Menyentuh tentang topik meniaga, calit politik sikit, sukan sikit dan sudah tentu tentang kawan-kawan. Itu la baguih koden ni, tang mana dia pi dia retiag cari kawan jumpa untuk rapatkan ukhwah. Nampak kecik saja, bagi call ajak jumpa tapi impact dia besag - ukhwah lebih rapat. Kadang-kadang kita fikiag - ah, malaih la nak kacau kawan , dia sibuk bla bla...Belum apa-apa kita dah pikiag macam-macam. ini la perkara kecik tapi besag yang koden kupas haluih-haluih untuk santapan kita semua.
satu lagi yang penting untuk kita - tak kira lah fikiag ka, renung ka atau buat panduan hidup, khususnya kalau nak meniaga - iaitu buat perkara yang sama tetapi dengan cara berbeza. Misalannya kalau orang juai nasik lemak kerana kat situ demand nasik lemak tinggi, maka kita pun kena jual nasi lemak, tapi modified la sikit nasi lemak kita tu, mungkin kukus ka, sambal belut ka, tambah sotong kurita ka dll - yang membuatkan nasi lemak kita lebih sedap, menarik atau murah. Jangan dok tebiang pi jual pulut kunin kat tempat orang suka nasi lemak semata mata kerana kita suka pulut kunin. Sudah tentu takdan tiga kali jumaat bungkuih. Mana larat nak perabih pulut kunin hari-hari pasai juai tak habih..
Kawan saya apply falasafah ini dan nyata berjaya. Dia seorang bekas mekanik, berenti buat bisnis cakoi. Pasai dalam survey dia, orang Melayu teringin nak makan cakoi tapi cakoi biasanya makanan orang Cina, jadi dia belajag buat cakoi dengan seorang Kemboja Muslim dan la ni dia ada 22 outlet cakoi ( YU Cakoi) di sekitar Lembah Kelang.
Menutup bab tengahari tu, Koden harap sangat-sanagt kita dapat kumpul sub-sub grup SMJ yang ada untuk bergabung dalam satu pertemuan ALUMRA - kira Himpunan Perdana la kut no... baguih tu. Saya nak ajak lah Cik Milah dari SMJ 76-80 beri komen dan track grup-grup lain kalau ada untuk kita temukan dalam satu badan induk ALUMRA.

2 comments:

Jamaludin Abu Bakar said...

2 ari internet aku tak berapa elok .ari ni baru ok,cakoi tu apadia car keoy teaw ka .org bisnes memang otak kena byk pikiak dan berjalan noo.

cikMilah said...

Salam bro, kami dari Class of 76 , OK saja. Maaf hari tu kami tak dpt join kat Kelubi, Presiden balik India, saya pi Siam,SU ada hal..ada-ada saja kan. Presiden kata mungkin satu hari kita boleh jumpa kat restoren nasi kandaq dia kat tmn tun, InsyaAllah