Sunday, November 8, 2009

Musim Bah

Seorang kawan yang juga bekas bos saya masa kerja gomen dulu ajak pi Kedah. Dia nak jumpa seorang ulamak di Kuala Pai dekat Bukit Tembaga, Kuala Nerang. Oleh kerana saya ni asalnya orang Kedah, maka dilantik lah menjadi jurutunjuk arah.
Kami bertolak selepas Asar dari Kajang dengan menaiki SUV Rexton beliau pada petang Jumaat. Perjalanan merentas lebuhraya PLUS lancar. Di Ipoh tidak perlu lagi lalui plaza tol seperti dulu. Depa dah buat susur keluar untuk mereka yang ingin ke Ipoh (yang sepatutnya dibuat sejak mula dulu). Mana yang nak ke utara sudah dibina laluan khas dan plaza seterusnya di Juru, Penang ( di Juru pun sepatutnya dibuat macam di Ipoh , biar bayar terus di Hutan Kampung bagi mereka nak ke Utara - lumsum sekali bayar untuk satu perjalanan).
Trafik agak sibuk kerana hujung minggu ramai orang bercuti balik kampung. Sekarang tidak lagi macam dua puluh tahun dulu. Jarak antara Kedah dengan Kuala Lumpur boleh balik hari, kata orang Kedah. Kalau dulu, koman-koman mau 9 jam baru la nak samapai Alor Setar.
Pukul 12.00 tgh malam tiba di Bandar Darulaman. Seperti biasa, tempat menginap ketika balik Kedah ialah Taman Desasiswa, UUM. Sewanya 150.00 semalam. Ia sebuah rumah teres tiga bilik lengkap dengan hawa dingin dll. Saya bercadang nak booking tempat ini untuk rakan-rakan reunion kelak. Malangnya kata petugas, bermula bulan December 2009, perkhidmatan penginapan tersebut akan ditutup terus kerana ianya akan dijadikan hostel untuk pelajar antarabangsa UUM.
Pagi-pagi kami bertolak ke Kuala Pai melalui Wang Tepus. Malangnya Paksu (panggilan kepada tok guru tersebut) tiada dirumah. Menurut anak beliau, ia pergi ke Alor Setar atas urusan hendak ke Mekah dan dijangka balik kerumah pukul 3 petang.
Sementara menuggu pukoi tiga petang, kami aleh program dengan pi Pondok Bukit Lada dekat Kubur Panjang. Sekali lagi, tok guru pondok tersebut juga berada di Mekah. Untuk mengisi masa kosong yang panjang, kami ronda-ronda Alor Setar. Telefon Abd. Rahman Zainol nak ajak makan tengahari di Pumpong, tapi dia tak jawab. Alor Setar tetap seperti dulu. Sikit sangat perubahan yang berlaku. Tidak seperti Sungai Petani dan Jitra. Saya harap biar lah begitu.
Pukoi tiga, sampai untuk kedua kat rumah Paksu. Pun dia belum balik. Kata anak belaiu lagi, urusan belum selsesai dan mungkin pukoi 6 nanti. Sekali lagi kami keluag melilau. Kali ini saya ajak bekas bos saya tu ronda Jitra. Makan bihun sup Sungai Korok. Ketika itu langit yang mendung mula mencurahkan hujan.
Pukoi 6, dalam kehujanan sekali lagi pi rumah Pak su. Alhamdulillah kali ini dia sudah balik. Selain kami rupanya ramai lagi orang lain dok menanti. Oleh kerana hari sudah larut petang dan ramai tetamu, kami hanya sempat 20 minit kat rumah Paksu.
Hujan makin lebat. Dalam kesamaran senja ketika perjalanan balik, saya lihat air mula menenggelami rumpun padi yang baru ditanam. Bah mungkin akan berlaku. Dan sepanajng perjalanan balik, hujan mengiringi perjalanan kami.
Memang benar, tatkala sampai di Salak Tinggi, saya dengar Kuala Nerang dan Kuala Pai dilanda bah.
Maka, musim bah bermula lagi. Bencana yang akan menguji ketabahan sebahagian kita dengan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

1 comment:

KODEN said...

Salam,

Menarik betul cerita simple yg Mat utarakan ni. Bah adalah antara musibah2 kecil sbgai "jam gerak" kat yg kena n yg melihat dgn prihatin.
Tapi apa yg lebih menagkap minda aku ialah kesugguhan bekas bos Mat n Mat sendiri yg sanggup p ke Kuala Pai, tertangguh n tertangguh lagi sebelum dpt bertemu dgn Tok Guru. N bila dpt jumpa, hanya utk 20 min saja.
Aku kagum betoi. Aku musykil betoi. Aku cemburu betoi. Kagum, musykil n cemburu kat bekas bos Mat n Mat yg mempunyai niat yg pastinya amat bersih utk melakukan semua nya demi dpt berjumpa Tok Guru tu for just 20 min.
InsyaALLAH aku doakan semua yg dhajati dari pertemuan tu akan d izinkan n d berkhati ALLAH s.t.
Wassallam,

KODEN.