Monday, May 3, 2010

KENURI DAN KAWAN LAMA

Makan kenuri lagi. Kali ini kenuri classmate di SMDSO dulu- Faezah Ismail. La ni dia kerja di Jab. Pendidikan Negeri, Kedah.
Masa saya sampai Ali Pakya dengan Azli dah siap tunggu orang hidang. Tak lama lepas tu Det kola kedah pulak. Sempat jumpa Cikgu Mahmud dan sembang. Dia dah tak ingat saya dah. Selalunya lagu tu la, murid sentiasa ingat cikgu tapi cikgu payah nak ingat murid. Pasai ramai sangat kecuali mereka yang nakai nakai macam Abu Samah, Li pa, Hashim Mail atau Mi Japag. Ataupun mereka yang pandai pandai macam Rani dengan Hamid. Atau pun hak ada trade mark macam Zahari yang kaki seluag bell bottom paling besag. Atau pun mereka yang lawa macam.. sapa dia no.. Soleha...Norizah....depa kata la..Dan menjadi mudah kawan ingat juga mukalu koro dan beleh macam saya ni....
Mereka yang mai kali ini ramai yang tak mai masa kenuri Zahari dulu. Yang mai kenuri Zahari dulu pulak ramai yang tak mai kali ini. Antara depa yang baru jumpa selepas sekolah dulu ialah Faezah sendiri, Din Derih, Din Shaari, Ein Kankong, Ali Param, Azli, Rani, Soleha, Azamudin, Hasan morad dan beberapa lagi.
Mat Lebai Sudin tak nampak bayang. Mat Rahim dengag kata mai lambat. Abu Samah dah habag tak dapat pi.
Namun begitu perjumpaan tetap bermakna dalam erti kata pertemuan semula rakan rakan dalam siri perjumpaan ini. Kita akan usahakan satu perhimpunan khusus untuk majlis reunion ini , InsyaAllah dalam tahun ini. KLIK FOTO

4 comments:

ARL, BNM(6A1) said...

Mad..hang pandai cerita,aku tak lah pandai mana, tetapi Cikgu Mahmood memang kenal aku.Sebenarnya aku pi awal lagi nak cari tempat l/kurang 10 am call faezah minta guide..akhirnya sampai dewan tu. Tak lama cikgu Mahmood sampai jadi dapat lah lama sembang dengan dia. lepas tu aku balik hotel HV. Elok cara Faezah layan kita tu, ada bilik khas, tempat solat dsbnya....nampaknya 6A1 ramai datang.Menjawab soalan hang hari tu, aku kini masih mengaji lagi kali ini dalam pengajian AlQuran dan AsSunnah di Akademi Islam UM

Unknown said...

FBI, JPNK (6A1)

Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan yang hadir semasa kenduri 1 mei 2010Seronok tengok,ada yang masih segak, ada yang montel di perut dan ada yang dah putih janggutnya.Walau bagaimanapun semuanya ceria dan sangat dekat dengan hati saya.Maaflah kerana tidak dapat melayan sepenuhnya.
Sekali pandang nampaknya kita semua telah berjaya menjadi insan gemilang dan terbilang di dunia ini, semoga kita semua akan menjadi insan yang gemilang dan terbilang di sisi Allah juga kerana masa untuk kita kembali padanya semakin tiba.Masing-masing tentu ada cara dan pendekatan tersendiri.
Kepada Mad..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga atas usaha menghubungkan kembali rakan-rakan lama. sesungguhnya orang yang berusaha menyambungkan silatur-rahim adalah sangat mulia dan perkara ini dituntut oleh Agama.Semoga sentiasa sihat dan diberkati Allah.

Unknown said...

Maaf tak dapat datang kenduri dulu

Unknown said...

Mungkin faezah tak ingat saya Yusof Abas 6A4. Tapi saya ingat sbb ingat Tn Hj Mahmud