Tuesday, December 1, 2009

Cerita Kampung Lagi

Walaupun rencananya sama, tetapi pengalaman setiap kali balik kampung tetap berbeza. Seperti kata ahli perniagaan , buat perkara yang serupa tetapi dengan cara yang tidak sama.


Kali ini sempena kenduri kakak saya kawinkan anaknya serta kenduri Satirah , juga kawinkan anaknya. Pada musim cuti begini, dimana-mana pun cerita mengenai kenduri kawin. Musim cuti dan kawin ibarat irama dan lagu. Sungguh sinonim.


Saya sewa sebuah homestay di Taman Mahkota, belakang Pasaraya Yawata, Bandar Darulaman. Kadar RM130.00 satu malam. Sebuah rumah semi-d lot tepi. Homestay ini milik seorang pesara guru , Cikgu Desa yang peramah dan mesra. Busines homestay di utara Kedah macam cendawan. Keujudan beberapa pusat pengajiaan tinggi, sekolah asrama penuh, kolej etc menyebabkan permintaan kepada homestay melonjak. Bagus juga. Bagi orang seperti saya, anak kampung yang kehilangan kampungnya, buleh juga tumpang berteduh bila rindu nak balik kampung.



Saya telefon Mohd Rodzi Abu Seman, seorang rakan yang berkhidmat di UUM. Sempena Raya Haji, pada hari Khamis depa dapat balik awal. Dia ajak saya makan bihun sup dekat tempat paling nostalgik - tapak stesen bas lama dekat simpang nak pi Kodiang depan Balai Polis Lama. Tempat itu kelihatannya suram. Bangunan lama pejabat pos masih ada. Warung bihup sup terletak di pinggir saliran yang merentas Pekan Jitra. Di simpang tiga ini lah dulu pusat pertemuan penting antara Kodiang, Changlun dan Alor Setar.


Sedang kami menikmati bihup sup yang enak itu, datang seorang pengemis yang kurang akal. Saya rasa saya kenal pengemis tersebut. Semasa saya sekolah dulu, dia masih muda remaja, tetapi kini kelihatan telah berumur tetapi tetap sehat. Rodzi menghulurkan seringgit dua dan dia berlalu pergi. Teringat saya kepada seorang lagi pengemis yang sinonim dengan Jitra. Nama En ( mungkin singkatan dari Ibrahim). Dia pakai kain pelikat gulung besar paras lutut dan tidak pakai baju. Rambutnya gondrong. Sangat suka menjeling dan merenung orang. Tetapi dia tidak menggangu dalam konteks ganggguan fizikal. Saya tanya Rodzi. Katanya En pun masih ada dan sehat. Selalu terserempak dengan nya melilau dalam Pekan Jitra seperti dulu juga.


Selepas makan dan hantar Rodzi balik dirumahnya Taman Bunga Raya, saya recce D Bendang Kelubi. Restoran tutup. Jarak restoran ini dengan simpang lampu isyarat Pusat Kesihatan Jitra ( depan Sek. Keb. Jitra) ialah 2.1 KM.


Pada petang Sabtu, semasa berhenti tepi jalan dekat Tanjung Pauh selepas balik dari rumah Md Saleh Bakar di Kg. Gelong, terserempak dengan Kakja dan Ramli yang nak pi makan kenduri dan nak singgah di rumah Satirah. Balik dari sana, mereka singgah raya di Homestay saya.


Malamnya pulak minum teh dan Char Koey Teow bersama Md Tamin dan Che Azmi dekat warung depan Yawata. Depa pun dah sampai kampung kerana nak pi kenduri Satirah esok.


Sebelum balik Salak, saya singgah sekali lagi di D Bendang Kelubi. Masih tutup juga. Tak dapat lah nak rakam imej lebih dekat melainkan gambar jarak jauh saja. Overall tempatnya OK. Tak sempat nak singgah rumah Md Jamil dan Md Jaafar. Tak Sempat juga nak singgah Pesta Pulau Pinang tengok DZ berniaga. Mintak maaf manyak-manyak lah Mazlee. Lain kali lah nampaknya.

Sebab dalam perjalanan nanti nak singgah di Zoo Taiping menunaikan permintaaan anak bongsu saya Siti Hawa dan juga pekena Mee Udang Banjir Mak Jah di Kuala Sepetang.

2 comments:

darah59 said...

Salam..No problem lah kalu tak dak masa nak singgah, sebulan ada kat sini. Mungkin ada trip lagi ke utara..
WASSALAM

Anonymous said...

Salam, Ramlan ucapkan tq kepada Md Saman..rajin betoi dia wat cite2 cam ni..memang bulan ni bz dengan kenduri kawin..anak bongsu i sedang dalam edah berkhatan( ingat perkataan" TING TONG LIAP " tiap kali budak sunat..i remember that 3 word..K kita jumpa kat Kelubi 26 nanti..hehehehehe