Tuesday, November 10, 2009

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH

Tidak lama dulu saya membekalkan sebuah mesin yang diimpot kepada pengguna. Berat mesin tersebut ialah 100kg. Semasa menerima dan menghantar mesin tersebut saya memerlukan tenaga empat orang untuk mengangkat kedalam lori dan juga memindahkan ke dalam lab pengguna. Tanpa bantuan tenaga empat orang tersebut siap dengan troley sekali, memang amat sukar dan mustahil saya boleh melakukannya.
Semalam saya membekalkan pula barang yang beratnya juga 100kg. Tetapi barang tersebut di pek berasingan dengan setiap satunya 10kg. Bermakna ada 10 pek semuanya. Kali ini saya tidak memerlukan 4 orang pembantu kerana saya seorang pun mampu melakukannya. Dengan sekali angkat 20 kg, semua kerja-kerja mengangkat dan memindah kedalam makmal saya lakukan sendiri tanpa bantuan troley dan sebagainya.
Moral dari pengalaman diatas, ialah kalau kita bersatu memang sukar untuk ditewaskan. Kalaupun boleh, ianya memerlukan kerja lebih berat. Tetapi jika kita berpecah belah dengan hal masing-masing, kita dengan mudah akan ditewaskan walaupun dengan kederat paling minima. 1000 kg sekalipun boleh diuruskan oleh seorang individu jika pek berasingan. Jika pek tersebut lebih ringan atau kecil , misalnya 1 kg setiap satu lebih mudah diuruskan. Mungkin dicampak-campak saja.

2 comments:

cikMilah said...

Assalamualaikum
ziarah sini waktu google cari kawan SMJ. Tengok dlm blog "sahabat handai " tu, nampak gambar sepupu saya, Mohd Jamil Hashim - SMDSO. Dia uzur sekarang. Sembuh dari lumpuh sebelah badan tapi dah boleh bergerak sendiri. Rumahnya di taman perumahan depan Sek Men Tengku Anum kat Tok Jalai tu. Kalau brother nak hubungi dia, boleh saya bagi no telefon

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Terima kasih. Md. Jamil memang tidak pernah putus hubungan dengan saya sejak dulu lagi. Saya ada maklumat mengenainya dan selalu ziarah dia bila balik Tok Jalai. Sedar dia juga - Yati anak Cikgu Saleh Tunjang, satu tempat kerja dengan saya dulu. Barangkali cikmilah kenai juga kut dgn si yati ni.