Tuesday, December 8, 2009

Jauh di mata dekat di hati

Masihkah kita ingat ?
Seorang gadis kecil penjual nasi lemak sebelum kesekolah? Didenda kerana lambat kesekolah oleh sebab sibuk dengan nasi lemaknya. Dan dia jadi masyhur kerana itu! Bukan masyhur kerana larian pecutnya seperti Zuraida Kamarudin.
Hari ini dia telefon saya. Saya ingatkan di Selangor, saya sudah jauh merantau meninggalkan Kedah. Rupanya dia lagi tera. Perantauannya merentasi benua dan lautan. Padang pasir dan gunung ganang. Budaya bangsa dan agama. Beribu-ribu kilometer jaraknya. Dan menjadi pemastautin tetap disana sejak 15 tahun yang lalu. Jauh dan lama, tetapi pelat Kedahnya tetap pekat macam kuah rojak, hati nya tetap dekat dengan Jitra. Setia dari masa kemasa mengikuti perkembangan rakan-rakan sekolahnya dulu.
Di kota London, dia berkerja di firma guaman. Berhijrah kesana setelah menamatkan perkhidmatan guru kerana mengikut suami. Walaupun kampungnya di Jitra hanya tinggal dalam kenangan tetapi majlis perkahwinan anaknya kelak dirancang untuk di laksanakan di Jitra. Sekitar bulan Julai 2010.
Sempena reunion kita di Bendang D Kelubi, sudah pasti dia tidak dapat balik, tetapi hatinya tetap bersama kita. Salam ukhwah SMJianya dihulur buat kita semua. Dia sebenarnya hadir bersama kita. Grup form boleh berbangga dengannya kerana dia dari aliran sana.
Saya kehilangan kata-kata mengingat hal-hal begini.
Zuraida Zainol Rashid atau pun Che Da, saya kagum dan menghargai anda. Sokongan anda dari jauh besar maknanya buat kami. Kami mendoakan anda sekeluarga agar sentiasa terpelihara diperantauan. InsyaAllah.
Sesungguhnya, Jitra memang besar maknanya kepada anak-anak yang membesar di sana. Sebab itu lah Omar Kasim, Ismail Taib, Saad Shaari , Fazil Baharum, Yaakub Hambali, Md Zain misalnya, setelah jauh melaut balik mereka ke pangkuan Jitra akhirnya......

8 comments:

TAL18 said...

Kenai sangat dgn dia adik dia classmate kami ..pun jual nasi lemak juga dalam kelas

KODEN said...

Salam,

Saya ni, bila2 pun amat teruja bila dengaq crita ada bro/sis yg kuat attachment dgn Jitra. Lebih2 lagi bila Mat senaraikan seghengke nama2.
Saya tabik tak cukup tangan utk Zuraida Zainol Rashid yg saya kabur nak mengingati nya. Tapi yg tu tak penting. Yg penting la ni silatul rahim kita bertaut semula.
Tahniah kat bro sis spt ISA, Dara59, Che Azmi, MakNgah yg melalui ketajaman nukilan telah berjaya merendangkan pohon silatul rahim kita.
TQ kpd bro/sis yg berkenaan. Please jgn silu n layu dari terus berkarya sambil merapatkan kami semua.
Wassallam.

KODEN

Anonymous said...

Salam 1M, tahniah unt Md saman, pasal blog dia ramai kenalan 1971 kita jumpa, otak aku ni bab tu cepat lupa nama-nama mereka, bila tersenarai oleh Ibnusaman, aku sebak juga teringat geng lama. Che Gayah, aku dulu dok syok kat dia..tak tau dia kat mana..Non (yang gemuk) dok kat tepi sungai Tjg Pauh..k jumpa kat sana

RAMLAN said...

Lupa masuk nama tadi...RAMLAN HUSSIN from Seri Manjung

cikMilah said...

Salam bro..
Zuraidah Kamarudin tu.. kakak ipaq chek.. hehehe
Kami batch '76 pun ada re-union gak, sila la kunjungi blog adik-adik yang tak di kenali ni...
http://smjclassof76.blogspot.com

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Chekmilah ooi,
hantag mai la no.telefon kak ipag chek tu..kami nak ajak dia sama join Bendang Kelubi .. kalau sudi la...

sitirokiah said...

che da... hari tu dia call saya dari london...sembang lebih setengah jam...sesungguhnya peribahasa tok nenek kita cipta dulu tu teramatlah tepat. tentang belut pulang ke lumpur, bangau yang terbang tinggi...ralat sangat saya tak dapat balik 26 ni...tak tau la kut-kut tiba2 boleh balik...alangkag meriahnya...

mad apa nama tempat yang kita nak pi esok ni...bukan apa nak cari jalan dlm google, kalau mad boleh bagi pelan lagi cantik...

drp, maklang siti rokiah salleh...
anak jati lubuk kawah yang masih merantau...

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Pantai Bagan Lalang.
Ambil jalan ke FI sirkit, ikut jalan ke kuater KLIA, trafik lite simpang 4 ambik kanan ikut sampai jumpa Pekan Sepang, ambik kanan lagi, lalu Pekan Sungai Pelek kira-kira 3 KM ada perumahan sebelah kiri, belok masuk kut tu. Ada sign board semua.