Monday, November 2, 2009

FORM + TINGKATAN = UPDATE

Bermula, Mazlee baru telefon sebentar tadi. Maka, berbincanglah kami akan beberapa isu pasai reunion F+T.
Adapun pasai :-
1. Restoran De Bendang Kelubi OK ka?
Mengikut Ramli, depa ( kerabat guru-guru) selalu buat di situ. Saya jugak ada risik dengan kekawan lain di Kedah minta pandangan, depa semua rekomen OK. Saya layar bebrapa blog, hampir semua komen OK. Tengok gambar-gambar dia pun OK, ada surau. Ada juga gambar-gambar mereka yang telah buat majlis disitu, lebih kurang macam dekat KSA. Lokasinya juga sangat dekat dengan pekan Jitra dan SMJ, masuk ikut jalan tepi klinik kesihatan yang ada padang pavilion dan kilang ayag menet dulu ( la ni tak dak dah). Insya Allah balik kenduri Satirah ni saya akan recce dan ambik gambag masuk dalam blog.
2. Tarikh dan masa macamana?
Kalau buat malam, 25 hb Dec. 2009 iaitu hari Jumaat malam Sabtu. Tapi kata Mazlee mungkin lebih sesuai kalau buat siang iaitu pada Sabtu 26 Dec mula dari makan tengahari bawa ke petang dan ada minum teh petang sekali. Rasionalnya untuk mudahkan kaum Hawa. Kalau malam depa problem melainkan kalau kita open majlis secara keluarga ( maknanya dengan spouse masing-masing.)
3. Kos nya pulak.
Mengikut Ramli, dicaj secara hidang bukan buffet. Satu kepala RM10.00 untuk setiap hidang. Maknanya, kalau satu hidang 10 orang harganya RM100.00. Kita cadangkan caj RM20.00 satu kepala. RM10.00 untuk makan, RM 5.00 untuk minum petang dan RM 5.00 lagi untuk hadiah cabutan bertuah dan mungkin kos lojistik lain jika perlu.
4. Tempat tinggal?
Tidak termasuk. Kena cari sendiri. Bagaimanapun urusetia tidak rasmi boleh membantu uruskan. Dekat Taman Siswa UUM, Bandar Darulaman ada kemudahan penginapan rumah teres 3 bilik dengan kadar sewa RM150.00 semalam/ sebuah rumah. Elok juga kalau kita sewa sana ramai-ramai kerana terdapat banyak kemudahan tersebut di situ. Depa yang duduk dalam Kubang Pasu mungkin tidak perlu penginapan, tapi dialukan kalau nak meramaikan suasana. Saya sendiri 95% hampir pasti akan menginap di Taman Siswa ini. Insya Allah.
5. Acaranya?
Makan, minum, ramah mesra dan resuaikenai, ucapan, dialog, sudut pameran dan jualan produk niaga kawan-kawan, cabutan bertuah, persembahan multimedia nostalgia SMJ, grup foto dll.
6. Perlaksanaan.
Bincang perancangan secara online. AJK majlis ad hoc bertugas akan di lantik kemudian.
Demikianlah adanya setakat ini. Adapun, kekawan buleh komen dan tambah apa apa maklumat dan pandangan. Positif dan negatif - tidak mengapa. Soal nyamuk, tikus, lintah, pacat, siput bukan isu besag. Kira normal la. Nyamuk kampung tidak bahaya macam nyamuk bandar (aedes). Aku tau la pasai dulu aku motong getah, tiap hari tidak kurang 2 tiga puluh ekog nyamuk mengisap darah aku.
Yang penting, jangan ada kandang babi kut dekat tu.

3 comments:

kamal said...

Salam Semua

Saya cadang kita buat 26.12.09(Sabtu) start 2.00 pm..bagi spouse & anak2 pula brapa ke bayaranya?

KODEN said...

Salam,

Cadangan n garis perancangan yg nampak cukup menarik. Kompom betoi2 menu dan harga (bagi ada 2-3 pilihan menu ka) utk senang nak congak bayaran bagi 1 kepala.
Persoalan yg Kamal bangkitkan pun perlu djawab segera. Kos lojistik n hadiah cabutan istimewa..., pandai2 lah AJK congakkan.
Pada masa yg sama, aku nak menyeru kpd yg berlebihan rezeki untuk menyumbang la sikit2 utk majlis ni.
Tapi kalau boleh tok sah dok rioh rendah. Elok lah sekadar habaq n huloq kat sorang dua AJK saja.
Setahat ni aku hanya dpt kompom sokongan moral n apa2 bentuk bantuan kedeghat (yg termampu) utk menjayakan majlis ni.Kemungkinan besaq aku tak dapat sertai majlis ni. Sedih jugak tapi nak buat camna. Kalau boleh, memang aku tak mau miss perjumpaan2 gini.
Wassallam,

KODEN

Anonymous said...

RAMLAN dari MANJUNG Perak
I no problem..asal buat, i mari..bulan 12 semua guru2 cuti..selamat berjumpa GENG SMJ 1971-1973 pastu GENG PUlau Nyiur pula 1974 - 1975..