Sunday, April 25, 2010

MELAYU DAN KISAH LEBAI MALANG

Lebai Malang seorang Melayu zaman dulu. Ia ada seekor ayam laga jaguh yang paling hebat. Tiada seekor pun ayam laga lawan dalam negeri Melayu tersebut boleh mengalahkannya. Dengan bangga Lebai Malang mencabar mana pihak yang sanggup mengalahkan ayam laganya.
Seorang asing yang datang ke kampung Lebai Malang teruja dengan senario ini. Kehebatan ayam laga Lebai Malang adalah satu peluang baginya.
Ia menemui Lebai Malang dan ajak berlawan laga ayam. Pertaruhannya kampung Lebai Malang sendiri. Sekiranya kalah, kampung tersebut akan menjadi milik orang asing tersebut.
Orang asing tersebeut sedar bahawa tiada mana mana ayam lagi di negeri itu mampu mengalahkan ayam laga Lebai Malang. Jika mahu megngalahkannya, mesti melalui taktik dan bukan kekuatan atau kehebatan seekor ayam.
Setelah berfikir dan sabar mengumpul maklumat maka orang asing tersebut mendapat idea. Dia mencari seekor ayam yang kelihatan sangat cantik, hebat dan menarik untu dilagakan dengan ayam Lebai Malang.
Tiba pada hari pertandingan, orang asing tersebut menemui Lebai Malang dan membuat tawaran menukarkan ayam laga masing-masing dengan beberapa bonus tertentu. Setelah difikirkan dengan tawaran aorang asing tersebut yang lumyan, Lebai Malang terus bersetuju dan lupa bahawa pertaruhan pertandingan itu adalah kampungnya.
Araikian, maka bertarung ayam kedua-dua ayam laga tersebut. Seperti diduga dengan mudah sahaja ayam laga Lebai Malang menewaskan ayam laga orang asing tersebut. Melihat kepada keadaaan , Lebai Malang pun bertempik sorak atas kemenangan ayam laganya sehingga terkoyak pakaian dan memdedahkan auratnya sendiri. Dia terlupa bahawa ayam laganya itu kini milik orang asing setelah ia bersetuju menukarkannya sebelum pertandingan tadi. Dia hanya tersedar dan baru menangis apabila orang ramai memandang dan mentertawa akan dirinya yang terdedah aurat oleh sebab pakaian terkoyak dan pengadil mengistiharkan bahawa orang asing tersebut telah menang pertandingan itu dan mendapat hadiah kampung Lebai Malang.
Kasihan Lebai Malang. Ayam laganya menang tapi kampung tergadai.
Ini selembar kisah mitos satira zaman dulu yang berlaku pada hari ini terhadap orang Melayu. Menang bersorak kampung tergadai.

2 comments:

KODEN said...

Salam Mat,

Aku amat tertarik dgn atikel ni. Komen aku sikit saja....

MELAYU MUDAH LUPA!!!

Wassallam,

Koden

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

aku nak tambah sikit Koden.. selain kita ni mudah lupa..maaf la .. kita jugak bodoh sombong..nak buat lagu mana.. dah jadi orang melayu..
aku amat sedih bila seorang negarawan terkemuka mempertikaikan ulamak zaman dulu dan minta penginggalan mereka dikaji semula.Dia siap kata ulamak-ulamak tu macam diri, tentu ada buat salah (diri dia memang banyak buat salah, khususnya dalam mencabar bukan saja ulamak dulu, tapi hukum syara').. itu pun orang Melyu dok puja dia gila.. memang la Koden MELAYU MUDAH LUPA, MUDAH KENA JUAI DAN MUDAH PULA DIBELI..