Saturday, December 19, 2009

KEBETULAN ITU TAKDIR

1. Malam masih muda. Kira-kira jam 10. Saya sedang memandu di lorong kiri lebuhraya PLUS dalam perjalanan balik ke Sepang dari Batu Gajah Perak. Trafik tidak lah berat sangat. Kerana itu perjalanan agak lancar.

Sampai di Behrang, tiba-tiba sebuah Vios hitam plet Kedah 3003 memintas. Antara percaya dengan tidak saya terus telefon Kakja. Sahih. Mereka dalam perjalanan ke rumah anak mereka, Faiz di Sg. Merab, Selangor.


2. Kerana tidak mahu kelam kabut pada saat-saat akhir, saya bawa anak-anak untuk beli keperluan sekolah mereka di Pusat Beli Belah Warta atau Bintang di Bandar Baru Bangi. Tempat ini tidaklah sibuk macam Alamanda di Putrajaya.

Dalam sosak-sosak itu, tiba-tiba terserempak dengan seorang lelaki. Saling berpandangan kemudian dia menyapa.

" Orang Kedah ya ?'

" Ya .. jawab saya.

" Kedah tang mana ?' tanya dia .

" Jitra " jawab saya.

" Rasa macam pernah nampak ' katanya lagi,

" Dulu SMJ ka? balas saya kembali.

" Ya . saya remove dulu batch 1976."

" Kalau gitu kenai la Koden, Kamal apa semua tu..

" Awat tak kenai nya .. Mat lazim Hanafi, Talib apa semua tu geng kami la ..

Perbualan jadi tambah rancak. Memori dia memang kelas satu. Buleh cam lagi rias-rias muka saya. Kalau saya pelau la. Memang tak ingat. Tetapi klasiknya yang saya kena tabik ialah kesudiannya menegog. Itu lah dia Mohhidin Othman. La ni dia mengajar di UPM - Sains Permakanan.

Saya ajak dia join Bendang Kelubi tapi dia tidak dapat kerana ada hal tak dapat elak.

Kedua-dua peristiwa ini menguatkan tanggapan saya bahawa kita dikalangan kawan-kawan buleh jadi pernah bertemu dimana-mana sebelum ini tapi saling tak kenai. Tempuh 30 tahun tu bukan sat. Kalau kita ada maklumat , seperti plet nombor kereta pun, pasti kita buleh recognise bila terserempak di jalanan.

Ada orang dia tak mau tegur takut salah orang. Tapi itu sikap merugi. Tidak salah kalau tersalah orang yang ditegur. Keberanian Mohhidin ini patut dipuji dan perlu di teladani.

Beliau buleh di hubungi melalui HP 017 237 3824 atau di :-


Dr. Mohhidin Othman
Department of Food Service and Management
Research Group : Food Service Management
03-8946 8363 Fax :
mohhidin@putra.upm.edu.my
LOCATION : FOOD1 , ROOM NO. : 119


5 comments:

tak berjaya said...

Baguih laa hangpa semua dah berjaya

razak said...

22hb adalah hari pertemuan suara aku dan dr mohiddin osman,UPM.Panjang cerita kami kupas dan saling ingat mengingati.Kenangan lebih 3o tahun berlalu. Laman blog aku : http://datukr.blogspot.com

RAMLANHUSSIN said...

Cikgu Zakaria Bakar dia kat SK Tunjang duduk kat Taman Suria..

KODEN said...

Salam,

Adoi, sapa hamba ALLAH yg pakai nama "tak berjaya" ni? Tok sah la dok cakap gini. Dah senja2 ni, syukur dgn apa yg dah dpt dituai dari apa yg telah diusahakan.
Banyak aspek lagi kejayaan tu boleh dihitung.
Yg penting kita pikiaq positif.

Wassallam.

KODEN

glassman said...

Kebetulan, ada kerja sikit kat Mardi Serdang, tapi tak tau dan tak ingat no talipon Dr Mohhiddin. Jadi sapa lagi nak di cari kalau bukan kawan kita, Mohd Kamal Hussin! Minta kamal sampaikan kat Dr Mohhiddin. Kamal balas bagi no talipon. Paham2 lah, hang talipon sendiri laaa, hehehehe. Jadi kita pun sms laa kenalkan diri dan bagi tau sedang ada di Serdang. Dr Mohhiddin pun jemput laa pi kaa Fakulti Makanan tempat dia mengajar. Dapat laa jumpa dia, dok sembang2, dia tanya sapa yang mai, dan sebagainya lah. Malang nya, aku punya memori chip agak lemah, hahahaaha. Nama yang terpacul hanya nama2 Nordin Ahmad, Talib dan Geng2 dara59. Yang lain2 dari tingkatan tu minta maaf laa, bukan aku belagak,,, hahahahahaahaa.