Sunday, December 13, 2009

Takziah Untuk Seluruh Keluarga Ain.

Daripada Nya kita datang dan kepadaNya kita pasti akan kembali.
Ayahanda kepada rakan kita Fatimah Zahrin atau Ain iaitu Cikgu Mohd Taib telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini - menurut sumber dari Mazli dan juga DZ and Kamal. Kepada Ain dan seluruh keluarga diucapkan takziah. Moga-moga Allah menempatkan roh Allahyarham di kalangan para kekasihNya. Alfatihah.

3 comments:

TAL18 said...

Layarilah web aku,sapa mau joint pun boleh ..belum start lagi....excelifenetwork.com

ain said...

Renungan bersama…
“Dari Allah kita datang dan kpd Allah jualah kita kembali. Setiap yg bernyawa itu pasti akan mati, bila sampai saat yg dijanjikan tidak akan dilewat atau dicepatkan walau sesaat pun “
Demikian janji Allah.

Semoga kita semua redha dan tabah menghadapi apa jua ketentuan Ilahi dalam menjalani kehidupan seharian kita.

p/s Terima kasih kepada semua yg berkesempatan datang menziarah (mohon maaf saya tak sempat berjumpa dgn sdr. semua) dan yg mengirim salam takziah serta iringan doa juga saya ucapkan ribuan terima kasih.

Drpd. Fatimah Zahrin Mohd Taib serta seisi keluarga

Jamaludin Abu Bakar said...

jodoh pertemuan ajal maut dah ditentukan oleh Yang Maha Esa.