Wednesday, December 30, 2009

2009 dan kawan lama

Sedetik lagi 2009 akan berlalu. Pergi meninggalkan kita buat selamanya. Menjadi sejarah dan tidak akan berulang lagi.

Sepanjang tempuh itu, barangkali agenda paling istimewa ialah siri perhimpunan-perhimpunan kawan lama bermula dari kenduri Kakja sehingga kepada kemuncaknya Bendang D Kelubi.

Bila direnung kembali, banyak perkara bermain di minda. Mengingati telatah semasa remaja dan membandingkannya ketika bertemu kembali pada usia tua atau menjelang tua.

Perjalanan hidup sebahagian dari kita memang amat menarik. Zulkifli Din umpamanya. Melalui saat getir seumpama mati hidup kembali. Jantungnya berhenti berdenyut hampir lima minit. Dadanya lebam di beri kejutan letrik. Sampai kini, parut pembedahan menjulur di dadanya. Mengunjungi IJN menjadi rutin dua kali setiap minggu. Namun memori masih bagus. Dapat rekol semua rakan-rakannya dengan cemerlang. Siap peristiwa sekali seperti kes dia dengan Sarud.

Mohd Jamil Hashim - dulunya seorang dari dua guru pakar negeri Kedah dalam pengubalan soalan periksa matematik. Sangat aktif dan cemerlang sejak dibangku sekolah rendah lagi. Suatu pagi dia kena stroke yang melumpuhkan sebajhagian tubuhnya. Pada peringkat mula, lansung tidak boleh bertutur tetapi berkat kegigihannya, dia dapat mengembalikan pertuturannya kalaupun tidak 100% tetapi amat memuaskan.

Sebelum dia sakit, kami selalu bincang nak buat reunion ini. Dah mula himpun konteks. Saya ingat lagi orang pertama kami konteks bagitau masa tu Noran. Tiba-tiba saja dia jatuh sakit dan telefon saya kena rompak, semua maklumat konteks kawan-kawan terhimpun lesap. Di Bendang Kelubi dia datang dengan segala susah payah, dibantu oleh kawan kita Yaakob Hambali yang juga mempunyai sejarah menarik.

Sekitar tahun 80an, di Puduraya ada sebuah gerai barangan kulit terkemuka - Jacob's Leather. Pemiliknya tu lah Yaakob Hambali. Ketika mana kita sedang bergelut dengan nota-nota kuliah atau berjimat dengan gaji tahun-tahun pertama bekerja, Kob sudah guna Mers. siap drebar. Tetapi dunia perniagan adakalanya zalim. 30 tahun kemudian Kob bukan setakat terduduk, tapi tergolek anjing . Pernah bawa lori tanah ketika terserempak dengan saya menjual rambutan tepi jalan di Salak Tinggi, jadi mekanik dan penternak ikan puyu tetapi gagal juga dan akhirnya balik kampung membina hidup baru di Empa. Tahniah kepada Kob atas kurniaan cahaya mata pada usia 50an.

Pakya Mad, ketua darjah kita dulu melalui liku lagi hebat. Seperti kata Loh, lepas lingkup di Alor Setar, dia merantau ke KL. Rebah bangkit di sana sehingga lulus perakaunan dari UiTM secara persendirian. Kembali ke Lubuk Kawah, dia buka bisnis MLM . Mereka peneraju MLM di Jitra. Sekali lagi kita lihat bahawa perniagaan tiada belas kasihan. Kini semua peneraju terjun dan orang lain pula bergayut. Saya masih ingat bila pi solat raya di masjid Lubuk Kawah, nampak kereta Honda Oddesey sedang parking depan rumah kedainya. Masa itu Oddesey baru keluar dan tengah top.

Demikian juga Zulkifli Shafie - muncul dengan rupa paling segak macam baru berusia 30an. Pernah menjadi pembantu Khas Dato' Affifudin dan pergi kerja dengan drebar. Belum lagi kisah Yati Daud yang kini ada di L.A , Amerika. Cheda di London. Hashim Ismail di Sg. Buluh selepas balik dari Rusia.

Bila diteroka, rupa-rupanya kawan-kawana kita ada disemua ceruk kampung, sekolah, hospital, balai polis, Universiti , kedai kopi, radio/tv, kastam, imigeresen - dalam semua ranking. Menyimpan seribu kenganan suka duka selama tempuh 30 tahun tersebut. Sesuatu yang amat mengharukan bila di selak.

2009 juga menyalakan semula ukhwah dengan rakan-rakan dari form yang dulunya tidak habis dengan prasangka. Yang paling saya ingat grup form ini ialah Shukri Ahmad atau bangau. Kami belajar menaip sekali di sebuah sekolah menaip dekat stesen bas lama. Guru kami Kak Nab dan Martini. Dua-dua lawa. Tetapi yang lebih menarik ialah rakan sekelas kami Abidah, budak kampung Naga, sedara kepada Ahmad Munir. Abidah selalu datang dan balik bersama saya menaiki bas The Kubang Pasu Transport. Tu yang Shukri geram... he he he.. Ketika hubungi Shukri ajak datng Bendang Kelubi, dia baru balik Mekah. La ni Haji Shukri. Dia janji nak datang , tapi tidak terbang jua si bangau ni yer...

Sorang lagi Mi Che Lam. Dia ni anak kapten askar di Jenan. Memang tera Rugby dan pandai juga nyanyi. Dia juara talentime SMJ 73 dengan lagu D'llyod - Cinta Hampa. Dengar kabar ada di Sg. Petani lepas bersara polis.

Yang lain-lain tu wajah memang sangat familiar. Seperti Mohiddin, Abd. Razak, Chai, Koden, fatimah zahrin dll - bila jumpa baru tau nama. Fatimah tu beberapa kali saya jumpa di DBP masa present projek Photo -Library dulu, tapi tak dapat cam. Cuma dok lawan cakap pelet Kedah saja. Tak sangka pulak bos Library DBP tu kawan kita.
Sesungguhnya 2009 sangat bermakna buat saya - secara peribadi.

2 comments:

ain said...

assalamualaikum

saya ni bos kecik saja...semua yg sdr mad coretkan tu adalah sebahagian drpd suratan takdir kita semua, samalah juga dgn perjumpaan kita hari tu....wlpn kehadiran kami (form) dlm kumpulan yg kecik tp kami membawa segunung harapan agar silaturahim ini akan berpanjagan dan berkekalan. Kpd semua ajk dan juga yg hadir mohon maaf dr saya kiranya tak sempat saya bertegur sapa maupun berbual panjang...semoga akan ada masa untuk kita bertemu lagi

Jamaludin Abu Bakar said...

Zul shafei pun accident juga dia pakai drebar lagi.Dia sibuk kerja siang mlm.masa accident dia lena,drebar dia pun lena.Masuk wad sebulan la juga.
Aku pun accident juga masuk wd 1 bln kena di Karak highway naik motor topi keledar pecah motor jahanam.Alhamdulilah mujur umur masih pjg.Pak Bakar,mak aku tak tau pun.