Monday, December 28, 2009

Bendang D Kelubi - Final

Bendang D Kelubi telah berlalu meninggalkan seribu kenangan mencatat sejarah tersendiri.
Bagi pihak Urusetia Penaja, saya memohon berbanyak maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan yang sudah tentunya ada dan tidak dapat dielak. Harapan kami, sentiasa yang terbaik. Mudah-mudahan ukhwah sesama kita terjalin semula dan bertambah kukuh.
InsyaAllah, kami akan kekalkan momentum ini dan berharap akan terus terusan mendapat sokongan dari rakan-rakan semua dari masa kemasa.
Kepada rakan-rakan dan guru yang tidak dapat hadir kali ini, masa berbaki masih ada dengan izin Allah.
Pertemuan semula setelah 30 tahun, bergabung antara dua aliran yang saling berprasangka, memang sesuatu yang sungguh bermakna. Segala penat lelah kami berbaloi melihat rakan -rakan berdakapan dan bersalaman penuh mesra.
Kakja dan suami (Ramli), Mak Lang Siti, Norliza, Basharah, Kamal, DZ, Mazlee, - nama mereka kita pahatkan di Bendang Kelubi ini. Sudah tentu juga kecekapan Che Man Hamid mengendalikan majlis seperti Schumacher memecut di litar. Begitu juga rakan-rakan yang turut menyumbang tenaga, makanan dan wang ringgit . Dan akhir sekali rakan-rakan semua yang sanggup merentas selat dan lebuhraya, meninggalkan anak isteri demam di rumah, kenduri jiran dan saudara - semata-mata untuk bertemu di majlis ini. Ia sungguh mengharukan.
Bila mengenangkan semua ini, kepenatan pemanduan balik ke Selangor meredah malam semuanya berterbangan bersama angin.
Kita telah ujudkan AJK Penaja untuk merealisasikan sebuah pertubuhan secara legal. Tujuan nya untuk pergerakan lebih konsisten , sistematik dan berterusan. Jika rakan-rakan ada komen dan pandangan, sila utarakan, jangan baratkan ia. Ia untuk kebaikan bersama.
Penghargaan khas juga buat isteri saya serta anak-anak yang memberi sokongan penuh membantu urusetia menjayakan majlis ini.
Alhamdulillah.
Sila intai WAJAH-WAJAH KITA
Nota : Respon kepada permintaan Abd Razak Jusoh, di senaraikan AJK Penaja yang telah dilantik untuk tindakan lanjut merealisasikan aumni kita.
1. Pengerusi : Ahmad Saman
2. Tim. Pengerusi : Aliyah Ramli
3. Setiausaha 1 : Che Man Hamid
4. Setiausaha 2 : Mazlee Ahmad
5. Bendahari : Siti Rokiah Saleh
6. AJK : belum dan akan dilantik seramai 5 atau 6 orang.
Senarai diatas adalah AJK Penaja. Sesudah penubuhan, akan dilantik AJK Tetap dalam Mesyuarat Agung 1 & Alumni 2. Pemilihan untuk AJK Tetap diharapkan terdiri dari calun-calun tingkatan dan Form supaya lebih seimbang dan menepati matlamat perhimpunan kita ini.

14 comments:

sitirokiah said...

Mad, saya memang tabik awai2 lagi melihat isteri dan anak-anak mad bertungkus lumus membantu segalanya...terima kasih tak terhinggas kepada mereka...Pn Maznah dan anak-anak. Tapi saya percaya mereka demikian kerana bimbingan dan diteraju oleh suami dan ayah mereka yang memang hebat dan komited. Hanya Allah yang membalasnya...

Maaf hari tu mad, kerana saya terpaksa meninggalkan majlis yang belum selesai... kerana terpaksa pulang petang itu juga. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana berjaya merentas harungan dan berjaya menghadirinya...terima kasih juga atas usaha kak ja yang berjaya membuatkan saya balik ke jitra...

RAMLANHUSSIN said...

Jutaan TQ unt u all..syok betul...kepada rakan yang belum pernah mai Teluk Batik silakan laa.aku sedia menaja..Md aku menitiskan air mata bila u cerita pasai makan ubi kayu tu..susah betul hidup kita masa tu..sebabtu bila aku tengok anak murid susah aku bantu sampai pi rumah mereka..tq..tq..Ya Allah

razak said...

Tq mad.Dalam kesibukan kenduri kendara di sebelah rumah,aku paksa juga diri aku untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama.Meredah lautan dan penat di perjalanan ku terbalas bila dapat berada dibendang kelubi.Tk Mat dan semua yang separuh mengenali aku yang tak sebaris nama sebutan di smj dulu.Thanks

cbazmi said...

Salam Mat,

Banyak orang merancang nak buat itu nak buat ini, tapi hanya tinggal rancang. Dari sepuluh tahun menjadi 30 tahun, dari bujang sampai dah dapat cucu yang dirancang masih tak tentu.

Sukar nak kata, aku nampak hang tak rancang tapi hang kata dan hang cuba. Kak Ja , Mak Lang dan sahabat2 pula sekata nak cuba. Akhirnya apa yang dicuba dah berjaya. Alhamdulillah sahabat2 semua sekata majlis tu memang dah berjaya.

Tq.

madud said...

Tercari2 juga nama den, tapi nama orang lain pun banyak lagi tak di sebut, hehehehe

Syabass Mad. Tapi nak tanya sikit. Tahu tak yang sebuah persatuan bekas penuntut SMJ sedang di daftarkan? Ia sudah mempunyai protem komiti dan menunggu, kalau tak silap, 6hb 6,2010 untuk mengendalikan mesyuarat perasmiannya dan perlantikkan. Nama nya sudah di pilih ia itu Alumra, singkatan Alumni Jitra kot? hehehe Sila hubungi saudagar Khoden untuk maklumat selanjutnya.

Takut pulak nanti permohonan bertindih menjadi masaalah pulak nak mendaftar dengan pendaftar persatuan. Betul tak?

cbazmi said...

Salam,

Saya rasa tak jadi masalah kut kalau kita nak buat persatuan khas untuk geng kita 1971-1976 ni. Bak kata kita duk dalam kampung kecik berpenghulu. Mudah sikit nak berurusan.

Alumra tu besaq bak sebuah daerah, kalau nak jumpa DO penghulu dengan JKKK dah cukup... kut2 la orang lain sebuk sangat tak dak masa nak pi.

Tq.

Jamaludin Abu Bakar said...

Jutaan TK kepada Mat Lazim nama kami pange di kpg dan Kak Ja dan terima kasih tak terhingga kpd saudara sesusuan Osma Harun kenai dia dalam bedung kain lagi xboleh menikah dgn dia kami isap nen sekali. pasai dia aku dpt jumpa member 30 thn dulu
Walaupun tak jumpa lebih 30 thn boleh cam lagi sprt Ramlan Husin tgk dari blkg boleh kenai lagi,Che Azmi Bidin,Zul Shafei,Zul Din,Md Rahim,Ah Hui(Mohd Ikram)tabek dkt dia jadi muslimin sejati Zamri Ramli,Tajudin Yahya,Jamil Hashim walaupun mcm tu sampai juga dia,Pak Ya tahniah dkt dia anak dia dapat SPM 10A1 2008,Mazli,Aliyah,Norliza besa jumpa di USM dan Osma sepupu aku.
Maznah Hamid dok jumpa tapi Xkenai nak tegor tapi tak berani.Mohd Tamin langsung xingat dia,rashidi tgk muka kenai nama lupa,Basharah lama dok tengok baru cam macam tu juga dgn Fatimah.CT Rokiah Salleh dok ingat kecik dan come lote lagi dgn tocang 2 mula dari sekolah rendah lagi mengaji sekali dgn dia kot-kot boleh kenai dia rupa-rupa nya belain teruih jumpa kot jalan memang tak kenai untuk pengetahuan dia Kem mana ada pagak jalan nak pi lubok kawah pasiak lada lagi.
Pi kenduri (28.12) Noran Haron kenai idong dia saja dia tgk aku memang tak kenai confirm dia tak kenai langsung
Sampai teman sekerja marah tak pi kenduri depa,aku minta maoh byk2 pasai nak jumpa member lama bukan senang nak jumpa depa.
Semoga dapat jumpa lagi dengan semua insyaallah

kamal said...

Salam semua,

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..TQ segala usaha Mad selama ini termakbul sudah..walaupun geng kami kureng yg hadzir..aku salute kat hg Razak sanggup langkah lautan untuk bersama2 kita semua..

madud said...

salam alaikom,
betul jugak tu cbazmi, kita2 saja kan. saya cuma bagi pendapat. apa2 pun, saya menyokong usaha itu

razak said...

sori mad aku balik awai.boleh ke hang snaraikan ajk yang lantik petang tu.

cikMilah said...

Salam 'alaik, tahniah!!
Minta maaf banyak-banyak saya tak dapat memenuhi jemputan hari tu,saya baca jemputan tu kat Sadao waktu tunggu suami solat jumaat. Kami bercuti. Cuba telefon kawan-kawan yg lain, ingat nak hantaq wakil dari class 76-80, semuanya ada hal, maklumlah banyak kenduri bagai...
semuga ukhuwah terus erat.

Esok nak pi cari brother yang melukis kat Pesta PEnang tu..InsyaAllah. Kalau tak berani tegur, chek tinjau dari jauh..hehe

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Terima Kasih Madud atas buah fikiran hang. Seperti kata Che Azmi, ALUMRA terlalu luas. Kira Kerajaan Persekutuan. Yang kita nak buat ni Kerajaan Negeri. Kelak kerajaan negeri bernaung dibawah kerajaan Persekutuan. Ini rasanya lebih afdal pasai grup 71 - 76 tu kita semua saling mengenali dan berkongsi pengalaman yang sama. Manakala ALUMRA pula bermula dari mula SMJ hingga kepada batch semasa. Yang penting kita tetap sokong ALUMRA baik cara individu ataupun melalui kumpulan kita. Aku rasa ianya OK. Dari segi pendaftaran, jika bertindih, kita ujudkan secara virtual atau latent ataupun atas nama lain yang sah di sisi undang-undang. Tak tau la pendapat rakan-rakan lain.

KODEN said...

Salam,

2-3 hari tak dak line nak tengok blog. Naik melecaih dok nak tau perkembangan cerita perhimpunan d Bendang d Kelubi. Lega bila buka2 mlm ni, nampak cerita perhimpunan yg mendapat komen yg sedozen.
Tahniah kat semua yg telah menyumbang utk menjayakan perhimpunan yg bermakna tu. Saya sekadar dpt kirim salam saja la sbb hal2 yg tak dpt dielak.
Anyway, cuit Madud tu baik niat nya. Penubuhan Persatuan pada hari tu pun baik juga niatnya. Yg penting, dmana yg perlu bersama, kita bersama dan dmana yg nak deksklusifkan kpd 71-76, kita carakan la.
Selagi kita tak bercerai dgn warga2SMJ yg lain, saya pun nak join.
Wassallam.

KODEN

madud said...

you are right koden, mungkin boleh kira sebagai kelab saja kot?