Monday, March 1, 2010

trajis, kejam, geram, pilu.......

Dua hari lalu gempar lagi. Kali ini berita kematian kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun. Barangkali kisah paling trajis dalam tahun ini. Kalau dulu kanak-kanak dibunuh dan didera oleh penculik dan perogol, tetapi kes kali ini oleh teman lelaki kepada ibunya yang juga bersekedudukan. Wa na'uzbillah min zalik....
Hebatnya orang Melayu abad ini. Bersekedudukan. Mendera dan membunuh kanak-kanak perempuan usianya tiga tahun...Lebih hebat lagi, tampil pulak beberapa pihak bersimpati dengan si ibu yang zalim ini dan menawarkan pertolongan. Saya tidak tahu apa kah hikmah disebalik semua ini. Manusia yang bersifat dengan sifat-sifat syaitan mahu di pertahankan...
Kalau kita rajin tengok National Geographic (yang ditayangkan pada waktu maghrib- agaknya supaya orang Islam tak menonton), baik ikan, kuda, singa - tidak kira lah apa jua jenis binatang yang ganas sekalipun, mereka tidak sanggup mencedera anak sendiri. Mereka mempertahankan dengan nyawa mereka...itu binatang. Ini kita manusia. Kalau sudah sanggup biar anak di dera dan dibunuh dan matinya dalam keaadan sangat trajis... tidak kah itu lebih kejam dari binatang yang paling kejam di planet bumi ini !!!
Si ibu juga perlu di adili terlebih dahulu kerana ia bersekongkol dengan suspek. Mengikut hukum Allah. Kemudian selepas itu jika hendak di pimpin semula, itu sewajarnya. Saidina Umar AlKhattab tetap menjalankan hukum hudud 100 sebatan keatas anak lelakinya , pada hal anaknya itu terpedaya meminum arak sehingga mabuk dan membawa kepada ia berzina dengan seorang perempuan.
Mohon perlindungan Allah dari semua fitnah seperti ini dari mendekati keluarga kita, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai serta mukminin dan mukminat sekeliannya.. mudah-mudahan, InsyaAllah.

1 comment:

Jamaludin Abu Bakar said...

Syaitan pun heran manusia sanggup melakukan kerja keji menendang,sepak dan membunuh kanak-kanak kecil begitu rupa.Padahal syaitan takkan buat kat anak anak dia mcm tu.manusia ni otak dia lebeh terok dari syaitan nauzubillah