Tuesday, March 30, 2010

KENURI ZAHARI


Waktu memang suntuk. Hanya cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Tetapi kerana hajat besar nak jumpa kawan kawan lama SMDSO, saya balik jugak ke Jitra. Kali ini kumpulan Tingkatan 6 1976-77 bersempena kenduri kahwin anak Zahari Ismail di Jalan Sultanah , Alor Setar.
Sampai di Bdr. Darulaman terserempak dengan Jamen. Sembang panjang jugak tapi tak sempat kena teh tarik. Lain kali Jamen. Kalau Fazil Baharum tidak pergi Bangi, barangkali jadi berimpun pasai Fazil ni istimewa dia, boleh himpun kawan-kawan untuk minum kopi.
Homestay semua fully booked. Tidak terfikir bahawa sekarang musim konvo di utara. Mujur dengan bantuan Kakja dapat tumpang rumah rehat kawan dia di Pulau Nyior , Cikgu Zul. Terima kasih.
Tengahari Sabtu itu pergi kenuri kesyukuran Mariam Ali. Yam ni dulu rakan sekelas dan rakan pasukan melukis mural bangunan sekolah SMDSO. Berjaya kontek Yam melalui Abd Kudus dan Mahathir Mat. Ajak Yam join kenuri dan reunion dirumah Zahari, tapi dia tak dapat sebab ada meeting PIBG.
Balik dari rumah Yam, pi rumah emak Kakja di Kg. Nyior. Kami berimpun di sini pulak. Kakja panggil Che Piah, Basharah, Maznah Hamid dan Mazlee. Kami bincang apa yang patut untuk tolong Che Da masa kenuri dia pada 31 Julai nanti. Beraya sakan di rumah emak Kakja kerana adik Kakja dan suami sediakan macam-macam makanan, dari garam belacan sampai ke nasi tomato. Terima kasih daun keladi. Kakja dan Basharah juga tak dapat pergi kenuri Zahari.
Pukoi 1.00 tengahari Hashim Mae telefon. Dah sampai rumah Zahari tapi seorang pun rakan takdak kata dia. Memang lah, sebab kita plan pukoi tiga ke atas, yang dia pi pukoi satu tu sapa suruh.
Tatkala saya sampai tepat pukoi tiga, tengah kalut cari pakir, jongoi Abu Samah dan isteri yang baru sampai. Tidak lah rasa segan. Ada kawan nak masuk majlis. Maklumlah majlis besar – satu padang awam tu Zahari konker untuk majlis dia.
Jumpa Zahari tengok tak banyak berubah. Muka ceria pun ada, letih pun ada. Melilau cari kawan-kawan dan akhirnya jumpa lah meja Mat Lebai Sudin, Saad Taib dan Hashim Mail. Episod kenuri di rumah Kakja berulang di rumah Zahari.
Antara yang hadir haritu Ali Pa (Sazali Mustaffa) dari Langkawi, Md Ayob Yaakob, Abu Hasan Yaakob, Yusuf Abas, Mzal Hashim, Siti Mariam Hamzah, Mahathir Mat, Azmi Jaafar, Siti Hadijah Mustaffa, Rusni, Idris Ahmad, Abd Kudus, Abu Samah, Hashim Ismail, Dato’Ahmad Lebai Sudin, Saad Taib, Azmi Hasan. Nampak kelibat Sopiah Isa. Agaknya dia balik awal macam Abdul Rahman Zainol.
Ramai kawan-kawan lain tidak dapat hadir kerana Ahad hari bekerja di Kedah. Tidak mengapa, kami plan akan buat satu perhimpunan khusus seumpama di Bendang Kelubi. Kali ini mungkin akan menggunakan SMDSO sebagi port.Azamudin Hj Ahmad yang jaga bahagian pembangunan kata tak dak masalah kalau nak buat di SMDSO. InsyaAllah. SILA KLIK KELIH GAMBAR

2 comments:

Ku Azir said...

salam,
terharu jumpa member-member lama. Ada yang bulat ditengah,didepan,ditepi dan di belakang. ..yalah stail masing-masing.apapun tkasih kat zahari tuan kenduri.Atur lagi Che mat aljalawi..kali buat baby q kambing sungai buluh boleh kut.Tk.- Ku Azir.-- khooahjit.blogspot.com

Jamaludin Abu Bakar said...

Sorri Mat Lazim nak buat mcm mana member ada hal masing-masing.Aku ada tgk Abu Samah solat subuh di masjid mutaqin tapi dia tak kenai aku pulak jeneh segan nak tanya.