Saturday, February 20, 2010

Sifu dan kawan lama

Basiron Abdul - tidak banyak berubah. Masih boleh cam.


Pada saat akhir, Md Aris tak dapat join kerana menguruskan krew pergambaran buat liputan imej korporat jabatannya di Shah Alam. Saya dan CheAzmi tidak kecewa dan tetap mengambil jarak 240km mengutara ke Ipoh sesudah meminta izin serta meminta diri meninggalkan rakan-rakan permuafakatan menyelesaikan tugas-tugas persediaan kenduri kawin jiran sekampung saya di Jenderam, Sepang.


Di Ipoh, saya maklumkan kehadiran kami kepada taiko Tambun - Mohamad Ismail ( rakan SMDSO yang kini menetap di Ipoh) kemudian kami call Mat Tamin dan bertemu di Tambun sebelum berarak ke Kem PGA Ulu Kinta - tempat dimana majlis kenduri kawin anak Basiron diadakan.


Di majlis, bertemu Ali Naga, kawan sekampungnya Ahmad Munir Yusof dan Abidah. Tengah makan dan borak-borak mai lagi dua tiga orang kawan lama yang dengar nama SMJ disebut-sebut. Mereka ialah Sobri Hashim dan Mahathir. Sobri Hashim kini bertugas di Balai Parit dan Mahathir berniaga sendiri lepas bersara dari Air Force. Mahathir ni rakan sekelas masa SKAAT. Banyak lah cerita lama-lama dikeluarkan - seperti biasa apabila berhimpunnya rakan-rakan lama.

Selepas kenyang perut, talipon Cikgu Wan Bin, maklumkan kami nak ziarah dia. Selepas singgah minum teh dirumah Mohamad Ismail, kami cari rumah cikgu Wan Bin di Lintasan Rokam. Akhirnya dapat jumpa juga dengan pasangan bekas guru kelas Tingkatan 3A 1973 Cikgu Wan Bin binti Kamaruddin dan suami Cikgu Imran Lee Gek Liang, guru pendidikan jasmani dulu. Pertemuan kembali sesudah 35 tahun berlalu. Cikgu Wan masih meyimpan gambar pelajar Sarawakian batch pertama ( geng-geng Chai Abdullah) yang tersohor itu. Nama nama pertama yang terkeluar dari kedua guru ini bila bersalaman ialah Azmi Che Lam, Wan Zaiton dan Wan Sharifuddin.

Mereka sangat gembira dan terharu. Cikgu Lee terpaksa memendekkan riadah hariannya - jogging - dan bergegas pulang bila tahu kami nak datang. Pada usia awal 60an dan awal 70an mereka masih sehat dan segar.
Nak tengok gambar lagi KLIK SINI

3 comments:

mazlee said...

salam...
terima kasih pada ISA kerana merakamkan gambar kawan2 di kenduri Basirun, maaf banyak2 tak dapat menyertainya..bila di lihat dipandang di kenang hati menjadi sayu..
Tahniah lah pada Basirun kerana terima menantu..ISA bila lagi..

RAMLANHUSSIN said...

Frust laa..ana tak pi..apa nak di kata..nanti lalu kat parit ana sinngah kat balai tu..pekena rojak kat pekan parit...tq md..

Jamaludin Abu Bakar said...

Ish seronok sungguh no.Tengok pak mertua (Basiron) pun senyum sampai telinga kah,kah kah.Tahniah pak mertua tahun ni dapat menantu,tahun depan timang cucu