Tuesday, April 6, 2010

MELAYU + ISLAM = KITA

Sejak dulu kala, Melayu dan Islam sinonim. Macam ikan dengar air. Macam kereta dengan minyak. Macam irama dan lagu , kalau mahu lebih estetik. Ertinya, kedua dua ini saling melengkapi. Perlu bergandingan. Sejalan beriringan. Jikalau tidak, pincanglah nyanyi. Bahkan lebih daripada itu. Boleh menjadi kerosot masai. Menjadi dilema, seperti kata Che Det. Dan memang benar, ianya telah terjadi. Sedang berlaku dan akan melarat, jika tiada usaha usaha penuh hikmah dicari dan dilaksanakan secar berhemah.
Hari ini, Melayu telah serpeh menjadi sekurang-kurangnya dua keping. Sekeping Melayu UMNO dan sekeping lagi Melayu PAS. Melayu PAS pulak ditenggek oleh Melayu PKR. 99.9% Melayu-Melayu ini menganuti agama Islam yang ajarannya hanya satu untuk seluruh umat di planet bumi dan angkasa lepas. Persoalannya jika semua Melayu di Malaysia menjadikan Islam sebagai pedoman hidup, mengapa mereka harus berpecah, berpuak-puak? Bukankah standard untuk menyelesai segala masalah telah diwariskan kepada kita oleh Rasullullah SAW- iaitu sunnah baginda dan kitab Allah AlQur'an. Dan Allah pun menyuruh kita kembali kepada kitabNya serta sunnah RasulNya untuk mencari sepakat jika berbalah.
Ini cabaran paling hebat yang telah Nabi sebut 1400 tahun dulu. Rupanya ia adalah kisah yang berlaku pada zaman kita. Kita dapat saksikan dengan jelas bagaimana sunnah-sunnah baginda ditnggalkan ditepi jalan, bahkan lebih teruk diperlekeh dan dikeji atau dibuat lawak. Hukum syarak dipersenda. Dibayangi hukum Civil.
Rengkasnya, orang Melayu tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sepatutnya. Mereka bercakap sahaja. Mungkin kerana kurang ilmu atau mungkin kerana ada pengaruh dan kepentingan lain. Mereka beramal ikut ikutan. Tidak dengan ilmu. Maka sia sia lah amalan mereka kerana kata Imam Al Ghazali - bermula setiap amal itu dengan ilmu.
Sebab itu, natijahnya dapat kita lihat dengan jelas segala masalah sosial dan iman umat Islam sedang kronik kerana mereka ini menjadi kancil yang terkapit oleh UMNO dan PAS yang bertarung memetik tampok pemerintahan negara.


1 comment:

Anonymous said...

Salam Mat..Untuk menyatukan melayu UMNO & PAS apabila berlaku kacau bilau,huru hara atau cha ya nun alif jadi pemerintah d Malaysia, masa tu org melayu baru lah nak bersatu menentang penjajah spt nenek moyang kita dulu..buat apa dah terlambat...13 mei saja mengajar org melayu untuk bersatu